Sumber pendapatan tambahan
Assalamualaikum
Bagaimana ingin menambah sumber pendapatan tambahan untuk menampung keperluan harian yang kian meningkat saban hari ????.
Salah satu puncanya ialah datangnya dari pekerjaan yang kita lakukan seharian.Tetapi pada kali ini saya akan menceritakan kepada anda semua bagaimana kita boleh menigkatkan sumber pendapatan kita melalui pasaran saham iaitu di BSKL.Mungkin ada diantara kita yang tidak tahu bagaimana untuk memulakanya.Memandangkan untuk melabur dipasaran saham kita semestinya atau sekurang-kurangnya mempunyai teknik atau asas tentang pelaburan saham.Jadi bagaimana untuk melaksanakanya.Ikuti cerita selanjutnya dibawah ini :
- Perkara pertama yang sepatutunya anda fikirkan ialah adakah anda mempunyai wang simpanan yang mencukupi untuk keperluan harian ????
- Adakah anda mempunyai teknik atau asas berkenaan bidang pelaburan ???
- Sangupkan anda menghadapi risiko kerugian jika anda melaburkan wang anda dipasaran saham kelak ????
- Apakah motif pelaburan saham anda. Adakah untuk jangka panjang atau jangka pendek ???
- Adakah anda ingin jadikan pelaburan saham sebagai punca pendapatan anda yang utama atau sebalikya???
- Adakah anda bersedia untuk menjadi seorang pelabur yang bijak ketika berada di pasaran saham ???
Semua persoalan yang diberikan diatas tadi harus diberi perhatian sebelum anda mula mengambil keputusan untuk melabur dipasaran saham. Ini kerana risiko kerugian dipasaran saham adalah tinggi jika kita tidak tahu cara-cara untuk berurusniaga dengan kaedah yang betul .Tetapi jika anda berminat, anda boleh menghadiri kursus-kursus secara percuma yang dianjurkan oleh SURUHANJAYA SEKURUTI .
Jika anda berminat anda boleh lawati laman web yang saya beri ini :
Yang penting kursus yang dianjurkan ini adalah percuma.Diharap anda tidak melepaskan peluang ini.
Perkara yang kedua yang ingin saya perkatakan disini ialah, anda berminat untuk mempelajarinya dan anda juga berminat untuk meningkatkan sumber keewangan anda tetapi anda tidak mempunyai banyak masa untuk melakukan semua itu.Mungkin terbatas oleh tugasan harian ditempat kerja anda. Jadi bagaimana ???
Caranya begini :
- Jika anda mengalami situasi yang demikian, anda jangan cepat berputus asa.
- Anda boleh mendapatkan khidmat dari mereka yang mahir dalam bidang pelaburan saham.Dan mereka ini merupakan pelabur dipasaran saham secara sepenuh masa.
- Dapatkan persetujuan dari mereka yang berminat dengan tawaran yang anda berikan dan dipersetujui oleh mereka.
- Ingat mereka ini perlu dibayar diatas perkhidmatan yang disediakan.
- Yang penting, anda hendaklah mendapatkan khidmat dari mereka yang betul-betul pakar atau mahir dalam bidang pelaburan saham.
- Jika boleh adakan surat perjanjian antara anda dan juga wakil pelabur yang anda pilih.Ini akan menjamin keselamatan untuk kedua-dua belah pihak.
Dengan cara ini anda hanya perlukan wang untuk dilaburkan dan anda juga tidak perlu untuk memikirkan bagaimana untuk melabur dipasaran saham kerana semua ini akan dilakukan oleh wakil pelaburan saham yang anda lantik dan lebih memahami selok belok pasaran saham.Dan anda juga boleh meneruskan kerjaya yang anda lakukan sekarang ini tampa perlu rasa bimbang.
Tetapi teknik ini banyak kelemahanya :
- Jika wakil pelaburan saham yang anda lantik tidak jujur.Maka anda akan menangung risikonya.
- Risiko kehilangan dana pelaburan adalah lebih tinggi berbanding jika anda yang menguruskan dan melaburkanya sendiri.
- Yang penting sekali ialah Sampai bila-bila pun anda tidak akan menjadi seorang pelabur yang bijak dipasaran saham.Dan ini merupakan satu kerugian yang besar kepada diri anda sendiri.
Walaubagaimana pun teknik ini masih boleh diguna pakai untuk peringkat permulaan sebelum anda bersedia untuk menjadi seorang pelabur tulin.Dan ini juga merupakan satu teknik pelaburan untuk menigkatkan tahap keewangan anda.
Jika anda berminat untuk mendapatkan khidmat wakil pelaburan saham FKLI, sila klik pada link yang diberikan ini : Perkhidmatan wakil pelaburan saham FKLI
Diharap maklumat yang disampaikan ini berguna untuk anda semua .
Akan bersambung pada keluaran akan datang dengan teknik yang lebih menarik …………











