Tip berguna untuk bakal pelabur
Assalamualaikum
Pada kali ini saya akan menceritakan 1 lagi tip yang berguna
untuk bakal pelabur dan juga kepada mereka yang sudah melabur dipasaran
saham.Teknik yang akan diterangkan pada kali ini ialah bagaimana kita
boleh mengurangkan risiko kerugian dipasaran saham dan dapat belajar
teknik pelaburan pada waktu yang sama.
Mungkin
ada diantara anda semua yang tahu teknik dan cara ini.Diharap jika ada
yang terkurang tentang perkara ini, sudi-sudilah kiranya anda semua
menghulurkan pandangan anda demi untuk kepentingan bersama.Ini kerana
kita ini manusia dan bersifat lemah dan saya hanya mampu sekadar apa
yang termampu.
Berbalik kepada tajuk yang diperkatakan tadi iaitu tentang
tip berguna untuk bakal pelabur.Bagi sesetengah pelabur di negara barat
konsep ini telah lama dipraktikan dikalangan mereka.Tetapi dinegara
kita itu saya tidak pasti.Apakah cara-caranya ??? :
Mungkin ramai dikalangan kita yang minat melabur antaranya :
- Mereka yang berkerja dan ingin menambah sumber pendapatan
- Mereka yang baru untuk berjinak-jinak dalam bidang pelaburan tetapi tidak ada pengalaman dan ilmu tentang pelaburan
- Mereka yang sudah melabur tetapi mengalami pengalaman ngeri yang
sukar untuk dilupakan ketika membuat pelaburan suatu ketika dulu - Mereka-mereka yang berminat oleh kerana kejayaan pelabur-pelabur lain seperti warrent buffett.
Mungkin banyak lagi faktor-faktor penting lain yang mempengaruhi
seseorang itu ingin melabur dipasaran saham.Tetapi awas pasaran
saham amat berisiko tinggi jika kita tidak tahu cara untuk
melakukanya.Tetapi bagaimana untuk memulakanya ???
Yang pertama apabila kita ingin membuat sesuatu keputusan untuk
mebabitkan diri didalam bidang yang mencabar ini iaitu bidang pelaburan
saham kita sering kali ingin melakukanya secara bersendirian.Sedangkan
kita masih lagi baru dalam bidang ini.Dengan berbekalkan semangat dan
keazaman yang kental dan berkobar-kobar,kita telah berangapan bahawa
semua ini akan berjalan lancar.Inilah risiko pada peringkat awal yang
terpaksa kita hadapi.Kita terlalu percaya kepada diri sendiri sehingga
kita terlupa akan kemampuan kita yang sebenar,Contohnya :
- Adakah sudah cukup dengan hanya membaca buku tentang pelaburan
saham yang kita dapatkan diperpustakaan atau dari kedai - kedai buku
???. - Sudahkah kita mendapatkan khidmat nasihat dari mereka yang mahir dalam bidang ini ????
Apakah maksud semuanya ini ????
Semua ini adalah bertujuan untuk mengetahui sejauh mana ilmu pengetahuan tentang pelaburan saham yang kita miliki.Semua perkara yang diterangkan diatas tadi boleh diatasi jika kita sanggup untuk duduk berbincang dan berkerjasama dengan mereka yang mempunyai impian seperti kita.Atau lebih ringkasnya kita menubuhkan sendiri kumpulan-kumpulan kecil dikalangan kita yang berminat untuk melabur dalam pasaran saham.Kalau di barat mereka mengelarkanya kelab pelaburan.Yang kebanyakanya diangotai 5 hingga 10 orang dalam kelab tersebut.Dan setiap orang akan diberi tugasan masing-masing.Setiap dana yang di pungut dari ahli kelab akan digunakan untuk dilaburkan dipasaran saham yang telah dipersetujui oleh setiap ahli.
Kelebihan sistem ini ialah :
- Risiko kerugian yang besar adalah lebih kecil jika dibandingkan dengan membuat pelaburan secara individu
- Setiap ahli juga dapat berkongsi teknik pelaburan bersama
Yang selebihnya akan disambung pada keluaran yang akan datang..











