Bahaya “overloss” ketika berurusniaga di pasaran.
Padang Besar, 28 mac -Pada kali nih saya akan terangkan satu lagi tip yang sangat berguna kepada anda semua yang selalu berurusniaga di pasaran hadapan khususnya.Mungkin ada diantara anda semua yang sudah biasa mengalami atau sudah tahu tentang perkara ini.Walaubagaimanapun Saya harap tip ini akan menjadi satu peringatan tambahan kepada anda semua yang masih baru dalam bidang ini.Tip kali ini adalah bersangkutan dengan kerugian melampau atau “overloss” yang berlaku akibat kelalaian kita semasa berurusniaga atau akibat dari pergerakan harga dipasaran yang terlalu agresif atau diluar jangkaan kita.
Kenapa “overloss” sangat berbahaya ?
Kenapa “Overloss” sangat berbahaya kepada peniaga dipasaran hadapan ?.
Cerita dia mudah sahaja.Kalau sudah terjebak dengan “overloss” dengan secara tidak langsung berkemungkinan besar semua dana yang disumbangkan akan hilang begitu sahaja.Dan yang paling dahsyat dan amat menyedihkan,kita terpaksa membayar sejumlah kerugian yang kita tanggung kepada syarikat broker.Ini berlaku akibat dari jumlah kerugian yang ditangung melebihi dari modal atau margin yang dilaburkan untuk tujuan urusniaga.Jika kita terperangkap dengan keadaan ini, sudah tentu ia akan memberikan satu kesan negetif yang sangat mengerikan dan menakutkan dan berkemungkinan akan menghilangkan minat kita untuk terus berurusniaga lagi pada masa hadapan.
Bagaimana “overloss” boleh terjadi ?.
“Overloss” biasanya berlaku diawal waktu pembukaan urusniaga sedang dijalankan.Kebiasaanya pada keesokan harinya.Ini berlaku mungkin disebabkan beberapa perkara yang diluar jangkaan.”overloss” biasanya akan terjadi dalam dua keadaaan,sama ada naik atau turun dengan jarak perbezaaan harga penutup urusniaga yang berlaku semalam dan juga harga pembukaan urusniaga pada hari berikutnya.Contohnya :
- Pada 10/03/07,anda mempunyai pegangan belian pada harga 1104 dan pada keesokan harinya harga pasaran dibuka dan diurusniagakan pada 1007.Ini bermakna anda telah mengalami kerugian dengan mendadak sebanyak 97 mata iaitu bersamaan dengan RM 4850.00 ++ caj broker RM 60.00.Jumlah ini dikira berdasarkan jumlah pegangan sebanyak 1 lot/kontrak urusniaga hadapan.Jika jumlah margin yang di depositkan kedalam akaun urusniaga anda sebanyak RM 4000.00.Ini bermakna anda perlu membayar kepada syarikat broker sebanyak RM 910.00.
- Begitu juga sebaliknya jika anda mempunyai pegangan jualan.Jika keesokan harinya pasaran diniagakan tinggi dari harga pegangan yang anda miliki dan dengan jumlah mata yang tinggi.Anda juga akan mengalami perkara yang sama.Tetapi kebarangkalian harga pasaran untuk naik dengan jumlah yang besar diawal waktu urusniaga adalah kecil berbanding harga pasaran menurun.Harga pasaran menurun lebih berbahaya dari harga pasaran untuk naik.
Bagaimana untuk mengelakan diri dari terkena perangkap “overloss”.
Ceritanya mudah sahaja untuk anda menjauhkan diri atau mengelakan diri dari terkena perangkap “overloss” adalah:
- Cuba elakan dari membuat sebarang urusniaga yang berlawanan dengan kehendak pasaran itu sendiri.
- Cuba elakkan dari membuat urusniaga dengan jumlah kuantiti yang banyak atau besar.
- Jika sentimen pasaran secara keseluruhanya kurang menarik.Dan posisi pegangan yang anda miliki berada pada kedudukan yang kurang selesa.Jalan penyelesaianya adalah menutup posisi pegangan yang anda miliki sebelum urusniaga ditamatkan pada hari tersebut.Dengan cara ini anda akan lebih selamat.Mungkin cara ini nampak kurang menarik tetapi ianya lebih selamat demi untuk menjaga margin urusniaga anda.
Jika semua tindakan diatas telah diambil.Peratusan terkena perangkap “overloss” adalah kecil.Ini kerana pergerakan harga yang melampau diawal waktu urusniaga sering berlaku.Dengan cara ini risiko kehilangan margin dapat dikurangkan.
Saya rasa sampai disini sahaja untuk tip pada kali ini yang dapat saya sampaikan.Tip berikutnya akan saya sambung pada keluaran akan datang.
Jika ada yang terkurang saya mohon maaf.Diharap tip ini dapat membantu anda semua dalam meningkatkan lagi tahap keyakinan anda untuk terus berurusniaga di pasaran hadapan dengan cara yang lebih berhemah.
Sekian terima kasih dan selamat berurusniaga.

powered by performancing firefox













March 28th, 2007 at 4:44 pm
en zam, tang yg no 2 tu,ngape kite still rugi.ikut kefaham saye,ms tu kite pegang position jualan 1104.pastu opening 1110.camtu ke contohnye?dan ngape kite loss ms tu?sori panjang lak nanye
March 30th, 2007 at 3:17 am
ooo yang sebenarnya untuk yang no 2 tu posisi kita sebenarnya adalah jualan (short).Harga telah naik dengan jumlah jurang yang besar apabila pasaran dibuka untuk diurusniagakan pada hari berikunya.Disebabkan itulah kita mengalami kerugian.Contohnya :
Pada 28/03/07
Masa : 10:50pagi
Posisi : Jual(short)1 lot untuk kontrak bulan april pada harga 1104.0 mata.
Harga penutup pada hari tersebut adalah 1105.0
Pada 29/03/07
Masa : 8.45pagi
Harga pasaran dibuka pada harga 1125.0 mata.
Perbezaaan harga :21 mata
Ini bermakna kita telah mengalami kerugian sebanyak RM 1050.00
Jika jumlah margin yang didepositkan berjumlah RM1000.00.
Ini bermakna kita telah mengalami “overloss” sebanyak RM 50.00.
Inilah jumlah yang terpaksa kita bayar kepada syarikat broker ++ caj broker.Harap dapat faham.