Hasil kraftangan dari bahan kitar semula ” kertas surat khabar lama “
Assalamualaikum,
Sempadan Malaysia / Thai, 6 April - Pada kali ini saya akan berkongsi pengalaman saya sendiri melihat hasil gubahan membuat bahan kitar semula daripada kertas surat khabar lama sehingga menjadi satu sumber pendapatan tambahan yang agak lumayan.Bagaimanakah caranya ?
Cuba anda bayangkan jika kita menjual kertas surat khabar lama yang ada dirumah kita, berapakah hasil yang bakal kita dapat ? Jika beratnya 1 kilo mungkin hasil yang akan kita perolehi adalah dalam lingkungan RM 2.00 kot.Saya pun tidak berapa pasti,ini kerana kerja-kerja menjual surat khabar lama nih biasanya adik saya yang akan menguruskanya.Biasalah budak-budak sekolah nak cari duit poket.Ini salah satu situasi yang benar,jika anda dapat menghasilkan produk kraftangan dari jumlah berat 1 kilo kertas surat khabar lama yang telah dijual tadi.Purata jumlah hasil pendapatan yang bakal anda perolehi adalah dalam linkungan RM 30.00 hingga RM 70.00 dan mungkin akan lebih dari itu.Ini bergantung kepada jenis produk kraftangan yang anda hasilkan.Jika reka bentuknya menarik dan kualitinya baik sudah tentu pulangan yang bakal anda perolehi akan melebihi dari apa yang saya sebutkan tadi.Cuba anda lihat contoh yang telah disediakan :

Menarik bukan ? kepada suri rumah yang ingin mencari sumber pendapatan tambahan. Jadikanlah aktiviti membuat kraftangan dari bahan kitar semula nih sebagai satu punca pendapatan tambahan anda.Yang penting anda perlu ada sedikit kretiviti untuk mengubahnya menjadi sesuatu yang menarik.


Produk terbaru yang ditempah dan telah siap sepenuhnya
Kepada yang berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut. Anda boleh menghubungi saya untuk keterangan menarik berikutnya.
Saya harap maklumat ini dapat memberikan anda satu lagi peluang yang boleh mendatangkan sumber pendapatan harian.
Pada masa akan datang kita sambung lagi dengan cerita - cerita lain yang lebih menarik untuk di kongsi bersama.
Sekian terima kasih dan selamat mencuba.
Powered by ScribeFire.













September 25th, 2007 at 12:25 am
en zam, saya azura. dgr kata produk ini beri peluang perniagaan yang luas. saya nak sgt tahu kaedah penghasilannya
please reply me.. thank you
September 25th, 2007 at 3:32 am
Emmm…memang betul tuhh.Kalau ada kretiviti ++++ kesabaran …insyaallah mesti dapat macam apa yang saya katakan tuhh.
October 31st, 2007 at 6:06 pm
Assalamualaikum..
En.zam, saya mmg berminat nak mempelajari bakul dari suart khabar, tapi nak bermula nyer dari tapak yg saya x tau nak start dia..
October 31st, 2007 at 6:34 pm
Emm…memang payah sikit bab tuhh.Tapi tak apa nanti saya ambil gambar macam mana nak hasilkan barang kraftangan dari kertas surat khabar nihh…Kesabaran tuh penting.
November 2nd, 2007 at 2:45 pm
Terima kasih en.zam…Saya akan tunggu en.zam ajar step by step.
November 2nd, 2007 at 6:21 pm
Harap bersabar…
January 18th, 2008 at 6:48 pm
En. zam, dah puas saya mencari bahan2 di internet ini, ttpi susah nak dpt yg boleh ajar buat tapak bakul..ermm,en.zam x der ker website tuk tunjukkan cara2 membuatnyer?
January 19th, 2008 at 2:42 am
Kalau payah sangat,ambik cuti buang seminggu.Lepas tuh mai Padang Besar,Perlis.Saya akan bawa saudari berjumpa dengan orang yang bertangungjawab menghasilkan barang kraftangan ini.Belajar lah apa-apa yang patut dari dia.Bermula dari cari kertas surat khabar lama sampai kertas tersebut bertukar menjadi sekeping duit kertas kembali yang bernilai..Kalau berminat dengan tawaran ini,habag mai sini..selamat majujaya.
January 29th, 2008 at 3:57 pm
En Zam,
Bagaimana saya boleh luaskan lagi pasaran kraftangan dr surat khabar lama ini. Saya telah menjalankan perniagaan ini selama lebih setahun. Pasaran saya skrg hanya pada saudara,jiran serta kengkawan.
Harap mendapat maklum balas.
Terima kasih.
January 29th, 2008 at 4:40 pm
Assalamualaikum,
Mudah saja.pertingkatkan cara promosi yang sedia ada,sama ada melalui internet,iklan dekat surat khabar atau pergi tumpang dekat kedai kraftangan.Kalau nak iklan dekat internet selain dari ruangan iklan yang disediakan secara percuma,Pn juga boleh buat laman web sendiri.Tapi yang ini kena bawa keluar modai la sikit.Kalau payah sangat tumpang iklan dalam laman web saya pun boleh.Dan banyak lagi lah cara lain yang tidak dapat saya cerita dekat sini kerana terlalu banyak.Yang penting produk yang bakal ditawarkan ada kualiti dan keistimewaan nya yang tersendiri.Pasai keuntungan letak no 2.Yang penting barang yang ditawarkan baguih.Untung akan datang kemudian selepas pada itu,Insyaallah.Selamat majujaya.
February 4th, 2008 at 2:21 pm
dgr kata produk ini beri peluang perniagaan yang luas. saya nak sgt tahu kaedah penghasilannya
please reply me.. thank you
February 16th, 2008 at 7:05 am
salam,en azam,sudi sudi la turun kan ilmu pada kami,minat sgt ni,,,saya ni lgsung xada kepandain yg blh buat duit,kdg2 kesian jg kat husband,takleh nak ringan kan beban dia,,puan june,tak nak ke share ilmu tuh,hehe…harap adalah yg sudi turunkan ilmu,sharing is caring,mekasih…
February 16th, 2008 at 7:07 am
andainya ada insan yg sudi turunkan ilmu,emel la saya ye, sofia_msc@yahoo.com.my
harap tak kisah,lgpun pasaran malaysia kan ke luas,,,hehe,moga2 dpt keberkatan hasil mengajar,mekasih…
February 16th, 2008 at 1:08 pm
Assalamualaikum,
Ramai yang berminat nih…nak peturunkan ilmu????.Boleh dan tidak ada masaalah,Benda ini yang sebenarnya kena belajar cara FACE to FACE.Kalau setakat teori saja rasanya tak boleh jadi.Kalau jadi pun tak sampai ketahap kualiti yang diharapkan…(kalau nak buat duit lah.)Cara yang paling mudah …supaya saya dapat bantu Puan-puan/saudari-saudari semua adalah: Luangkan sedikit masa dan datang ke Padang Besar,Perlis untuk belajar buat benda ini semua.Puan-puan/saudari-saudari semua akan belajar teruih dari tuan punya barang kraftangan ini.Sekian terima kasih dan selamat majujaya
April 11th, 2008 at 8:26 pm
nak buat kraftangan ngan kertas
April 12th, 2008 at 12:17 pm
bagus dan teruskan….Pn/saudari boleh kitar semula bahan terbuang dan selamatkan alam sekitar juga pada waktu yang sama dan kalau berjaya boleh bagi pendapatan tambahan sekali..untung kan???