Tawaran terbaik : Rangkaian kumpulan perniagaan niAGa24jam.com
Assalamualaikum,Padang Besar, 10 May - Alhamdulillah dan saya besyukur kepada ALLAH s.w.t kerana pada hari ini ada juga bahan dan maklumat penting yang diberi sebagai ilham kepada saya untuk catatan pada kali ini.Pada fikiran saya perkara ini amat berguna kepada saya dan juga kepada peniaga di internet yang lainya.Ini adalah sebahagian dari pendapat dan cadangan dari saya sebagai seorang peniaga di internet dan juga seorang pelabur di pasaran saham sama ada ekuiti atau urusniaga pasaran hadapan.
Tetapi apa yang ingin saya perkatakan kepada anda semua pada kali ini tidak terlibat dengan urusan urusniaga pasaran saham.Apa yang ingin saya perkatakan disini adalah melibatkan perniagaan di internet dan ini juga melibatkan diri saya sendiri.Mungkin ada diantara anda semua sudah memulakanya dan yang sudah tahu tentang perkara yang ingin saya sampaikan ini.
Sila baca cerita berikutnya dibawah :
Jika anda ingin tahu bagaimana rangkaian kumpulan
perniagaan ini dapat membantu perniagaan
internet atau bukan internet anda ?? Sertai saya dan juga
peserta yang lain dalam
RANGKAIAN KUMPULAN PERNIAGAAN niAGa24jam.com
Sekarang.
Saya rasa ramai diantara anda semua yang membaca cerita ini memiliki perniagaan di internet.Tetapi berapa ramai yang telah berjaya membawa produk yang ditawarkan sehingga sampai ke pihak sasaran yang dikehendaki iaitu pembeli.Kadang-kadang ada yang berjaya dan kadang-kadang ada yang gagal dan sehingga boleh terus berputusasa untuk meneruskan perniagaan yang sedang dijalankan itu.Walaupun pada asalnya produk yang ditawarkan itu mempunyai permintaan dan potensi yang baik dipasaran.Jadi tujuan saya pada kali ini adalah bertujuan untuk mengajak anda semua yang memiliki laman web perniagaan iaitu online shopping cart atau kedai perniagaan yang tidak mengunakan talian internet bersama-sama sertai saya dalam rangkaian kumpulan perniagaan niAGa24jam.com.
Apakah punca utama sehingga saya terfikir untuk mewujudkan rangkaian perniagaan seperti ini ?.
- Setelah berkecimpung dalam bidang perniagan internet dan juga bukan internet.Persoalan utama yang sering muncul dalam fikiran saya adalah produk yang ditawarkan gagal sampai ke sasaran sebenarnya atau pembeli sebenar.
- Kekurangan produk adalah salah satu punca perniagaan internet saya kurang mendapat sambutan.
- Produk yang ditawarkan tidak memenuhi citarasa pelanggan yang sedia ada.
- Kurang promosi.
- Produk yang ditawarkan tidak mencerminkan nilai sebenar produk yang sedang tawarkan oleh kerana persaingan dari peniaga internet yang lain.Ini kerana kita terpaksa meletakan harga sesuatu produk yang boleh diterima oleh bakal pembeli atau penguna yang berminat dengan produk yang ditawarkan walaupun kita terpaksa meletakan harga dibawah nilai.
- Terpaksa meluangkan banyak masa untuk tujuan promosi.
- Keupayaan yang terhad.
Itulah sebahagian dari alasan yang telah menyebabkan saya terfikir untuk mewujudkan rangkaian kumpulan perniagaan ini.Kelebihannya memang banyak.Dan perkara ini akan saya terangkan kepada mereka yang berminat sahaja.
Keterangan ringkas mengenai tawaran ini :
Tujuan utama saya mengajak anda semua menyertai rangkaian kumpulan perniagaan ini adalah bertujuan untuk mewujudkan rangkaian perniagaan diantara semua ahli yang berminat dimana :
- Setiap ahli dapat membantu melancarkan perniagaan yang dijalankan dengan cara bersama-sama mempromosi,membekal,menjual dan membantu meningkatkan prestasi jualan produk yang ditawarkan oleh setiap peserta.
- Setiap ahli yang berminat untuk turut serta juga akan mendapat harga diskaun dari setiap produk yang ditawarkan oleh peserta lain dan bersama-sama dapat berkongsi keuntungan dengan adil dan saksama.
- Sangat berpotensi kepada produk yang ditawarkan oleh setiap peserta untuk sampai ke sasaran yang dikehendaki iaitu pembeli.Ini Kerana produk yang ditawarkan ada pada setiap laman web yang mengambil bahagian berada didalam internet yang tiada sempadan dan juga kedai atau pusat perniagaan biasa yang turut disertai oleh setiap peserta.
Inginkan tawaran perkongsian perniagaan seperti ini ?
- Dapat harga tawaran secara diskaun
- Tawaran produk yang banyak
- Promosi yang berganda-ganda
- Pendapatan perniagaan bertambah
- Jualan yang meningkat
- Perniagaan kian berkembang luas
- Dapat ramai kenalan
Yang sebenarnya ini adalah permulaan kepada tawaran ini dan sekarang saya hanya menunggu tindak balas dari anda semua yang berminat untuk sama-sama maju terus ke depan.Untuk pengetahuan anda semua juga kesemua penyertaan ini adalah percuma.Diharap anda tidak melepaskan “peluang terbaik” dan juga peluang perkongsian perniagaan ini.Maklumat lanjut mengenai tawaran kerjasama hebat ini akan dibentangkan hanya kepada yang berminat sahaja.
Note :
Produk yang baik dan mendapat perminataan yang tinggi dipasaran tidak berguna, jika tidak dapat sampai ke pengetahuan pembeli sebenar.Jalan keluar kepada masaalah ini sudah ada.Tindak balas dari anda untuk turut serta itulah kunci utama kepada kejayaan anda yang berikutnya.
Itu sahaja yang dapat saya sampaikan buat kali ini.Diharap tindak balas dari anda semua yang berminat dengan tawaran ini amat saya hargai.Semoga program ini dapat berjalan seperti yang dirancangkan.
Jika berminat untuk turut serta,sila tinggalkan maklumat anda diruangan “comment” yang telah disediakan khas untuk anda .
Sekian terima kasih dan selamat majujaya.
Technorati Tags: Tawaran kerjasama, kumpulan perniagaan
Powered by ScribeFire.












May 17th, 2007 at 12:23 am
saya tak faham? macamana nak menyertainya..
May 23rd, 2007 at 12:18 am
assalamualaikum…
saya berminat nak join. boleh bagi info lanjut…
tq..
CEO - niAGa24jam.com :
Waalaikumsalam,
Saya masih lagi dalam proses terakhir untuk siapkan pusat data untuk kumpulan ini.Jika tidak keberatan saya harap saudara dapat bersabar buat sementara waktu.Saya kekurangan tenaga kerja untuk menjalankan tugas-tugas ini dengan pantas.Maklumlah saya sorang saja yang menguruskan benda nih.
Walauapapun saya mengucapkan syabas kepada saudara kerana berminat dengan projek ini.SELAMAT MAJUJAYA.