Archive for June, 2007

Tip dan penangan saham : Rugi ketika berurusniaga.

Wednesday, June 20th, 2007

Assalamualaikum,

Gua Kelam,Perlis.20 jun – Anda rugi ketika berurusniaga dipasaran saham ?.Itu perkara biasa.Kalau tidak mahu rugi,melaburlah dalam unit amanah saham yang telah dijamin risikonya dan juga boleh diketegorikan sebagai satu tampat pelaburan yang lebih selamat atau cari sahaja egen-agen atau wakil-wakil pelaburan yang berlesen  untuk menguruskan  dana pelaburan anda.Mereka ini lebih berpengalaman dan lebih memahami situasi sebenar tentang pelaburan yang mereka lakukan.Mudah-mudahan pelaburan anda akan berjaya.

Kita tinggal mukadimah di atas.Kita pergi ke tajuk yang hendak disampaikan pada permulaaan tadi.Anda rugi ketika berurusniaga ? itu tandanya anda  belum cukup  ilmu tentang bidang yang anda ceburi.Bagi saya jika kita mengalami kerugian, ini adalah salah satu  tanda tentang kekurangan atau kelemahan yang ada pada diri kita.Untuk menyelesaikan perkara ini.Jawapanya mudah sahaja :Jangan risau atau termenung atau terkenang tentang kerugian yang dialami dan yang telah belalu meningalkan kita, mungkin 15 minit yang lalu atau 2 hari yang lalu atau 5 bulan yang lalu atau 5 tahun yang lalu.Jadi apa yang harus kita buat ? Jawapanya :Tanyalah soalan pada diri kita sendiri.Apakah soalanya ? soalanya bergantung kepada keperluan dan juga kehendak diri masing-masing.
Contohnya :
(more…)

Tip saham : Salah satu cara mengurangkan risiko kerugian.

Wednesday, June 6th, 2007

Assalamualaikum,

Ladang Tebu,Chuping,6 jun – Sejak dari pagi sampai petang tunggu market untuk turun.Last-last,lagi 1/2 jam urusniaga nak tutup baru lah dia turun.Jadi hari ini melepas lagi.Kena tunggu lagi lah nampak gayanya.Sementara dok tunggu saham turun terasa pulak nak letakan tip yang boleh dikira sebagai tahap biasa.Tapi saya tak kisah,yang mana sudah tahu diharap buat tak tahu dah lah.Kalau boleh tip ini nak bagi dekat orang-orang baru pulak.

Get Adobe Flash player

(more…)

Tip Kontra + simpan : Beli 2 lot dapat untung macam beli 10 lot

Wednesday, June 6th, 2007

Assalamualaikum,

Padang Besar,6 jun – Memandangkan hari ini saya tidak boleh masuk market untuk membuat sebarang urusniaga.Jadi daripada masa saya terbuang begitu saja.Lebih baik saya tulis tip kontra + simpan seminggu +++ ini kepada mereka-mereka yang gemarkan aktiviti urusniaga seperti ini ketika berurusniaga.Semua ini telah saya gunakan ketika saya berurusniaga dipasaran saham ekuiti suatu ketika dulu.Lebih kurang 2 tahun lepas.

Tetapi sekarang ini aktiviti urusniaga seperti itu tidak di praktikan lagi. Kerana apa ? sebabnya saya sudah tidak lagi aktif untuk berurusniaga di pasaran saham yang melibatkan ekuiti.Sekarang ini, saya banyak tumpukan perhatian kepada urusniaga pasaran hadapan.Kerana berbagai-bagai kelebihan yang saya perolehi berbanding Ekuiti.Ini tidak bermakna ekuiti tidak bagus,cuma ia tidak memenuhi kehendak dan keperluan yang saya inginkan.Tetapi terus terang saya katakan Urusniaga pasaran hadapan sangat berisiko.Tetapi keuntunganya berbaloi dengan risiko yang terpaksa kita tanggung.

(more…)

Soalan : Deposit RM 10 K,Berapa boleh dapat untung dan berapa pulak boleh rugi ?

Tuesday, June 5th, 2007

Assalamualaikum,

Sempadan Malaysia / Thai,5 jun – Beberapa hari yang lepas,saya ada mengatakan  kalau hendak mula berurusniaga di pasaran hadapan (FKLI).   Modal yang sangat sesuai untuk peniaga peringkat pertengahan adalah RM 10 K.Persoalanya sekarang,berapa  pulak  jumlah keuntungan dan juga jumlah kerugian  yang bakal kita  dapat dan juga yang akan kena nanti ?

Betul juga,modal sudah ada tetapi sekurang-kurangnya nak tahu juga berapa jumlah kerugian dan juga jumlah keuntunganya ? Selalunya orang banyak akan bercerita tentang untung !untung! dan ruginya tidak ada.
Sila lihat jawapan yang diberi dibawah.Semua jawapan yang diberi adalah berdasarkan pengalaman saya sendiri ketika berurusniaga.Jumlah keuntungan dan juga kerugian mungkin tidak sama.Memandangkan konsep dan teknik urusniaga mungkin berbeza.
Apa yang perlu ditekankan disini adalah teknik urusniaga yang bakal kita gunakan ketika berurusniaga.Teknik atau sistem ini berbagai-bagai.Jika  betul teknik atau sistem yang digunakan,maka  dengan itu berkemungkinan  kita akan mendapat untung yang bayak dan berkemungkinan akan mengalami kerugian yang bayak juga.Jadi perniagaan ini atau pelaburan ini memang sangat berisiko.Bagi mereka yang sukakan cabaran dan keuntungan dan kerugian yang setimpal bolehlah menceburkan diri dalam bidang ini.Tetapi saya tidak mengesyorkanya kepada mereka yang kosong pengetahuan tentang urusniaga pasaran hadapan.

(more…)

Tip Urusniaga Pasaran Hadapan : RM 10 K modal pokok.

Sunday, June 3rd, 2007

Assalamualaikum,

Sempadan Malaysia / Thai,2 Jun.Apakah sebenarnya maksud RM 10 K modal pokok ?.Inilah sebenarnya modal yang diperlukan buat masa sekarang  untuk berurusniaga di Pasaran Hadapan atau FKLI.Mungkin modal yang disarankan atau diperlukan ini adalah sangat besar.

Kalau anda semua ingin tahu,itulah  modal yang diperlukan untuk membolehkan kita berurusniaga dengan selamat buat masa sekarang.Dan jumlah lot yang di syorkan adalah 1 lot sahaja.Saranan ini hanya untuk mereka yang memiliki modal dibawah paras 15 K. 

(more…)

SELAMAT HARI SKIM CEPAT KAYA SEMALAYSIA

Friday, June 1st, 2007

Assalamualaikum

Sempadan Malaysia / Thai,1 jun.Mendengarkan perkataan skim cepat kaya,saya rasa  semua orang sudah tahu tentang kelebihan dan keburukannya.Jadi  disini tidak payahlah saya ceritakan lagi tentang latar belakang skim yang cukup popular ini.Walaupun sudah ramai yang tahu tentang nasib yang akan bakal menimpa mereka kelak.Alasan yang kerap kali diberi adalah :

  1. Apa salahnya kalau nak cuba,mana tahu kalau ada rezeki
  2. Ala!! modal tak besar sangat.Kalau rugi pun tak kisah
  3. Kalau tidak mencuba macam mana kita nak tahu.
  4. Dan banyak lagi lah alasan yang lain yang sering didengar oleh pengemar skim ini.

(more…)

Kaeadah bayar hutang Your Ads Here! Your Ads Here!

Inilah aku

-Zam-
- Pereka grafik,Pelabur sepenuh masa di pasaran saham FKLI,FCPO,EKUITI dan FOREX

Lokasi: Kodiang,Kedah.Selain dari itu saya juga salah seorang dari peniaga internet.Sudah 2 tahun dalam bidang nih tapi income tak berapa masyukk berbanding saham dan forex dan sayalah pemilik website carca merba nih.