SELAMAT HARI SKIM CEPAT KAYA SEMALAYSIA
Assalamualaikum
Sempadan Malaysia / Thai,1 jun.Mendengarkan perkataan skim cepat kaya,saya rasa semua orang sudah tahu tentang kelebihan dan keburukannya.Jadi disini tidak payahlah saya ceritakan lagi tentang latar belakang skim yang cukup popular ini.Walaupun sudah ramai yang tahu tentang nasib yang akan bakal menimpa mereka kelak.Alasan yang kerap kali diberi adalah :
- Apa salahnya kalau nak cuba,mana tahu kalau ada rezeki
- Ala!! modal tak besar sangat.Kalau rugi pun tak kisah
- Kalau tidak mencuba macam mana kita nak tahu.
- Dan banyak lagi lah alasan yang lain yang sering didengar oleh pengemar skim ini.
Memang ternyata skim ini cukup popular.Sehinggakan turut disertai oleh golongan yang sudah berduit dan kaya - raya.Jika nasib peserta ini baik maka dapatlah habuan yang dijanjikan.
Sehinggakan pihak kerajaan terpaksa mengambil tindakkan ke atas pengendali dan juga penyumbangnya sekali.Yang hairanya kenapa skim ini mendapat sambutan yang mengalakkan ?
Ada bermacam-macam alasan yang boleh diberi tentang soalan diatas tadi.Dan jawapanya pun mengikut keperluan dan kehendak peserta itu sendiri.Jadi kalau nak tahu kenapa, sila tanya kepada pengemar skim yang terkenal ini.
Mengikut pengalaman saya, sebelum saya dapat mengenali pelaburan saham yang saya ceburi sekarang ini.Saya juga ada pernah dua kali cuba menceburkan diri dalam arena skim cepat kaya ini,tetapi kedua-dua percubaan ini gagal meraih sebarang kejayaan seperti yang di impikan.
- Yang pertama pada tahun 2001.Nama skim itu pun saya sudah tidak ingat.Memang menjadi betul skim tersebut, sehinggakan makcik - makcik jual kuih tepi jalan berharga RM 0.40 sebiji pun boleh pakai rantai emas berharga beribu-ribu ringgit dalam masa tidak sampai 3 bulan.Hebatkan !! siapa yang tidak teruja jika sampai tahap yang sedemiakian rupa.Saya pun apa lagi tidak fikir banyak melaburlah ke dalam skim tersebut sebanyak RM 130.00.Tidak sampai 2 minggu skim itu pun bungkus .Apa lagi melopong lah semua yang menyumbang pada peringkat terakhir.
- Contoh kedua pula,kawan saya seorang operator kilang gaji RM 700.00 sebulan.Boleh bayar deposit kereta kancil RM 10.000.00 dalam masa 6 bulan.Memang dahyat.Jadi skim ini memang boleh mendatangkan hasil seperti namanya juga.
- Pada pertengahan tahun 2005.Baru dapat sambungan internet dan teruja sangat dengan perniagaan internet tetapi saya tidak tahu, apakah itu sebenarnya yang dikatakan pelaburan berasaskan internet.Buat pertama kali tengok email ada jemputan untuk menyertai satu skim mengunakan perbankan Maybank2u.com.Modal yang diminta tidak banyak sangat,cuma RM 10.00 sahaja.Dalam masa beberapa bulan menunggu hasil langsung tidak ada.Jadi kali ini kena tipu untuk kali kedua.Pada masa yang sama saya juga telah di chop sebagai orang yang selalu mengirimkan email yang berbentuk spam.Puncanya adalah kerana ingin mempromosikan email berangkai untuk mengajak orang menyertai skim yang sama.Sungguh malang pada ketika itu.

Hadiah istimewa no 2 dari saya kepada pengemar skim cepat kaya :
Tetapi saya ingin berterima kasih kepada mereka-mereka yang memperkenalkan skim cepat kaya yang tak kaya-kaya nih kepada saya, kerana mereka telah menyebabkan saya sekarang ini menjadi seorang pelabur yang tulin.Dari ekuiti sehingga ke urusniaga pasaran hadapan dan juga sehingga menjadi seorang pengendali laman weblog.Ini semua berpunca dari skim cepat kaya punya penangan.Kiranya sekarang ini apa yang saya rugi dahulu ketika menyertai skim cepat kaya sudah terbayar.Cuma yang belum terbayar adalah kerugian ketika melabur dipasaran saham.Kerugian ini juga akan selesai dibayar sedikit masa lagi,INSYAALLAH.
Kepada anda semua yang telah menjadi mangsa skim cepat kaya,jangan bimbang dan berputus asa kerana peluang untuk anda meraih pendapatan melaui pelaburan masih ada.Tetapi ini adalah pelaburan yang tulin dan sah disisi undang-undang dan juga syariah.Cumanya, ketika anda memetik suiz untuk memulakan langkah pertama dahulu sahaja yang tidak kena pada tempatnya.Jadi teruskan niat anda untuk menjadi seorang pelabur dari skim cepat kaya kepada skim pelaburan yang betul.
Panjang rupanya cerita mengenai skim cepat kaya ini.Saya ingatkan pendek sahaja.Walauapapun saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada yang sudi membaca cerita pendek ini.Kalau ada yang tersalah saya mohon maaf.
Sekian terima kasih dan selamat maju jaya.
Technorati Tags: Skim cepat kaya, saham
Powered by ScribeFire.











