Pelaburan Saham : Tujuan utama adalah ” keuntungan “
Assalamualaikum,
Gua kerbau,Kodiang Kedah.3 Julai - Kita jumpa lagi pada kali ini.Sebelum itu saya ingin memperkenalkan kepada anda semua berkenaan Gua kerbau. Terletak dekat dengan pekan Kodiang,Kedah.Apa kelebihan Gua kerbau.Tidak ada apa-apa kelebihan.Cuma salah satu kawasan perlancongan yang terletak ditengah-tengah kawasan sawah padi.Bagi pengemar aktiviti lasak seperti mendaki dan menjelajah dalam gua.Tempat ini amat sesuai.Dan kepada mereka yang ingin mendapatkan baja tahi kelawar juga suka tempat perlancongan ini.Tapi aktiviti mereka dilebihkan kepada keuntungan.Jika anda berminat untuk datang kesini sila emailkan kepada saya.
Kita tinggalkan cerita tentang Gua Kerbau dan kita cerita tentang saham pulak.Satu soalan cepu emas.Mengapa kita minat sangat untuk melabur atau berurusniaga dipasaran saham ? Jawapanya macam-macam ada.Kalau anda semua handak beri jawapan lain dari apa yang saya beri ini,saya tidak kisah.Rambut sama hitam,tapi dalam hati lain-lain.Yang penting kita suka dengan jawapan yang kita beri.Jawapan saya ada di bawah :
- Tempat buat duit
- Ada peluang pekerjaan disana.
- Tak perlu minta kerja atau menghadiri temuduga yang mengecewakan. Janji ada duit.Lepas tu kerja akan datang dengan sendirinya.
- Ada potensi masa depan yang cerah.Jika kita pandai dan dapat menyesuaikan diri dengan dunia pelaburan saham yang mana penuh dengan cabaran dan dugaan.
- Peluang untuk berjaya terbuka luas.
- Peluang untuk mengasah bakat dan mengenal keupayaan diri kita sendiri.
- Dengan melabur dipasaran saham,saya akan menjadi boss dengan secara automatik dan juga pekerja dengan suka rela.
- Setiap kerja yang dibuat adalah berdasarkan kehendak dan keinginan sendiri.
- Banyak lagi jawapan-jawapan lain.Tapi saya rasa ini sudah memadai.Lagi pun jika banyak jawapan yang diberi mungkin ada yang tidak bersetuju pulak.Oleh itu cukuplah setakat ini sahaja.
Yang penting sekali kita mesti tahu tujuan atau matlamat utama kita menjadi seorang pelabur atau peniaga dipasaran saham.Untuk ini saya telah menetapkan dalam diri saya bahawa saya hanya melabur atau berurusniaga dipasaran saham kerana mencari ” keuntungan “.Jika tidak ada keuntungan untuk masa depan,saya tidak akan melabur atau berurusniaga.Jadi mudah saja.Mana-mana kuanter yang tidak boleh mendatangkan keuntungan sama ada dalam jangka panjang atau pendek eloklah dijauhi.
Satu cerita lagi.Berminat dengan aktiviti spekulasi,day trade dan contra.Kebanyakan pelabur atau peniaga selalunya akan mengalami kerugian atau keuntungan disini.Jika kita selalu berurusniaga disini,harapan kita untuk terus bertapak dalam pasaran saham tidak akan kekal lama.Kerana apa ?
Jawapanya mudah sahaja iaitu kita selalu bermain dengan risiko atau berurusniaga dalam keadaan risiko untuk mengalami kerugian yang boleh dikatakan berada pada tahap tinggi.Bila-bila masa saja kita akan mengalami kerugian.Kepada yang bergiat aktif dalam aktiviti urusniaga seperti ini.Dinasihatkan supaya lebih berhati-hati.Rugi sikit tidak mengapa,asalkan jangan rugi sehingga terpaksa menanggung hutang sudah lahh.Jadi apa-apa pun kena pandai-pandai bawa diri.
Mengikut cerita mereka-mereka yang sudah bergelar sebagai orang yang berjaya menjadi pelabur dipasaran saham sehingga bergelar jutawan,Kebanyakan mereka ini mempunyai satu bentuk pelaburan yang bersifat jangka panjang dari jangka pendek.Tapi itu saya tidak tahu kerana apa yang sering diceritakan,begitulah kaedahnya mereka ini gunakan.Mereka ini menyimpan sesuatu saham yang dibeli sehingga 20 tahun atau 15 tahun atau 10 tahun atau paling koman kata orang kedah 5 tahun.Jadi sanggupkah kita ikut seperti apa yang mereka telah buat.Pada hakikatnya itulah kunci kejayaan mereka.Memerlukan modal yang cukup besar dan membeli pada harga murah dan jual pada harga tinggi. apabila pasaran saham meletup seperti sekarang ini,mereka-mereka ini akan untung besar.Jadi bagaimana kita ingin ikut seperti mereka ? mungkin selepas kita untung berurusniaga secara kontra atau day trade atau aktiviti spekulasi kot.Kemudian kita buat seperti apa yang mereka buat.Dapatkah kita mengekalkan posisi kita sekarang ini ?.Kebiasaanya ramai yang akan berakhir dengan kegagalan sebelum sempat menjadi seperti mereka.
Bagi saya mudah saja,Jika berseorangan mungkin kita akan mengambil masa yang cukup lama untuk kita sampai keperingkat seperti mana mereka ada sekarang ini.Jadi jalan penyelesaianya adalah kita perlu bersatu untuk menjadi seperti mereka.Disamping kita meneruskan aktiviti kegemaran kita iaitu menspekulatif pasaran saham atau berurusniaga secara kontra.Untuk berjaya kita perlu lakukan sesuatu atau seperti orang yang telah berjaya buat.Inshaalllah kita pun akan berjaya seperti mereka.Matlamat utama kita adalah untuk mencari dan mendapatkan keuntungan walau dengan apa cara sekalipun.Asalkan diluluskan oleh syarak dan juga undang-undang negara kita.
Apa-apa pun matlamat utama kita melabur atau berurusniaga dipasaran saham adalah untuk mendapatkan keuntungan.Jika ingin membuat sumbangan atau menderma lebih baik kita mendermakanya ditempat yang boleh memberikan kita keuntungan diakhirat selepas kita telah tiada diatas dunia ini kelak.Itu pun satu pelaburan jangka panjang juga.Kita tidak harus melupakanya.Semoga anda dapat apa yang anda cari.
Kata perangsang :
Bersatu padu akan membuatkan kita menjadi lebih kuat.Ketepikan kepentingan peribadi adalah suntikan kejayaan untuk yang kuat akan bertambah-tambah kuat.
Sekian terima kasih dan selamat majujaya

Technorati Tags: pasaran saham, keuntungan, pelaburan saham
Powered by ScribeFire.












July 5th, 2007 at 2:25 am
nak bersatu kena ada sorang tolong lead..
inform kan aku kalau ko nak lead kumpulan..
hehehe.. aku suka jadi ahli jer..