Tag Merdeka : Mari kita tengok siapa yang kena !!!
Assalamualaikum,
PADANG BESAR,PERLIS. 26 Ogos - Pejam celik - pejam celik, sudah hampir 50 tahun negara kita yang tercinta ini akan menyambut hari keramatnya yang penuh bersejarah.Akibat sudah kena tag oleh En AKU, jadi tajuk ini terpaksalah di letakan sekali lagi.Tak mau buang masa punya cerita.Fuhhh !!! bersyukur kepada tuhan yang teramat sangat kerana mengizinkan saya dan juga memberi peluang yang amat berharga ini kepada saya untuk dapat merasa nikmat hidup disebuah negara yang sudah merdeka lagi aman damai ini.Bagi saya, ini adalah salah satu anugerah yang sangat tinggi nilainya.Nikmat ini saja pun sudah cukup besar bagi saya.Apatah lagi ++++ dengan bermacam-macam lagi nikmat-nikmat lain yang tidak terhitung banyaknya.Jika tidak bersyukur juga,tak tau nak kata apa lagi lahhh.Sesungguhnya ALLAH MAHA BESAR lagi maha pengasih.
Apa lagi yang kita inginkan dari sebuah negara yang merdeka seperti ini ?.Ada lagi …. cuma tugasnya berat sikit.Bab ini orang-orang yang bergiat aktif dalam bidang politik dia tahu lah.Bagi saya keadaan yang ada sekarang ini sudah boleh dikira cukup bagus.Tetapi saya pun seperti orang lain juga.Kalau kita inginkan pencapaian yang ada sekarang ini bertambah baik,meningkat dan terus meningkat.Macam biasa lah kadang-kadang kita perlukan perubahan.Bab ini.. sendiri mau ingat lahhh !!!….tak payah cerita panjang-panjang.Semua orang dah tahu rasanya dan saya pun tak mahu cerita panjang - panjang bab ini…

Yang ini buah tangan dari saya sempena hari kemerdekaan negara kita yang ke 50.Sudi-sudilah mendengarkanya.Bawa mai jauh nihh …disediakan khas untuk anda.
[coolplayer width="400" height="20" autoplay="1" loop="0" charset="utf-8" download="0" mediatype=""]
Sudirman - 31 OGOS
[/coolplayer]
Bila kita lihat sekarang ini,ramai diantara kita yang tidak berapa ambik peduli dan mengambil berat dengan nikmat dan peluang yang diberi kepadanya untuk tinggal dalam sebuah negara yang merdeka lagi aman dan damai ini.Ada daripada mereka secara langsung tidak lagi memiliki rasa bertangung jawab terhadap nikmat pemberian dari ALLAH swt ini dan yang paling sedih sekali,ada yang tidak mahu merebut segala peluang yang ada dalam negara yang merdeka ini dengan bersungguh-sungguh.Bukan senang oooo !!!!! nak dapat sebuah negara merdeka seperti negara kita ini.Paling koman pon…. kenanglah jasa orang-orang dulu yang bersusah - payah untuk mendapatkan kemerdekaan ini untuk kita semua.
Agak-agaknya jika tiba hari bersejarah ini,apa yang sering kita fikirkan ?
Kalau dahulu semasa saya masih budak-budak,kalau tiba hari kemerdekaan seperti ini.Apa yang saya fikirkan adalah esok cuti,pastu tengok perarakkan hari kebangsaan dalam tv.Waktu itu semangat patriotik langsung tidak ada.Malang sungguh nasib saya pada waktu itu.Tapi tak mengapa kerana pada waktu itu tidak ada orang menceritakan kepada saya apa erti sebenarnya hari bersejarah ini.Sekarang ini baru saya dapat tahu.Jadi macam biasa lah selagi peluang ini ada,saya akan pulun sampai habis - habisan.Kerana saya adalah salah seorang pemilik negara yang merdeka ini.
Kalau saya nak gambarkan bagaimana keadaan sebuah negara yang tidak merdeka.Usah cakap lahh setiap hari ada saja berita mengenainya dalam peti TV dirumah anda.Buat buang masa saya saja.Semua orang dah tahu kecuali orang yang tidak penah ambil tahu je..Jadi kalau duduk saja-saja tuh…marilah kita berfikir sejenak tentang nikmat yang berharga ini. Mudah-mudahan kita dapat bersyukur dengan nikmat pemberian yang amat bernilai ini dan tak terhingga ini.
Banyak cerita sangat pun tak guna juga.Mungkin ada yang tersasar nanti.Sebelum tersasar baik saya berhenti dekat sini dulu.Sebelum saya mengundurkan diri,marilah kita sama-sama menjaga nikmat kemerdekaan yang ada sekarang ini.Kita sambung tugas yang telah diamanahkan ini untuk generasi yang akan datang pulak.
Yang ini saya berpesan untuk diri saya dan juga orang-orang yang membaca cerita ini.Kalau kita rasa kita belum lagi merdeka,mailah kita pakat-pakat memerdekakan diri kita.Merdeka ini maksudnya luas..Jadi kita tengoklah dekat mana yang patut dimerdekakan..Sebelum nikmat kemerdekaan yang ada ini ditarik balik, lebih baik kita beringat-ingat dari awai.Sebelum terlambat.Jangan selalu kita ingat nikmat yang ada ini akan kekal lama.Kita kena pakat-pakat jaga dan kena bersyukur dengan pemberian ini.
Dengan sukacitanya saya disini ingin mengumumkan blogger-blogger berikutnya yang akan kena tag sempena hari kemerdekaan negara kita yang ke 50 ini.
Saya telah di tag oleh En Aku :
Syarat-syaratnya ada bawah:
Peraturannya yang telah ditetapkan sebagai syarat penyertaan Pesta Tag Merdeka 50 :
1) Anda perlu tag 5 orang bloggers yang berkenan di hati
2) Pastikan terlebih panjang sedikit akan posting yang hendak dibuat.
Diminta untuk menghuraikan “kenapa aku berbangga dan bersyukur menjadi rakyat Malaysia?”
Anda sudah kena !!!
Renungan sepintas lalu :
Hendak membangunkan sebuah kejayaan bukanya senang tapi kalau nak menjahanamkanya sat sahaja.
Sekian terima kasih dan selamat meyambut hari kemerdekaan yang ke 50.
Merdeka !!! merdeka !!!! merdeka !!!!.

Technorati Tags: 31 OGOS, merdeka
Powered by ScribeFire.












August 26th, 2007 at 10:48 pm
huhuhu.. rasa2nya nagamadu yang tag suriasah dulu.. huhuhu..
apapun.. selamat menyambut hari kemerdekaan kita yang ke 50!
August 27th, 2007 at 11:36 am
Assalamualaikum,
Emmm …dia dah kena dahhh.Terlepas pandang lah pulak.Tak kisah lah janji meriah pesta tag mengetag nihh.
Merdeka !! Merdeka !!! merdeka !!!!
August 27th, 2007 at 4:16 pm
kena tag ni ape?tak paham ar..huwaaaaaaaaaaa!!~
August 27th, 2007 at 8:41 pm
Hahhh tu diaaa…..Kena tengok contoh yang bloger lain dah buat dan perhatikan syarat-syarat mudah yang telah disediakan tuhhh…
August 28th, 2007 at 6:08 am
Tag Merdeka 50 Tahun Aku mula nye agak blur dan terpinga-pinga gak bila baca comment Zam yang aku dah kena tag untuk Pesta Tag Merdeka 50 Tahun ni..rupa-rupa nya dikalangan blogger……….
August 28th, 2007 at 7:05 pm
Adeh camner aku leh kena tag ni.. Baru siapkan post untuk merdeka. tp tak post lagi la.. kena ejust balik ni.
August 29th, 2007 at 3:53 am
heeee….heeeee..sapa suruh depa tag aku dulu…
Inilah dunia blogger yang merdeka…terima kasih kerana sahut cabaran ini..