Tip perniagaan : Pentingnya rangkaian perniagaan
Assalamualaikum,
Padang Besar,20 Sept - Selamat berpuasa saya ucapkan kepada anda semua.Sudah lama juga rasanya saya tidak mengemaskini isi kandungan laman web ini.Pada kali ini saya akan bawa satu bahan yang menarik untuk dikongsi bersama anda semua.Apa cerita dia ??
Kalau anda semua nak tahu..sila baca cerita ini sampai habis.
Topik yang akan saya ketengahkan pada kali ini ada kaitanya dengan bidang PERNIAGAAN.Saya tahu ramai dekat luar sana yang sudah menjadi peniaga.Sama ada kecik atau besar itu saya tidak tahu.Apa yang saya tahu apabila ada urusan jual dan beli,itulah perniagaan namanya.Itulah yang saya faham dan tahu buat masa ini.Berbalik kepada cerita asal saya iaitu berkaitan bidang perniagaan.Apa yang ingin saya sampaikan ialah bertapa pentingnya hubungan rangkaian perniagaan kepada masa depan perniagaan kita.
Kenapa saya bawa perkara ini untuk pengetahuan anda semua ? Jawapanya mudah sahaja.Kalau kita inginkan prospek masa depan perniagaan yang kita buat sekarang ini supaya terus berkembag dan terus berkembang hingga keperingkat yang boleh dibanggakan, hubungan rangkaian perniagaan ini adalah amat penting.
Untuk pengetahuan anda semua.Saya telah dan mula berkecimpung dalam bidang perniagaan ini sudah hampir 2 tahun.Masih baru lagi…boleh juga dikatakan sebagai setahun jagung.Dalam masa dua tahun itu juga macam-macam karenah yang ada dalam bidang perniagaan ini saya telah jumpa dan juga bakal saya jumpa tidak lama lagi.Semua itu membuatkan saya berfikir dan terus berfikir bagaimana untuk terus berjaya dalam bidang perniagaan yang saya pilih ini.Apa yang menjadi persoalan besar kepada bidang perniagaan yang saya ceburi ini adalah TIDAK RAMAI PENGUNA YANG TAHU TENTANG APAKAH PRODUK YANG SAYA JUAL.Inilah masaalah utama yang saya hadapi dan boleh melambatkan proses perkembangan perniagaan saya disamping masaalah-masaalah kecil yang lain yang sentiasa ada dan wujud setiap masa.Banyak faktor-faktor penyebab kepada berlakunya keadaan ini.Rasanya tidak payah saya senaraikan disini.Saya tahu ramai diantara anda yang sudah tahu apakah penyebabnya.Mungkin juga disebabkan oleh kurangnya promosi,mungkin juga disebabkan oleh harga produk atau barang yang ditawarkan terlalu mahal,mungkin juga disebabkan kurangnya pengalaman dalam bidang perniagaan yang diceburi,mungkin juga disebabkan kurangnya maklumat tentang sesuatu produk yang ditawarkan sehingga pelanggan merasakanya tidak berguna jika dia memilih untuk membeli,mungkin disebabkan kurangnya kualiti barang yang ditawarkan dan banyak lagi lahhh mungkin-mungkinnya yang tidak dapat saya senaraikan disini.
Tetapi semua kemungkinan yang saya senaraikan secara ringkas tadi bukanlah diantara penyebab utama kepada kelembapan perniagaan yang saya buat sekarang ini.Masaalahnya disini adalah pelangan sasaran atau penguna sebenar kepada produk yang ditawarkan tidak tahu tentang perkara ini.Setelah diteliti semula dapatlah jawapanya iaitu promosi yang saya buat selama ini tidak sampai kesasaran yang sebenarnya.Jadi ia hanya sampai kepada mereka yang ingin tahu dan suka melihat sahaja tetapi memang tidak berminat dengan produk yang ditawarkan oleh beberapa sebab yang tidak diketahui dan dalam bab ini hanya mereka sahaja yang tahu kenapa.Hendak dijadikan cerita lagi,perniagaan yang saya buat pula bergantung kepada perniagaan yang mengunakan internet sepenuhnya.Jadi banyaklah cabaranya.Bab produk saya tidak perlu bimbang…Produk yang saya tawarkan memang mempunyai permintaan tinggi sama ada secara online ataupun offline.Cerita tentang bab ini panjang lagi….saya rasa kita sambung bab ini pada keluaran akan datang pulak.
Yang sebenarnya saya ada perkara lain yang lebih penting yang hendak disampaikan disini…Apa dia ? inilah dia perkara sebenarnya yang hendak saya sampaikan…Disini saya ingin mengajak dan menjemput anda semua yang mempunyai perniagaan sama ada secara offline atau online yang berminat untuk mejalinkan hubungan rangkaian perniagaan dengan saya bolehlah menghubungi saya melalui alamat YIM yang diberikan ini :
Apa gunanya konsep hubungan rangkaian perniagaan ini ?
Jawapanya : Salah satu diantaranya,Untuk membolehkan produk yang kita ada pergi lebih jauh kita perlukan konsep pernigaaan seperti ini.Bagaimana caranya ? macam-macam cara boleh buat jika kita mau .Diantaranya kita boleh bertukar-tukar produk yang sedia ada,boleh dapat banyak produk untuk ditawarkan kepada bakal pelaggan kita,produk yang kita jual boleh sampai ke pelanggan atau pembeli sebenar kerana produk kita di jual oleh ramai orang dan banyak lagi kelebihan-kelebihan lain yang tidak dapat saya senaraikan disini.
Jika anda berminat untuk berkerjasama dengan saya ….tunggu apa lagi YIM atau gunakan RUANGAN KOMEN yang disediakan kepada saya sekarang…Semoga kerja sama ini akan membuahkan hasil yang memberangsangkan kelak…tiada yuran atau caj perkhidmatan yang akan dikenakan.Ianya adalah konsep suka sama suka…Jika anda suka saya lagi sukaa….
Kita sambung lagi cerita berikutnya pada keluaran yang akan datang..
Sekian terima kasih dan selamat berpuasa..
Technorati Tags: tip perniagaan, perkongsian perniagaan
Powered by ScribeFire.











