Kad kahwin murah
Assalamualaikum,
Emmmm…..hari ini saya nak bawa mai satu lagi bidang perniagaan yang baru saya nak mula buat.Apa bendanya tuhh ? Memandangkan saham pon dah tak berapa nak dapat signal dan forex pon sama juga.Dah cemuih dok tunggu signal baguih-baguih,tapi lambat sangat nak dapat.Jadi diwaktu yang terluang tuh, elok juga kalau buat perniagaan yang lain. Dalam dok pikiar punya pikiar dapat satu idea.Macam biasa lah akhirnya kad kahwin wangi juga yang jadi pilihan saya dalam banyak-banyak benda lain yang ada.Sebab apa saya pilih yang ini pon saya tak tahu.Mungkin terpengaruh dengan satu hari tuh kot, pasai tolong belikan kad kawin untuk kawan.
Dekat bawah nih ada… lah serba sedikit cerita berkaitan kad kahwin nih.Buat permulaan saya hanya tawarkan kad-kad jemputan kahwin biasa sahaja tapi ketegori wangi lahh. Harga pon boleh dikatakan berpatutan, bagi yang nak jimat kos tuh boleh lah beli kad yang saya jual nih.Kad yang lain pon ada juga tapi bukan untuk kali ini.Mungkin pada sesi akan datang pula kot.Itupun jika tempoh percubaan pertama saya ini mendapat sambuatan yang mengalakan.Yang lain tuh bukan tak mau nak buat, tapi kos nya mahal sangat.Kalau tak boleh jalan nanti macam mana ? Lebih baik saya mula dengan yang bajet murah-murah nih.Kalau tak laku boleh simpan untuk untuk anak-anak saudara yang nak kawin nanti.Inilah risiko yang terpaksa ditanggung jika memilih untuk menjadi peniaga.
Dekat bawah nih adalah sebahagian dari contoh kad kahwin wangi yang saya jual.

Yang ini harganya sekeping RM 0.30 + sampul

Yang ini harganya RM 0.30 sekeping + sampul

Yang ini harganya RM 0.80 sekeping + sampul
Ada satu perkara lagi yang hendak saya sampaikan disini adalah, saya hanya menjual kad jemputan kawin sahaja.Kalau bab-bab rekabentuk tambahan tuh tuan punya kad kena buat sendiri.Yang dekat atas tuh adalah sebahagian darinya sahaja.Kalau nak isi dalam nih semua jenuh saya.Ada macam-macam warna dan saiz dan harganya lebih kurang sama sahaja.Selain dari kad-kad kawin nih, ada lagi set-set perkahwinan lain yang turut saya jual.Tapi yang ini bergantung kepada permintaan.Contohnya beg-beg kertas cenderahati untuk tetamu yang hadir dan banyak lagi.
Macam biasa, kalau anda yang terbaca tawaran dari saya ini dan berminat untuk membeli secara terus dari saya.Anda semua boleh klik butang dibawah :
Saya rasa sampai disini sahaja kot promosi saya untuk kali ini.Kalau ada yang berminat nak beli kad kahwin bajet dari saya.Sila klik butang dekat atas tuh.Untuk produk-produk yang berkaitan kahwin yang lain saya akan tambah ikut pada bajet yang ada.Harap-harap percubaan ini mendapat sambutan.Kalau berjaya nampaknya ada harapan lagi lah kad kawin ini dijual secara online dengan barang-barang yang lainnya.
Kalau ada sebarang keraguan atau maklumat yang tidak jelas berkenaan promosi ini.Anda semua boleh hantar komen mai dekat saya.
Sekian terima kasih dan selamat majujaya dan selamat berurusniaga semua.













March 29th, 2008 at 11:29 am
Salam,
Saya pun buat printing, Nak tambah produk. Bleh email saya gambar kad kahwin dan harga sam niaga.
Tk
April 16th, 2008 at 2:23 am
Salam,
Jika awak @ kwn2 b’mnat nk bjr details ttg proses2 p’cetakan dan sgala mngenai p’cetakan, sila hubungi saya 0196147604 lokasi di Jln Pudu KL. Boleh tambah2 ilmu berkaitan industri ni..
Sekian..
July 9th, 2008 at 11:06 pm
Salam
Saya sangat berminat tuan, saya di Sandakan Sabah. Jauh tu boleh tak saya belajar