Rehat seketika dan tenangkan fikiran
Assalamualaikum,
Emmm…anda penat dalam meneliti perjalanan hidup yang sementara ini yang penuh dengan cabaran dan dugaan ?.Sudah tentukan..hidup diatas dunia yang sementara ini bukanya mudah.Macam-macam perkara kita kena tempuhi.Kena cari duit,kena bayar hutang,kena bayar sewa rumah,kena bayar duit kereta,kena fikir tentang masa depan kita yang akan mendatang sama dan macam macam lagi lah kita kena buat.Memang memenatkan jika hendak difikirkan.Kalau tak tahan dengan semua cabaran dan dugaan tuh semua…fuuuhhhh boleh hilang akal pon ada.
Sebab tu orang cakap dunia nih sementara saja,lagi pun tujuan kita ada diatas dunia ini pun bukan untuk selama-lamanya.Dunia ini adalah tempat singgahan yang perlu kita tempuhi diantara beberapa lagi tempat singgahan lain yang bakal kita jumpa selepas ini,sebelum kita betul-betul sampai ke tempat tujuan asal kita.Jadi,semua apa yang kita hadapi diatas dunia ini adalah sebahagian darinya sahaja.Dunia ini adalah tempat ujian bagi kita.Kalau lulus ujian ini maka selamat lah kita nanti.Penat tuh memang lah penat,tapi penat yang kita hadapi ini adalah sementara saja.Paling lama pon mungkin 100 tahun ++ .Itu pun dah dikira sebagai masa tambahan atau bunus untuk kita.Semua tuh pun ujian juga.Kenapa saya bercerita tentang perkara ini pulak ?, yang sebenarnya kadang -kadang saya terfikir sendirian apabila mengenangkan hari-hari yang dah berlalu dan yang akan mendatang yang terpaksa saya tempuhi.Kadang-kadang tuh bila difikirkan balik,saya nih telah banyak membazirkan masa saya dengan urusan-urusan yang tidak sepatutnya saya buat.Masa yang diberikan kepada kita nih dia tak pernah berhenti walaupun sesaat.Dia terus berjalan dan terus berjalan sehingga sampai kepada waktu yang telah ditetapkan dan akan berhenti disitu dan tidak ada lagi masa tambahan pada waktu itu.Ini lah yang sering saya fikirkan.Bilakah agaknya ? mungkin sat lagi,mungkin esok atau mungkin tahun depan.Semua ini hanya Tuhan sahaja yang tahu.Fuhh…takut pon ada.Bagaimana jika sat lagi ???…
Apa yang saya sampaikan tadi bukanya apa.Hanya untuk mengingatkan diri saya dan juga sesiapa saja yang terbaca apa yang saya sampaikan ini.Bagi saya inilah ujian yang paling penting bagi kita semua dan kita sedang menghadapinya hari demi hari..Disini saya ingin mengingatkan diri saya sendiri dan juga anda semua supaya utamakan yang lebih utama.Macam mana nak tau yang mana lebih utama ? bab ini kita semua kena ada ilmu.Baru kita dapat tau.Kalau cerita dekat sini mungkin tak lengkap.Kenapa pulak ? Sebabnya perkara ini terlalu luas untuk diceritakan.Apa yang saya tempuhi mungkin tidak sama dengan apa yang anda semua tempuhi dan alami.Sebab itu ilmu yang bermanfaat itu berguna untuk kita dalam mengenali semua perkara-perkara ini.
Kalau ilmu berkaitan dunia yang sementara ini kita boleh cari,sanggup habiskan beribu-ribu ringgit untuk mendapatkanya,kenapa tidak dengan ilmu akhirat yang lebih penting kita tak boleh cari ?..Itulah kita nih mudah sangat lupa dan satu lagi kita nih juga mudah sangat terpaut dengan keindahan dunia ini.Hanyut dengan keindahanya yang sementara.Hanyut….hanyut…hanyut…..dan terus hanyuttt…. Semua tuh bukanya orang lain tapi diri saya sendiri lahh…Saya amat berharap dengan kesempatan yang masih ada ini ,saya dapat merubah sesuatu untuk masa depan saya bukan setakat dunia ini saja tetapi disana nanti yang saya amat harapkan.
Emmm banyak pulak hari nih idea keluar mai.Saya rasa sampai setakat ini saja kot.Kalau umur masih panjang,saya sambung lagi.Sama-samalah kita manfaatkan masa yang masih ada ini dengan perkara-perkara yang boleh mambantu kita disana nanti.
Sekian terima kasih dan selamat majujaya dunia dan akhirat.












April 14th, 2008 at 3:07 pm
nice video!!..hehe
April 14th, 2008 at 5:49 pm
terima kasih kerana komen yang diberi,kalau ada masa selalulah datang mai jengok laman web ini.