Peranan sellstop/stoploss dalam urusniaga forex
Assalamualaikum,
Blog ini sudah lama tidak dikemas kini nampaknya.Adakah saya sudah cemuih untuk menaip dan mengisi sesuatu untuk tatapan setiap pengunjung atau sesiapa sahaja yang selalu datang menjengok kesini. Bukan begitu sebenarnya, cuma sibuk sikit saja ujung-ujung tahun nih. Untuk kali ini saya nak cerita sikit tentang pengunaan stoploss atau sellstop.Rasanya kalau yang dah biasa dengan urusniaga forex atau pasaran saham khususnya.Perkara ini sudah menjadi perkara biasa bagi mereka semua.Tak mau cerita panjang-panjang, jom kita terus ke cerita yang berikutnya dibawah.
Semua cerita yang bakal saya sampaikan ini kebanyakanya datang dari pengalaman saya sendiri.Kalau ada yang terkurang tuh saya minta maaf banyak-banyak.Kenapa stoploss atau sellstop ini berguna kepada setiap urusniaga forex yang kita jalankan ? dan apakah peranan sellstop ini sebenarnya.Kalau hendak diikutkan pada kegunaanya, saya rasa memang banyak.Di sini saya hanya akan cerita berdasarkan pengalaman saya sahaja ketika mengunakan sellstop dalam setiap urusnaiga yang dijalankan selama ini.Pada pandangan saya dengan cara itu ianya lebih mudah dari saya bercerita sesuatu benda yang saya belum mencubanya dan tidak tahu kesudahan hasilnya tuh. Kalau beradasarkan pengalaman saya sellstop ini saya guna untuk:
- Tidak mau mengalami kerugian yang banyak dan
- Yang kedua saya nak pastikan supaya keuntungan yang telah saya perolehi terjaga.
- Yang berikutnya adalah kalau saya malas nak monitor pergerakan turun naik harga setiap masa, jadi sellstop ini adalah peganti bagi diri saya.( tidak disyorkan sangat)
- Yang paling best kalau kita nak dapat untung dengan sebanyak yang mungkin dalam urusniaga yang dibuat.Sellstop ini akan selalu saya guna.Yang ini kalau dah untung boleh lah guna.Harap maklum.
- Selain dari itu, sellstop ini juga merupakan salah satu penyumbang utama kepada rekod kerugian bagi urusniaga saya.Kenapa jadi begitu ?.Ceritanya ada dibawah, nanti saya akan terangkan kepada anda semua.
Selain dari kegunaan tadi, sellstop/stoploss ini juga merupakan salah satu dari penyebab mengapa ramai dari peniaga forex ini cepat mengalami kerugian.Bagaimana perkara ini boleh terjadi. Berdasarkan apa yang telah saya alami, kegagalan meletakan atau mengunakan sellstop/stoploss ditempat yang betul merupakan penyebab utama saya kerap mengalami kerugian.Bagimana perkara ini boleh berlaku, mudah sahaja.Jumlah pips yang digunakan terlalu kecil ketika membuat keputusan untuk mengunakan sellstop/stoploss tersebut.Apakah puncanya sebenarnya ? Kalau nak tau punca sebenarnya sila tengok dibawah:
- Kita kena membiasakan diri dengan TEKNIKAL ANALISIS
- Kena tau dekat mana patut kita beli atau jual.
- Kena pandai guna PIPS yang sesuai, selalu yang jadi masaalah adalah kerana mengunakan jumlah pips yang tidak sepadan dengan keadaan pergerakan market + kegagalan membuat OPEN POSITION ditempat yang betul.
Saya rasa 3 sebab tadi pun sudah mencukupi untuk anda semua memahaminya mengapa saya katakan sellstop ini kalau salah guna akan menyebabkan dia tidak lagi menjadi kawan baik dalam urusniaga kita. Yang paling teruk dan koman sekali adalah tidak mahu atau tidak pernah langsung untuk mencuba atau mengunakan sellstop/stoploss ini.Lagi satu pengalaman menarik yang hendak saya sampaikan kepada anda semua.Perkara ini telah pun berlalu dan ianya belaku keatas salah satu urusniaga yang telah saya buat. Oleh kerana kegagalan saya untuk tidak mengunakan sellstop/stoploss ini. Dalam masa tidak sampai 1/2 jam sahaja, saya telah kerugian hampir 85 pips. Mungkin sikit bagi peniaga yang mempunyai modal yang besar.Tetapi tidak bagi saya.Itulah pengalaman paling mengerikan yang pernah saya alami hanya dalam 1 urusniaga sahaja.Yang paling tidak syok didengar adalah, semua keuntungan yang dikumpul sedikit-demi sedikit selama beberapa urusniaga habis disapunya dalam masa 1/2 jam sahaja. Saya harap pengalaman yang saya alami ini berguna untuk anda semua yang mempunyai modal yang kecil seperti saya ini.Kalau modal besar tuh rasanya perkara atau tragedi seperti ini baru celah gigi saja.
Macam biasalah saya rasa sampai disini sahaja untuk kali ini.Yang paling penting disini adalah semua cerita yang disampaikan ini datangnya dari pengalaman saya sendiri ketika berurusniaga.Jika ada yang berguna tuh, saya cadangkan anda gunalah tampa was-was.Kalau anda rasa tidak berguna sila abaikanya.
Kata-kata pengeras semangat:
Kalau anda rasa anda telah berjaya, jangan lupa bantu orang disebelah kiri atau kanan anda yang masih mengharapkan bantuan iklas dari anda.
Sekian terima kasih dan selamat berurusniaga.











