Levi’s bundle 501 untuk dijual
Assalamualaikum,
Untuk kali ini saya akan bawa mai satu lagi peluang perniagaan yang boleh diceburi oleh sesiapa sahaja.Terutama sekali bagi peminat barangan bundle.Bagi pengemar barangan bundle khususnya ini adalah peluang terbaik yang perlu anda rebut.Kerana apa saya berkata demikian.Jawapanya mudah sahaja, disamping anda dapat mengumpul barangan koleksi bundle untuk kegunaan peribadi.Diwaktu yang sama juga anda berpeluang untuk menambah sumber pendapatan yang sedia ada.
Bagaimana caranya ?.Mudah sahaja.Ceritanya begini, lebih kurang setahun yang lalu saya telah mencuba untuk memulakan perniagaan menjual dan membekal barangan bundle dan lain-lain barangan yang sesuai secara online. Sambutan yang saya dapat pada peringkat permulaan agak perlahan.Tetapi setelah diperbaiki sedikit demi sedikit.Sekarang ini alhamdulillah semuanya makin bertambah baik.Tetapi bukan itu yang hendak saya sampaikan kepada anda semua pada kali ini. Apa yang hendak saya sampaikan dan kongsikan bersama anda semua pada kali ini adalah seluar levi’s bundle 501.Ini adalah salah satu daripada produk barangan bundle yang saya ada dan yang saya tawarkan atau jual kepada sesiapa yang berminat.

Apa yang saya dapat tahu, pasaran atau permintaan untuk seluar levis bundle 501 adalah tinggi.Jadi bagi saya tiada masaalah jika kita nak dapatkan pelanggan untuk perniagaan ini. Oleh itu macam biasa lah, jika ada diantara anda semua yang terbaca cerita ini dan berminat untuk berurusniaga dengan saya.Sila hubungi saya untuk mendapatkan maklumat berikutnya dengan lebih lengkap.Bak kata orang, kalau nak buat sesuatu mesti tau dekat mana ekor dan kepalanya. Selain dari itu diantara produk lain-lain yang dirasakan sesuai untuk dipadankan dengan seluar levi’s bundle 501 ini adalah sudah tentunya kasut bundle.Baru syok sikit nak berniaga.Yang tak syok nya pulak adalah produk seluar levi’s bundle ini kuantitinya adalah terhad.Jadi siapa yang cepat dia akan dapat .Harap maklum.
Saya rasa sampai disini dulu tawaran peluang perniagaan dari saya kepada anda semua yang berminat untuk kali ini.Matlamat saya yang utama adalah untuk cuba membekalkan produk-produk barangan bundle yang berkualiti kepada sesiapa saja yang berminat. Yang seterusnya saya berharap perniagaan yang saya buat ini akan terus berkembang dan terus berkembang.
Macam biasa, cerita banyak-banyak sangat pun tak ada gunanya juga.Senang cerita kita jumpa lagi pada masa akan datang.Kalau ada lagi tawaran atau peluang-peluang perniagaan lain-lain yang menarik dan yang boleh dikongsi bersama, nanti saya akan updatekan disini.
Sekian terima kasih dan selamat berurusniaga













April 8th, 2008 at 7:30 pm
a’kum…dimanakah lokasi encik berniaga…. sila beri maklumat dan contact number encik
April 12th, 2008 at 7:28 pm
nak jugak.saiz 30 untuk hsbn.
ok
April 15th, 2008 at 3:14 am
Saya berminat untuk bundle seluar jean levi’s sahaja berikan saya maklumat lanjut anda dan kontek nombor (telefon / email ).
Kalau boleh berikan maklumat harga borong.
Telefon saya 019-3640360
May 23rd, 2008 at 6:57 am
email contact n adress
June 10th, 2008 at 7:01 am
Saya berminat untuk membeli seluar jeans levis secara borong. Berikan saya contact no anda serta alamat.
June 14th, 2008 at 6:50 pm
Saya berminat nak jual, berapa harga jika beli borong.
Boleh tak e-mail maklumat terperinci.
June 18th, 2008 at 4:29 pm
Levis Japan & Edwin kepala kain ada pmtaan tak. mcmana nak kontek awk ? saya pun berminat dgn levi’s 501.
June 24th, 2008 at 8:53 pm
tlg bg no phone..i brminat nk jual bundle levis
July 7th, 2008 at 3:59 pm
saya berminat utk membeli pada harga borong. saya berada di sabah.
call 016-8303862. terima kasih