Kerongsang untuk dijual
Assalamualaikum,
Padang Besar, 9 Mac - Setelah cari punya cari terjumpa lah satu daripada banyak-banyak produk yang saya dapat, pada saya sangat sesuai untuk diniagakan dan dijadikan sebagai produk tambahan untuk perniagaan internet saya nih.Dulu pun saya dah buat perniagaan ini, tetapi secara kecil-kecilan sahaja.Setelah hampir 2 tahun saya menempuhi rintangan dan karenah pelanggan yang berbagai-bagai ragam dan permintaan, kini saya rasa perniagaan ini boleh diteruskan walaupun pendapatanya tidak seberapa.
Apa perniagaanya ? Macam biasa saya ingin meneruskan usaha saya untuk menjadi pembekal dan juga sebagai seorang penjual kerongsang yang berbagai-bagai corak dan warna kepada sesiapa yang berminat melalui internet.Tak mau cerita banyak-banyak, kalau ada sesiapa yang berkenan dan berminat untuk melanggan kerongsang atau berminat untuk membeli kerongsang dari saya dengan jumlah yang banyak atau pun dengan jumlah kuantiti yang kecil, Sila hubungi saya.Harga macam biasa, sila tengok dibawah untuk maklumat berikutnya:
Produk: Kerongsang
Kuantiti: Banyak
Harga: Bermula dari RM 3.00 sehingga RM 25.00 per unit
Kos Penghantaran: Percuma kalau beli banyak-banyak.
Dekat bawah ini saya ada sertakan gambar kerongsang yang hendak ditawarkan kepada anda semua sebagai bahan rujukan sementara.Produk kerongsang ini teralau banyak dan saya tidak dapat mengasingkannya satu-satu, jadi saya harap perkara ini tidak memeningkan dan tidak menjadi masaalah kepada anda semua. Ini semua adalah sebahagian darinya sahaja yang telah saya sediakan khusus untuk tatapan anda semua.
Jadi bagaimana ? Macam biasa kalau anda rasa apa yang saya tawarkan ini sesuai dan anda semua berminat dengan apa yang telah saya tawarkan.Tunggu apa lagi buat lah tempahan sekarang. Pasai harga kita boleh berbincang. Kalau ada modai kecik, kita berniaga cara kecil-kecilan.Kalau ada modai besar,kita buat cara besar-besaran.Yang penting sekali adalah, hasrat anda untuk menjadi seorang peniaga secara kecil-kecilan atau seara besar-besaran itu tercapai.Buat masa ini, hanya ini sahaja yang dapat saya bantu anda semua.Jika ada lagi peluang - peluang lain yang dirasakan sesuai untuk kita kongsi bersama, nanti saya akan letakkan disini.
Saya rasa sampai disini sahaja untuk kali ini, sampai jumpa lagi untuk info menarik yang akan datang.
Info tambahan:
Saya ada produk untuk diniagakan, tetapi saya tidak ada pelanggan yang sesuai.Mungkin pelanggan yang sesuai itu ada bersama anda ?.Jadi rebutlah peluang ini,mudah-mudahan kita dapat merasai keuntunganya sorang sikit.
Sekian terima kasih dan selamat majujaya untuk semua.
















March 17th, 2008 at 8:09 pm
ada penghantaran ke sarawak?
March 17th, 2008 at 9:56 pm
Inshaallah,bukan setakat serawak saja.Kalau ada order dari negeri orang putih pun akan saya hantar p.
March 30th, 2008 at 7:39 pm
saya berminat. camner saya nk daptkan brg2 tuh
March 31st, 2008 at 11:52 am
Email mai dekat saya.Pasai harga jangan dok bimbang.Yang penting sekali minat untuk berniaga tuh mesti mau ada.
March 31st, 2008 at 7:46 pm
Boleh dak saya mai dan tengok sendiri brooch tu…
March 31st, 2008 at 9:01 pm
itulah yang sebaiknya-baiknya.Saya mengaalu-alukan kedatangan Pn/saudari kesini.Jangan lupa bawa mai duit banyak-banyak sikit.Al-maklumlah disini merupakan tempat untuk bershopping.
April 5th, 2008 at 6:07 pm
saya juga berminat barangan ini, bagi e-mail abg ok..
April 7th, 2008 at 1:34 pm
saya berminat nk beli kerongsang tapi yg mana satu RM 3 dan mana Satu RM 25
April 7th, 2008 at 6:59 pm
kepada yang berminat anda semua boleh mengirimkan semua pertanyaaan melalui komen yang disediakan ini.
Kalau nak tengok yang mana satu RM 3 dan RM 25.Sila periksa email anda kerana semua maklumat akan dikirimkan kelamat email yang diberikan.Harap maklum.
Cepat mari ramai-ramai kita berniaga.Pakat-pakat dapat untung sorang sikit jadi lah.
April 8th, 2008 at 3:11 pm
salam.. alamatnya di mana???
nak juga tahu bentuk perbezaan yang harga RM 3 dan RM 25. TQ
April 8th, 2008 at 9:10 pm
Boleh email kpd saya gambar dan harga yang berkenaan. Mungkin nanti ada project dgn brooch.
April 9th, 2008 at 8:17 pm
ble provide kn detail ke email sy
April 9th, 2008 at 10:03 pm
rasanya tak ada lagi maklumat tambahan yang lain..Ini saja yang ada.
April 10th, 2008 at 8:43 pm
bleh paparkan harga mana rm3 - rm25
April 11th, 2008 at 1:48 pm
Untuk Pn/saudari Ju,maklumat yang berkaitan telah dikirimkan ke alamat email yang yang diberikan.
Penting: Kepada yang berminat untuk memulakan perniagaan,keberanian adalah modal yang utama.
April 16th, 2008 at 4:01 pm
ble provide secara detaik kat email saya.
April 18th, 2008 at 1:49 pm
saya mmg minat,tp mcm yg lain jgk,nk jgk tau yg mn rm3,mana rm25? nnt,bgtau saya cara2nya,ye.tq….
April 21st, 2008 at 9:43 pm
Kalau nak tau yang mana satu harga RM25 dan yang mana satu RM 3.00,Kalau yang nampak lekeh tuh,haaa itulah yang RM3.00.Kalau yang nampak cun tun dan duduk dalam kotak cantik-cantik,haaaa itulah dia yang RM 25.00.
April 24th, 2008 at 5:55 pm
harga tu range between 3 - 25 atau 3 dan 25 shj?
sy nak beli dalam 20 kerongsang 25. camne bentuk dan gayanya? ada guarantee tak kalo tercabut masa i got it?
April 24th, 2008 at 10:52 pm
Assalamualaikum,
Harga barang ini antara RM 3.00 sehingga RM 25.00.Kalau barang rosak dalam proses penghantaran,hantar mai balik dan kita tukar dengan yang baru.Mudah dan kita permudahkan segala urusan.Mari-mari…..rapat-rapat…pilih yang mana suka.Kerongsang kecik harga murah ada…kerongsang elok mahai pun ada….. mari adik …..mari kakak ….mari pilih….mari..mari..mari.
May 3rd, 2008 at 1:31 am
minat jugak… sekarang nee tengah hangat kerongsang gayut-gayut yang sepasang kat pentai timur nee.. ada yang mutiara, ada yang batu permata dan kristel.
* kat pantai timur perubahan kerongsang terlalu cepat sebab boleh dikatakan 85% perempuan islam di sini bertudung.
* pasaran dekat sini sungguh baik. saingan juga takkurang hebatnya.
* harga kerongsang cepat jatuh apabila sampai bentuk yg baru. 2,3 minggu aje.
agaknya berapa banyak yang perlu saya beli untuk dapatkan harga borong paling murah yang boleh anda tawarkan.
*hantar gambar bentuk januari,feb, dan….yang terbaru. boleh…
May 3rd, 2008 at 3:01 pm
dekat mana saya boleh tengok sendiri kerongsang tu..
May 6th, 2008 at 4:48 pm
Assalamualaikum,
Untuk Pn/cik Fiza,kalau nak tengok kerongsang nih.Kena lah mai Padang Besar.Perlis.Baru syok.Macam macam jenis adaa.Kalau tak sempat….mai sini,tengok dari laman web saya pon boleh,tapi tak berapa lengkap lah…
May 19th, 2008 at 11:56 pm
alaa… maklumat dlm nee tak ditil la macam-mana saya nak buat tempahan.you kena la letak gambar dan nombor siri ke ape ke untuk orang tengok dan tempah. harga pulak hantar melalui Email kalau borong baru laa senang nak buat tempahan. dan sentiasa update kerongsang tu. takat nak beli borong kerongsang RM1000 ke bawah, sampai nak pe perlih kos transpot lebih RM500 .dah jadi mahai kerongsang tu tak berbaloi.
May 20th, 2008 at 1:14 pm
Assalamualaikum,
Produk yang ditawarkan ini adalah untuk mereka-mereka yang berminat untuk membeli secara borong.Pasai tuh tak berapa lengkap.Pemborong nih biasanya depa dah tau keadaan barang tersebut.Nak berniaga nih kita kena bermain dengan risiko.Baru syok sikit.
May 21st, 2008 at 4:56 pm
boleh bg quotation rantai tangan & leher.subang kalau ada pun boleh.
May 23rd, 2008 at 8:26 pm
bole tolong bg details lg x?sbb sy mmg berminat
May 29th, 2008 at 6:03 pm
bleh bagi detail barang dgn lokasi yg bleh saya pick up sendiri brg tersebut..berkenan lak rasanya..
June 5th, 2008 at 8:06 pm
leh antar harga borong kat email saya..
skrg ni saya dok niaga keronsang kat kuantan…
nak cari byk lagi koleksi brooch utk dijual…
i’m waiting for you…
tq.
June 5th, 2008 at 8:06 pm
mohon detailkan kat email saya boleh…saya tunggu k
beth gordon…sabah ng.dibawah bayu
June 16th, 2008 at 2:50 am
sya berminat nak buat perniagaan mcm yang anda buat,blh send kan bagaimana nak berurusan ngan anda n list semua keronsang dari anda..sya dr sabah…nak tahu jg brapa kos nya…
June 19th, 2008 at 9:32 pm
Kalau boleh saya bertanya- di mama lokasi awak ia . saya ingin terus ke sana kerana saya ingin memilih lebih banyak dan ingin melihat brooch brooch yang besar.Ji kalau kamu ada…
Terima kaseh
Iza
Singapura
June 19th, 2008 at 9:35 pm
Ada kamu jual kotak kotak brooch yang boleh di beli secara harga borong dan boleh tak di hantarkan di singapura… terima kaseh
Iza
Singapura
June 23rd, 2008 at 2:39 am
Salam, saya berminat nak ode, camne boleh dapat katalog dan mana nak dapatkan lencana-lencana muslim (islamik badges) sekali.
Terima kasih
jmn,bintulu
June 28th, 2008 at 2:10 am
Hantar email mai dekat saya untuk maklumat lanjut.. kalau lambat reply harap-harap bersabar… tengah kekurangan tenaga kerja nihh