niAGa24jam.com dengan wajah baru
Assalamualaikum,
Sudah lama laman web ini tidak dikemas kini.Emm memang lama pun.Tak ada bahan yang menarik nak letak dalam nih. Lagi pun laman web ini dalam proses naik taraf dari versi 2006 punya ke versi 2008.Biasa lah kadang-kadang nak juga tukar selera.Setelah hampir 2 minggu kerja-kerja menaik taraf dilakukan, kini boleh dikatakan hampir 90% telah siap.Mungkin seminggu lagi kot semua kerja-kerja naik taraf ini akan siap sepenuhnya.Apa yang menariknya dengan wajah baru nih ? kita tengok spesifikasinya dibawah:
- Spesifikasi: VERSI 2008
- Wordpress versi 2.5
- Ada shopping cart
- Ada jualan terbuka secara bid
- Lebih laju dari yang sebelum ini
- Lebih kemas
- Direka untuk tujuan pengiklanan
- Direka mesra dengan enjin pencari terutama google dan yahoo
Yang tak berapa best dengan versi 2008 nih adalah:
- Tidak direka untuk mesra dengan browser INTERNET EXPLORER.Lain-lain browser semuanya boleh laaayann terutama firefox,opera dan safari.
Apa-apa pun saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada saudara Nurudin jauhari kerana jasa beliau mereka cipta tema yang menarik dan memenuhi citarasa dan minat saya untuk mencubanya. Apa-apa pun terima kasih banyak-banyak sekali lagi.Semoga saudara akan terus berjaya.Kepada sesiapa yang memiliki blog dari keluarga wordpress teringin untuk mencuba theme yang dihasilkan oleh saudara Nurudin jauhari, anda semua boleh rujuk terus kelaman web rasmi beliau iaitu: http://www.jauhari.net/themes/myapril-reloaded
Selain nak tengok wajah baru, ada satu sebab lagi mengapa saya reka laman web ini bagi ada ciri-ciri yang saya sebutkan tadi.Anda nak tahu kenapa ?
- Pasai gara-gara kena tipu dekat lelong.com.Bukan lelong .com tuh yang tipu tetapi penyagak-penyagak yang juai barang dalam tuh.Saya pun tak tahu saya nih orang yang keberapa yang dah kena tipu.Apa boleh buat..sudah nasib badan nak kena tipu.Buat repot pun macam tak ada apa-apa tindakkan sajaaa.Habis tuh tunggu apa lagi… bikin sendiri punya lah satu.Hebat sangat tuh tak lah.Tapi setakat nak cari makan tuh bolehh dan memang tak ada masaalah pun.
- Satu sebab lagi kerana saya nih memang minat sangat dengan perniagaan internet nih.Sebab utama kos pengurusan dia murah.Jadi kalau satu-satu blog atau laman web tuh tak ada shopping cart rasanya macam tak lengkap ( pada pandangan saya lah ).Ini semua gara-gara nak menyelam sambil minum air lah nih.Tapi apa salahnya kalau dah ada peluang.Rebut segala peluang yang ada itu satu kemestian bagi saya.
Kalau anda yang selalu datang menjengok kelaman web ini,sudi-sudilah kiranya test mana-mana yang patut.Kalau rajin dan kalau ada cadangan yang bernas tuh.Sila-silalah komen mai dekat saya.Rasanya sampai sini saja kot.Jangan lupa, kalau ada buah pikiran yang bernas-bernas tuh hulur-hulur mai dekat sini sama.
Kalau ada terkurang atau terkasar tuh saya mohon maaf lah no.
Sekian terima kasih dan selamat majujaya….hidup blogger.












May 20th, 2008 at 6:47 pm
Tahniah! blog berwajah baru anda cukup menarik, segalanya yang saya mahu dalam blog ada semuanya…. mesra SEO, ada pengiklanan, shopping card, simple and laju dll WOW!!
I really like it.
May 31st, 2008 at 1:10 pm
Jangan woww saja ,buat lah satu.Mudah untuk kita yang berniaga secara kecik-kecik nih.Senang untuk di uruskan..Kalau perlukan bantuan habag mai sini.