Pemohonan maaf dipinta dari……. ku
Assalamualaikum,
Emmmm untuk kali ini saya cuma ingin memohon maaf banyak-banyak kepada semua pengunjung dan juga pelanggan saya yang selalu menjengok ke laman web saya ini, terutamanya kepada semua pelanggan- pelanggan saya yang selalu bertanya tentang produk yang ditawarkan dan juga yang selalu berurus niaga dengan saya.
Sejak kebelakangan ini,saya banyak menerima tempahan dan juga tidak kurangnya pertanyaan dari pembaca-pembaca yang ingin tahu dengan lebih lanjut berkenaan produk yang saya cuba tawarkan ini.Malangnya…oleh kerana beberapa sebab yang tidak dapat saya elakkan dan juga disebabkan oleh keterbatasan masa dan juga tenaga yang tidak seberapa ini, jadi banyak daripada maklumbalas dan juga pertanyaan yang ditujukan kepada saya tidak dapat saya balas balik seperti mana yang diharapkan.Mungkin ada yang akan bekata nanti bahawa saya nih salah seorang daripada pemilik laman web yang tidak bertangung jawab tarhadap apa yang saya telah sediakan.Jangan cakap macam tuh …kasihanilah saya yang tak berapa cekap nih..hee..heee…hee.
Jadi sekarang ini, saya ingin sekali untuk memohon maaf diatas apa yang telah terjadi dan saya berharap semua masaalah sebelum ini telah jelas akan kedudukanya yang sebenar.Harap maklum.Saya pun tidak pasti sampai bila masaalah ini akan terus berlarutan.Harap-harap dapat diselesaikan dengan secepat yang mungkin.Sambil-sambil tuh sudi-sudilah dengarkan buah tangan dari saya nih..sebagai tanda pemohonan maaf.Buat masa nih itu sajalah yang saya termampu.
Macam biasa kalau ada yang terkurang tuh saya mohon maaf banyak-banyak dan kalau ada sebarang cadangan untuk menambah baikan.Sila-sila lah kemukakan kepada saya.
Sekian terima kasih dan selamat majujaya untuk semua.












