Tip ringkas untuk peniaga dan bakal peniaga forex
Assalamualaikum, Emmm saya rasa dah lama sangat saya tak bercerita tentang urusniaga forex nih.Bukan tak mau nak letak atau bercerita dekat sini.Pada pandangan saya benda-benda yang macam ini dah banyak sangat dah.Macam-macam jenis tip dan cerita ada dan macam-macam tip kita boleh jumpa dekat internet nih. Jadi apa guna kita bercerita benda yang sama.Betul tak ? tidakkah itu satu perkara yang membuangkan masa.
Untuk kali ini saya nak sampaikan satu tip ringkas sahaja berkaitan atau berkenaan forex nih.Mudah untuk diikuti dan kalau kena caranya boleh bagi untung yang banyak.Apakah tip yang dimaksudkan tuh ? kalau nak tau kena baca sampai habis..Sebelum tuh saya nak bagi tau dari awal-awal lagi, bahawasanya semua apa yang saya sampaikan disini adalah berdasarkan kepada pengalaman saya sendiri ketika berurusniaga.Selok-eloknya kalau ada yang nak follow tuh kena hati-hati sikit.Takut tak menjadi.Yang paling baguih kalau nak try satu-satu benda tuh kita kena kaji selidik terlebih dahulu berdasarkan kepada tahap ilmu pengetahuan yang kita ada.Harap maklum dan selamat majujaya.Cerita berikutnya ada dibawah:
Seringkali kalau kita nak mula untuk membeli atau menjual sesuatu matawang yang kita suka, kita akan mengunakan berbagai-bagai cara, ada yang guna cara teknikal analisis dan ada yang guna cara fundemental analisis dan juga ada yang suka ikut cakap orang dan macam-macam lagi lah. Itu semua terpulang kepada pilihan diri masing-masing . Dalam pada itu pula ada yang akan rugi dan pula yang akan untung. Kalau untung ramai yang tersenyum riang tapi kalau yang rugi tuh…sendiri mau ingat lah..rasanya tak payah cerita dekat sini, sebabnya ramai yang dah tau apa akan jadi.Tip dia mana ? asyik dok cerita je nih …sabar sat. Nak cerita lah nih..
Tip dia mudah sangat-sangat, kalau anda rajin dan ada banyak masa, cuba pergi buat kaji selidik bagai mana peniaga-peniaga yang bermodal besar nih berurusnaiga dan cuba pula kaji selidik bagaimana pula peniaga-peniaga kecik nih berurusniaga dan cuba buat perbandingan diantara kedua-duanya dan anda akan dapat keputusanya nanti.Berdasarkan pengalaman saya yang lalu, apa yang perlu anda buat hanyalah cuba untuk duduk berurusnaiga bersama-sama kelompok atau golongan yang bermodal besar-besar tadi.Inshaallah saya pasti anda akan selamat dan pasti akan berjaya. Mengapa saya berkata begitu…Panjang cerita nya nih.
Yang pertama Peniaga-peniaga besar-besar nih dia ada etika urusniaganya yang tersendiri.Kebiasaannya setiap urusniaga yang dibuat akan beroleh keuntungan seperti yang diharapkan.Mereka tidak bermain tapi mereka ini melabur untuk suatu tempoh jangka masa yang tertentu.Kalau boleh kita peniaga yang bermodal kecik-kecik ini kena berusaha untuk befikir bagaimana kita boleh follow peniaga-peniaga yang bermodal besar-besar nih.Boleh dapat 50 % ke 60 % untung jadi aahhh. Cerita dia nampak mudah, tapi nak tau dekat mana peniaga-peniaga besar-besar nih selalu buat open position…nih lah yang susah sikit. Apa nak susahnya mereka-mereka nih pun guna teknik yang sama juga.Kalau peniaga kecik guna Candlestik chat depa pon guna juga.Kalau peniaga kecik-kecik guna moving average, depa pon guna moving average juga.Jadi apa bezanya..Ada perbezaanya kalau tidak macam mana depa boleh mengatasi kita dari segi kejayaan ururusniaga yang dibuat.Sampai dekat sini saja.Yang lain tuh kena pikiar sendiri.Bunga-bunga tip tuh dah bagi..pandai-pandai lah p cari kalau nak dapat untung.Mudah-mudahan anda semua akan jumpa kaedahnya yang sesuai nanti.Kalau dah jumpa tuh jangan lupa cerita dekat saya sama..
Tugas saya untuk kali ini sampai dekat sini sahaja,kalau ada lagi info menarik lain yang dirasa boleh dikongsi bersama-sama.Nanti saya akan updatekan disini.Kalau nak tau info menarik yang lain-lain tuh,selalu lah datang mai jengok isi dalam laman web carca merba saya nih.Semoga apa yang disampaikan ini berguna untuk anda semua.
Kalau nak berjaya tuh jangan cepat putus asa,nak lagi cantik berani untuk mencuba dan ditapisi oleh tahap ilmu pengetahuan yang dimiliki itu lebih baik.Jangan dok buat hantam kromo saja…itu benda yang sia-sia..
Sekian terima kasih dan selamat majujaya.












