Gelang tangan kristal baru update
Assalamualaikum,
Selamat berpuasa,rasanya belum terlambat lagi kalau nak cari aksesori untuk bergaya dihari raya yang akan datang menemui kita tak lama lagi nih.Gelang tangan kristal ini sebenarnya di tempah oleh orang johor,design memang cantik dan kalau pakai buat melaram pada hari raya memang best.Tapi yang ini untuk orang perempuan.Untuk orang lelaki punya tak ada.Tapi kalau nak beli untuk buat hadiah dekat isteri yang tersayang memang elok sangat lah.
Gelang tangan kristal nih macam yang sebelum nih juga,stok terhad.Kalau ada yang berkenan dia kena tempah awal-awal.Untuk tidak mau menghampakan saudara/saudari semua,dekat bawah nih ada saya sertakan gambar gelang tangan kristal tersebut. Kalau ada yang berkenan tuh.Macam biasa lah hantar email atau guna komen yang dok ada tuh mai dekat saya.
Gambar nih saya dah edit bagi nampak serabut sikit.Tak mau bagi orang tiru design dia.Biar saya dan tukang buat gelang tangan kristal ini sahaja yang tau sudah lah.Orang lain kalau dia nak buat juga,dia kena pikiar sendiri.( gurau sahaja ).Dekat bawah tuh ada saya sediakan maklumat ringkas berkenaan gelang tangan kristal nih:
Harga: RM 150.00 + KOS PENGHANTARAN
Kuantiti: Terhad ( siapa cepat dia dapat )
Kualiti: o.k. ( saya jual yang elok sahaja )
Sampai dekat sini sahaja untuk kali ini Selamat berpuasa dan jumpa lagi.
Sekian terima kasih.














