Hendaklah kamu sediakan untuk melawan mereka sekadar tenagamu,kekuatan dan kuda yang terpaut.Dengan demikian kamu mempertakuti musuh Allah dan musuhmu.Begitu juga orang-orang lain selain mereka yang tiada kamu ketahui,sedang Allah mnegetahui mereka.Apa-apa yang kamu belanjakan pada jalan Allah,nescaya disempurnakan Allah balasanya kepadamu.Sedang kamu tidak terainaya. — Al-Quran, Surah al-anfal ayat 60

Apa konsep laman blog atau web anda ?

IKLAN BERBAYAR: Ini cara kami cari duit lebih ianya murah,mudah dan berpanjangan daftar penyertaan dekat sini

Assalamualaikum semua pembaca setia yang dihormati,

Hari ini banyak masa terluang yang saya ada, jadi lebih baik saya cerita serba sedikit tentang topik lama atau yang sudah lapuk ini dalam blog saya. Mudah-mudahan boleh dijadikan sebagai panduan untuk bloger-bloger dan juga untuk peniaga-peniaga internet  yang baru dan mula nak berjinak-jinak dengan dunia internet ini. Apa yang hendak saya sampaikan ini adalah sebahagian darinya sahaja, malah ada banyak lagi cerita seperti ini dekat luar sana nun yang perlu anda cari, bila jumpa kena baca, lepas baca hendaklah memahami apa yang di sampaikan dan yang terakhir cuba aplikasikan pada blog atau perniagaan internet anda. Mudah-mudahan anda akan dapat sedikit gambaran dan ganjaran dari kisah tersebut. Jom kita ke kisah seterusnya.

Sekarang ini keperluan atau permintaan terhadap perlunya kita  melibatkan diri dengan perniagaan yang ada kaitan dengan internet bertambah dari semasa ke semasa. Rata-rata kita boleh lihat iklan-iklan, cakap-cakap dan juga saranan-saranan supaya kita terlibat terus dengan perniagaan ini.Bila kita bercakap tentang perniagaan Internet, blog dan laman web adalah salah satu dari kompenan utama  yang perlu kita ambil tahu. Saya tak tahu kenapa, mungkin dua kompenan penting ini berperanan sebagai pengantara antara kita dan juga pengguna internet, pembeli atau sebagainya. Lain-lain dari itu, email, chating box, forum, laman web sosial ( laman web juga ) seperti facebook, twitter, Ning, Myspace, friendster dan banyak lagi. Kali ini saya hanya akan cerita tentang dua benda sama ada blog atau  laman web. Dua tu sahaja. Ada orang suka blog dan ada orang suka laman web.Yang mana satu ?   Yang mana satu tak penting, sekarang ini saya guna blog dari CMS WordPress. Kadang-kadang saya sebut laman web dan kadang-kadang saya sebut blog dan kadang-kadang jadi weblog. Kesemua tu saya guna ikut keperluan dan kefahaman seseorang itu tentang dunia internet supaya mereka mudah faham dan di waktu yang sama juga saya jadikan blog saya ni juga sebagai tempat untuk saya mendapatkan sumber pendapatan, kadang-kadang laman web saya ni juga  saya gunakan untuk tapak iklan, kadang-kadang untuk tujuan kaji selidik, untuk mencari kawan dan sahabat baru, tak lupa juga untuk pamerkan kebolehan  yang saya ada bagi tujuan perkongsian maklumat itu indah dan macam-macam lagi mengikut keperluan dan kesesuaian masa.

Sale motivation
Get the Flash Player to see the wordTube Media Player.

Blog atau Laman web ada banyak kegunanya.Ada yang guna untuk tujuan baik dan ada yang guna untuk tujuan yang tidak baik. Dua-dua perkara tersebut bergantung kepada pemilik laman laman web atau blog tersebut.Apa konsep laman web dan blog anda ? ntah…. saya tak tahu tetapi anda mungkin tahu sebab anda adalah pemilik laman web dan blog tersebut yang sebenar.Untuk blog saya ini, konsep yang saya guna adalah untuk tujuan perkongsian maklumat, perniagaan dan santai. Last-last apa yang dah  jadi dengan blog saya ni ? carca merba. Semua ini berlaku akibat ingin memenuhi keperluan semasa supaya blog saya ini terus hidup dan terus hidup dan terus memberi sumbangan untuk saya dan juga pembaca setia yang sangat saya hormati. Cuba tengok kreteria yang ada dibawah, ada ke tidak pada laman web anda ?

  1. Kemas dan tidak beserabut
  2. Isi atau maklumat berguna untuk pembaca ada ke tidak ni ? ( penting – salah satu punca kenapa pembaca selalu kena datang ke laman web atau blog anda).
  3. Peluang-peluang yang boleh mendatangkan keuntungan pada pemilik.
  4. Shopping cart. ( sistem kedai online )
  5. Ruangan percuma untuk pembaca atau pengguna boleh turut serta.( kenapa perlu ada ? ) Nak tahu jawapan, tanya diri sendiri.
  6. Kelajuan laman web atau blog ( perlahan atau sangat perlahan ) pengguna suka laman web yang loading laju.Web atau blog anda bagaimana ?
  7. Contact No, alamat atau muka cun atau hensem anda tu ada terpampang ke kat dalam blog atau laman web anda ? ( untuk pemilik yang ada kedai online )
  8. Online Chating ada ke tidak ? kalau ada… selalu online ke ? kalau selalu online, jika ada yang bertanya on the spot jawab ke tidak ? hee..heeee..hee
  9. Biasanya scroll panjang berjela ke bawah ni tak berapa digemari sangat oleh pembaca atau pengguna internet kecuali ada bulan dan bintang yang di janjikan. Ada ke tidak ciri-ciri menarik yang tak diperlukan sangat ni ?.Kalau ada fikir-fikirkan lah.
  10. Shoutbox atau shoutbox magic ada disediakan tak ? tool ini percuma sahaja dan sangat-sangat digemari oleh pengguna internet.Kalau  kretif tool ini banyak kegunaanya contoh terdekat adalah shoutbox magic. ( boleh link sampai 30++ laman web dan blog selepas di naik taraf malah lebih dari tu pun boleh ).
  11. Konsep laman web dan blog jangan lupa, kalau fokus hanya kepada jual barang atau untuk dapat untung ja elok-elok ditambah isi-isi,info-info,nasihat,tip dan sebaginya  yang menarik di dalam tu juga.Siapa yang tahu kan, mungkin pembaca tadi  tertarik dengan produk yang anda tawarkan pada masa yang sama.Siapa yang tahu kan ?.
  12. SEO
  13. Aaaaaahhhhhhhh…..banyak lagi sebenarnya, memandangkan topik ini adalah percuma.Lain kali saya sambung lagi topik ini.Harap maklum.

Semua ini  tergolong dalam ketegori perkongsian maklumat itu indah, semua isi yang ada ini datangnya dari seorang manusia yang ada sifat kelemahan dimana-mana,  jika anda dapati ada sekelumit daripada isi kandungan topik ini yang berguna dan berminat untuk mengaplikasikanya pada perniagaan internet anda.Sila gunakanya tampa was-was.Jika tidak, sila abaikannya dan jika ada mana-mana bahagian pada isi topik ini yang terkurang saya harap anda dapat perbetulkanya.Komen dan kutuk yang tak membina tidak diperlukan disini.Kalau nak kutuk nak komen yang tidak berguna tentang kelemahan topik yang disampaikan secara percuma ini sila kemukan jalan penyelesaianya sekali.Jika tidak ada sila lupakan sahaja hasrat tersebut. Harap maklum.

Sekian terima kasih dan selamat majujaya

 

 


Related Posts:




IKLAN BERBAYAR: Ini cara kami cari duit lebih ianya murah,mudah dan berpanjangan daftar penyertaan dekat sini

Leave a Reply

CommentLuv badge
Put Your Ads Here! Put Your Ads Here!

Copyright © 2006 – 2012 niaga24jam.com / POWERED & DESIGN BY: notepad++ / GIMP / En Zam / This website is hosted by SHINJIRU

free web
stats