Assalamualaikum dan salam hormat,
Jangan terlibat dengan aktiviti perniagaan yang sebegini. Nak tahu kenapa?
Pengakhiranya adalah bisnes tidak kekal lama, modal hangus dan terpaksa bayar dan menanggung beban hutang ( untuk yang meminjam ). Bahayanya bisnes syok sendiri adalah kerana bergantung kepada draf atas kertas yang dibuat atas dasar syok sendiri bahawa bisnes tersebut boleh berjaya ( penyakit bakal peniaga baru yang tidak ada pegalaman di dalam bidang perniagaan ). Terlalu bermotivasi dan kepercayaan berlebih-lebihan kepada kekuatan yang ada pada diri sendiri, sedangkan ilmu dalam bidang perniagaan tidak lah sebanyak mana ( dulu kerja kerani kuanter bahagian depan sahaja ).
Jalan penyelesaianya yang selalu pihak admin buat adalah menggunapakai khidmat pengkritik tahap tinggi ( pedas tetapi ada isinya ):
- Dapatkan nasihat pengkritik dari lavel bawah sampai level atasan.
- Lagi pedas kritikan lagi baik.
- Bukan seorang pengkritik tetapi ramai dan mengikut sektor keperluan dalam bidang masing-masing. Terutamanya bahagian marketing, kewangan, customer services, research & deverlopment dan banyak lagi ( ikut keperluan perniagaan ).
Sekian terima kasih dan selamat mencuba.