Assalamualaikum tuan-tuan dan puan-puan,
Alhamdulillah bertemu sekali lagi, tuan-tuan dan puan-puan nak buat duit dengan blog ?
Berdasarkan pengalaman saya kalau nak buat duit dengan blog, yang sebenarnya bukanlah payah sangat. Mudah sahaja yang sebenarnya.Ingin tahu bagaimanakah caranya?
Semua ini berdasarkan pengalaman saya sendiri dan pengalaman ini usianya hampir 5 tahun dan pengalaman ini juga saya ingin kongsikan dengan tuan-tuan dan puan-puan sekalian pada kali ini.Kalau tuan-tuan dan puan-puan nak buat duit dengan mengunakan platfom blog, langkah-langkahnya adalah:
- Sediakan blog yang ada sistem kedai online ( kalau nak tempah sila rujuk dekat sini: Perkhidmatan pemasangan blog + sistem kedai online )
- Cari produk fizikal yang ada permintaan. Apa-apa produk pun boleh di muat naik yang sebenarnya dan kalau lagi banyak tawaran itu lagi baik.
- Jawab semua email / komen terutama sekali yang datangnya dari blog + sistem kedai online yang kita bangunkan. Sila jawab dengan penuh bersopan santun,beretika dan berinfomasi.
- Rajin-rajin jawab SMS yang datanganya dari laman blog + sistem kedai online
- Selalu test market dengan produk-produk baru.Kalau tak boleh jalan, itu tidak menjadi masaalah.Lagi pun produk tersebut hanyalah sekadar produk test market sahaja.
- Pastikan blog tuan-tuan dan puan-puan ada menyediakan maklumat supaya mudah dihubungi dengan senang. Pada kebiasaanya pembeli akan bertanya terlebih dahulu.Jadi sila pastikan perkara-perkara ini semua ada disediakan.
Sejak 5 tahun pengalaman dalam menjalankan perniagaan internet, hasil jualan banyak sekali terhasil dari pemasaran melalui kaedah email. Jadi tuan-tuan dan puan-puan haruslah mengusai teknik pemasaran melalui email.
Cukuplah sampai disini, ada masa saya akan sambung lagi.
Sekian terima kasih dan selamat majujaya
Related Posts:
- Kasut Futsal Jenama Breaker
- Honey Soap With Pure Gold
- Tapak iklan untuk di sewa
- Kotak Kerongsang Master
















