Assalamualaikum,
Kodiang, 11 safar 1430.Sudah lama saya tak update isi dalam laman web saya nih.Al maklumlah kerja nih semua percuma,bila percuma tuh faham-faham lah no.Kalau asyik dok update isi dalam nih saja nanti isi dalam poket tak dak pulak.Untuk kali ini bukan sesi promosi barang,Cuma nak bagi sedikit cadangan dan juga buah fikiran yang dirasa-rasakan boleh di gunakan kot.Sekarang nih kan ramai orang dok tengah cari kerja dan kadang-kadang kesian pulak tengok depa tuh semua.Ke sana dan ke sini tapi kerja tak dapat juga.Poket pun dah kering,hutang nak kena bayar dan kalau yang dah berkeluarga tuh faham-faham je lah.Tak payah dok cerita lah.
Apa yang saya nak sampaikan ini kebanyakanya ada sangkut paut dengan saya lah juga.Dulu pun saya pernah lalui pengalaman seperti ini,tapi tak lah seteruk anda semua.Saya nih boleh dikatakan berada pada tahap biasa saja.Dugaan dan cabaran yang saya terima tuh tak lah agresif sangat.Kalau agresif macam mana yang anda semua lalui,tak tau lah saya apa nak jadi.Semua tuh kena berserah kepada ketentuan Tuhan yang menciptakan kita lah.Harap-harap jangan sampai lah tahap yang sebegitu. Berbalik kepada tajuk asal iaitu kerja part time dirumah.Kerja part time dirumah nih ada macam-macam.Yang tak syok didengar pun ada dan yang syok didengar pun ada.Ada kerja tuh percuma saja dan ada yang dapat ganjaran.Tapi untuk kali ini saya nak cerita tentang yang dapat ganjaran dalam bentuk ” $WANG$ ” sahaja. Bab yang lain-lain tuh hari lain lah pulak.
Sekarang nih negara kita terkena tempias krisis ekonomi dunia yang boleh dikatakan agak teruk.Macam biasalah ramai orang nanti akan hilang punca pendapatan.Terutama yang ada sangkut paut dengan US dan beberapa lagi negara-negara lain yang merupakan tunjang kepada pertumbuhan ekonomi dunia.Bab krisis ekonomi dunia nih kita bagi dekat pakar ekonomi yang selesaikan.Sekarang nih kita kisah tentang macam mana nak selamatkan krisis kewangan yang kita sendiri hadapi ini.Macam-macam cara ada dan macam macam cadangan ada.Yang mana satu sesuai dengan kita semua.Ini lah yang saya nak terangkan atau sampaikan untuk kali ini.Dalam banyak-banyak cara mungkin bab nih adalah salah satu darinya.Kalau anda rasa sesuai anda semua boleh ikut,tapi kalau rasa macam tak boleh pakai letak tepi dah lah.Jangan boikot laman web nih pulak oleh kerana pendapat dan cadangan yang tak berapa bernas nih.Teruskan membaca kerana membaca boleh menambahkan ilmu pengetahuan.
Kalau nak cuba kerja part time yang saya nak sampaikan nih,perlu di ingat rumah anda mesti ada talian talipon yang aktif dan boleh sambung untuk guna perkhidmatan internet.Kalau tak ada,anda semua kena usaha bagi ada.Lepas tu apa lagi,macam biasa kena ada sedikit sebanyak ilmu pengetahuan tentang macam mana nak guna komputer dan segala macam yang bersangkutan dengan komputer.Bab nih kalau tak tau kena cari orang yang tau dan suruh depa ajar.Itu pun kalau anda semua nak try cara yang saya nak sampaikan nih.Baca lagi dan teruskan membaca sampai tak larat nak baca.
Kalau semua benda yang saya katakan tadi sudah cukup lengkap, anda semua kena sambung bahagian nih pulak.Komputer jangan lupa noo.Benda nih mesti ada.Tak kira lah desktop ke notebook ke laptop ke janji komputer dan boleh berfungsi dengan baik.Apa yang boleh anda buat dengan semua benda yang saya sebutkan tadi ?
Jawapanya adalah KERJA, kan anda sekarang nih tengah cari kerja?.Jadi dengan semua benda-benda penting yang saya sebutkan tadi anda telah dapat kerja.Sekarang nih anda tak payah lagi pergi cari kerja yang memang belum tau dapat ke tidak .Anda sekarang nih telah pun ada kerja.Percaya atau tidak dengan apa yang saya katakan nih.Kalau tak percaya,jawabnya anda kena baca lagi.Sebab cerita berkenaan tajuk nih belum selesai.
Yang bestnya tentang kerja nih adalah ,anda adalah seorang boss dan anda juga seoarang kuli.Kalau anda nak panggil diri anda sebagai seorang CEO pun boleh,nak panggil manager pun bolehhh dan tak ada masaalah punya dan kalau tak mau letak gelaran apa-apa pun bolehhh.Tak ada sesiapa yang nak marah punya.Waktu atau masa untuk bekerja anda tentukan sendiri,waktu rehat pun sama juga anda tentukan sendiri dan perihal nak cuti pulak.Itu semua terpulang kepada anda sendiri untuk menentukanya.Tapi kalau bab MC memang sah tak ada dalam senarai.Sebab kalau bagi MC pun tak ada siapa yang nak kisah. Sambung balik cerita asal tadi,boleh kah anda buat kerja nih ? memang boleh punya,melainkan anda sendiri yang mengatakanya tak boleh dan memang anda tak mau buat.Yang tuh masaalah anda dan anda fikirlah sendiri.Dekat bawah nih ada saya senaraikan beberapa kerja yang boleh anda buat seperti mana yang saya tengah buat sekarang nih.Semua nya tak perlu kos yang besar dan yang paling best adalah boleh dibuat dirumah ( bahasa orang putih adalah home business ) dan yang tuh juga lah yang akan saya terangkan kepada anda semua. Benda nih akan jadi lebih mudah kerana apa yang saya terangkan disini telah pun saya lalui sebelum saya syorkan kepada anda semua.Jadi kalau tak faham macam mana cara nak buat, nak tanya dekat saya pun bolehhh dan tak ada hal punya.Baca lagi dan lagi dan lagi.
Ini adalah kerja yang saya tengah buat dan akan terus buat:
- Forex ( Urusniaga tukaran matawang asing ).
- Pasaran saham hadapan dan ekuiti ( dah lama tak aktif sejak market bull ) .
- Jual barang dalam pasaran internet ( kasut bundle,kerongsang dan macam-macam benda lagi ) .Yang ini kena ada laman web sendiri lagi baguih.Yang percuma pun ada.Jadi anda pilih lah yang mana suka.
- Menoreh getah ( waktu pagi ) yang ini back up penting.
- Repair komputer.( dulu ada buat tapi sekarang dah tak berapa aktif tapi kalau ada orang minta tolong buat juga )
Huraian ringkas:
Forex
Forex merupakan salah satu tempat untuk cari duit dan buang duit dengan cukup mudah.Kalau anda berminat nak try yang nih saya cadangkan anda kena hadiri khusus dulu.Kalau sebelum nih anda memang dah ada latar belakang berurusnniaga dipasaran saham.Saya rasa itu sudah cukup baik.Cara urusniaga dia tak lah jauh beza dengan urusniaga pasaran saham cuma anda kena upgrade sikit teknik yang sedia ada bagi sesuai dengan urusniaga forex.Sebab forex nih kalau kena cara boleh bagi kepada kita sumber pendapatan.Kalau nak belajar forex anda disarankan cari kelas-kelas forex yang ada rating dan berkualiti tinggi.Sebab urusniaga forex nih bukan calang-calang urusniaga dan tak semua orang yang berurusniaga dipasaran forex nih sentiasa bertuah termasuklah saya.hee…hee..hee..hee..hee.Saya nih ketegori tengelam timbul.Kadang kadang untung dan kadang kadang rugi.Tapi yang selalu berlaku untung banyak kali tapi sikit- sikit dan rugi tuh jarang-jarang ,tapi sekali rugi habis disapunya semua yang untung sikit-sikit tuh.Itulah forex,tapi kalau modai besar tak dak hal punya dan saya berani jamin anda akan sentiasa beroleh keuntungan dengan syarat-syarat dan juga beberapa kaedah-kaedah tertentu yang perlu anda patuhi.Bab nih rahsia tak boleh cerita dekat sini.Kalau nak tau kena Email mai dekat saya.Harap maklum.Tak habis lagi nampaknya kena baca lagii lah kalau nak tau kesudahanya.
Pasaran hadapan dan Ekuiti
Yang ini di takbir urus dalam negara kita.Pernah dengar tentang BSKL atau indek komposit ?Mesti pernah kan.Selalu ada laporanya setiap hari dalam berita TV1,TV3 dan dalam surat khabar pun ada.Kalau sebelah petang lebih kurang pukul 5.30 petang adalah cerita tentang turun naik pasaran saham nih.Kita tinggalkan benda tuh semua.Kalau dah ada internet anda semua tak perlu tengok yang tuh semua sebabnya apa yang mereka nak cerita dah ada dalam internet. Pasaran hadapan dan ekuiti nih macam forex lah juga.Cuma tahap agresif dia tuh kurang sikit berbanding forex.Kiranya boleh bertolak ansur lagi lah.Kalau anda berminat untuk cari yang laju dan cepat dapat untung dan rugi anda boleh cuba pasaran hadapan.Pasaran hadapan ada dua jenis
- FKLI ( kalau nak tau cerita berkenaan FKLI anda semua boleh lawati laman web Bursa Malaysia bahagian derivatives atau senang cerita klik saja dekat sini: http://www.klse.com.my/website/bm/products_and_services/derivatives.html
- FCPO ( yang nih pun sama juga kalau nak tau cerita mengenainya sila lawati laman web yang dekat atas tuh.
Tapi kalau anda nak cari untung ditempat yang tak berapa agresif dan sangat bertolak ansur bukan sikit-sikit tapi banyak sangat tolak ansurnya,anda boleh cuba pasaran ekuiti.Dalam tuh ada 1 ribu lebih kuanter yang didagangkan.Pilih lah yang mana satu paling sesuai mengikut kehendak anda janji lulus syariah.Tapi jangan main kontra,kalau main kontra alamatnya pasaran ekuiti nih akan bertukar jadi agresif.Pasaran ekuiti nih sesuai sangat-sangat untuk orang yang suka beli kemudian simpan dalam tempoh jangka masa tertentu kemudian baru jual.Masa sekarang nih market tengah merudum jadi sesuai sangat-sangat lah untuk buat penilaian terhadap kuanter-kuanter yang boleh dibeli.Bab nih pun ada kaedahnya dan tak boleh cerita dekat sini.Kalau nak tau kena email mai dekat saya.Sebab khidmat nih kena bayar. Harap maklum.
Perniagaan internet
Bab nih tak payah terang dah.Rasanya ramai dah tahu. Salah seorang yang boleh dikatakan sudah berjaya adalah Saudara Irfan khairi.Tapi saya pun buat juga cuma tak lah MELETOOOP macam beliau.Setakat nak tambah sumber pendapatan dalam RM 300 hingga RM 400 sebulan tuh adalah.Lebih dari tuh rasanya tak tercapai kot.Macam-macam saya jual tapi yang bestnya saya jual dalam kuantiti yang banyak.Dalam sebulan kadang-kadang tuh ada lah dalam 2 atau 3 orang pelanggan yang betul-betul berminat.Nasib baik depa beli dalam jumlah kuantiti yang banyak jadi dapat lah untung sikit.Nak untung banyak tuh boleh tapi tak syok lah pulak.Punca dapat untung sikit nih bukan kerana apa,ini semua sebab saya ambil kadar keuntungan yang kecil.Walaupun dapat sedikit,pelanggan nih adalah pelanggan yang berulang-ulang .Jadi disitulah kelebihanya pulak.Tiap-tiap bulan mesti ada order punya..macam mana ok tak ? boleh buat ke ?.Semua nih adalah perniagaan internet yang saya buat dari rumah.Stok pun tak ada tapi boleh jual barang. Ada lagi dan teruskan membaca kerana orang islam digalakkan supaya rajin membaca.
Menoreh Getah
Bab nih kena terang sikit saja.Senang cerita yang ini merupakan back up kepada pendapatan saya.Ini kerana menoreh getah boleh dibuat hari-hari. Jadi bila boleh menoreh sudah tentu punca pendapatan tuh ada.Jadi anda semua tak semestinya kena menoreh seperti saya.Kalau boleh juai nasi lemak ke,roti canai ke,ambil upah potong rumput ke dan apa-apa lagi lah di sebelah pagi itu pun dah dikira ok. Janji kerja yang kita nak buat tuh bukan sepenuh masa tapi ianya tiap-tiap hari ada.Ini semua bagi mengukuhkan lagi kedudukan kantung duit kita. Bab berikutnya tentang repair komputer, kalau tinggal dekat sebelah pekan atau bandar besar perkhidmtan ini memang boleh buat duit.Macam saya nih tinggal dikampung jadi berapa kerat sangat orang kampung yang guna komputer.Kalau ada permintaan pun 3 atau 4 bulan sekali.Itu kira nasib lah ada juga.Kadang-kadang dalam tempoh tersebut tak ada langsung.Tapi bagi anda yang tinggal dikawasan bandar eloklah dijadikan perkhidmatan memperbaiki komputer ini satu pekerjaan tetap tapi tidak secara sepenuh masa.Boleh faham ke.Saya harap anda semua boleh faham dengan apa yang saya maksudkan tuh.
Secara kesimpulanya apa yang saya sampaikan tadi anda semua boleh buat jika berminat.Selain dari apa yang saya terangkan tadi,masih banyak lagi cara lain yang lebih hebat. Macam biasa lah yang lain tuh anda semua kena cari sendiri.Saya hanya sampaikan apa yang saya tau sahaja. Kalau nak diikutkan cerita bab ini panjang lagi dan kalau ada yang berminat nak cuba teknik kerja yang macam nih dan perlukan sokongan tambahan dari saya.Jangan malu dan segan email mai dekat saya.Banyak lagi perkara penting lain yang perlu anda semua tahu.Terutama bab saham,forex dan cara berniaga tak payah ada barang tapi boleh dapat untung.Semua tuh anda semua akan dapat tahu jika anda berminat untuk berkongsi maklumat tak seberapa ini dengan saya.
Nampaknya bab ini dah hampir tamat.Sampai disini sahaja dan terima kasih saya ucapkan kepada anda semua kerana sudi membaca artikal yang tak seberapa ini.Marilah membaca dan bagi mereka yang ada ilmu dan maklumat ilmiah yang menarik dan yang boleh dikongsi bersama untuk kebaikan sudi-sudilah kiranya meramaikan lagi bahan-bahan yang bersumberkan ilmu pengetahuan dalam bahasa melayu. Dengan adanya bahan-bahan yang bersumberkan ilmu pengetahuan dalam bahasa melayu diharap dengan itu bahasa melayu dapat dinaikan martabat kedudukkanya setanding dengan bahasa ilmiah yang lain.Hanya dengan cara itu sahaja bahasa melayu akan menjadi bahasa yang penting.Kerana bahasa ilmu bukan bahasa percakapan seharian.
Sekian terima kasih dan jika ada salah dan silap yang tak teperasan harap dimaafkan.Bahasa yang saya guna dalam artikal ini adalah bahasa rojak dan yang penting anda semua faham apa yang hendak saya sampaikan ini.
Related Posts:
- Kotak kerongsang
- Beniaga pakai modal air liur
- KH KOPI - Khasiat sejati herba hutan
- Membekal dan berniaga barang bundle
Tags: kerja part time



















