Assalamualaikum,
Padang Besar,Perlis.5 julai – Berjumpa lagi kita pada kali ini.Apa yang ingin saya sampaikan pada kali ini ada hubung kaitnya dengan tajuk-tajuk yang lepas iaitu berkaitan pasaran saham.Macam biasalah kalau anda semua berkunjung ke sini,tajuk yang akan dan sering diperbincangkan sudah tentunya berkaitan pasaran saham.Beberapa hari yang lepas jika anda sempat membaca salah satu dari dua artikal yang terdapat di dalam blog ini yang bertajuk ” Pelaburan saham : tujuan utama adalah keuntungan ” atau ” Tip saham : Salah satu cara mengurangkan risiko kerugian ” antara perkara yang diketengahkan adalah perlunya kita bersatu padu dalam menghadapi saingan dalam urusniaga pasaran saham.
Yang menariknya pada kali ini saya akan menceritakan kepada anda semua tentang salah seorang tokoh pelaburan dari Amerika yang bagi saya beliau sudah cukup terkenal di kalangan mereka-mereka yang aktif dalam bidang pelaburan saham ini.Siapa dia ? WARREN BUFFET.Mungkin ada yang sudah tahu tentang perkara ini.Beliau merupakan orang no 2 yang telah diktiraf sebagai orang terkaya di Amerika dengan jumlah kekayaan yang berjaya di kumpul sebanyak $ 52.0 Bil.Tetapi apa yang ingin saya sampaikan disini bukan tentang kekayaan yang telah berjaya dikumpul oleh beliau, sebaliknya cara yang digunakan oleh beliau ketika mula-mula berurusniaga dipasaran saham.Perkara ini jarang sekali saya jumpa dan diperbincangkan dengan meluas berbanding dengan kekayaan beliau miliki.Mungkin saya terlepas pandang kot ? mungkin juga.Tetapi tidak kisah lah apa-apa pun, hari ini saya akan menceritakanya sekali lagi.sila lihat cerita berikutnya dibawah :
Cerita ini saya dapat dari sebuah buku pelaburan saham yang bertajuk :
” The Warren Buffet Way ” telah diterbitkan pada pada tahun 1994 dan penulisnya adalah Robert G Hagstrom,Jr.Mungkin buku ini telah diulang terbitanya.Tapi itu saya tidak pasti,kebiasaanya buku-buku baik seperti ini akan diulang cetak oleh penerbitnya.Kalau anda berkesempatan dan ada modai lebih sila dapatkanya satu naskah dan jadikanlah ianya salah satu dari koleksi bahan bacaan menarik yang anda miliki.Tidak mengapa,kita tinggalkan cerita tentang buku ini dan kita sambung balik topik kita berkenaan isi yang terdapat dalam buku ini yang ingin saya sampaikan.
Dekat bawah ini ada sedikit buah tangan dari saya.Semoga anda terhibur.Bawa mai jauh nih, dekat sempadan siam nuhhh…
[coolplayer width="300" height="80" autoplay="false" loop="false" charset="utf-8" download="0" mediatype=""]
Aku Pengangur
[/coolplayer]
Cerita tidaklah menarik sangat,tetapi cukup untuk dijadikan sebagai panduan untuk kita semua.Anda nak tahu apa yang Warren Buffet buat ? jawapannya ada selepas ini.Semua ini berkaitan dengan bantu membantu atau perkongsian ataupun pengabungan atau bersatu padu.Mengikut apa yang saya dapat dari buku yang saya katakan tadi,Warren Buffet juga pada peringkat awal pembabitanya dalam pelaburan saham, ketika itu beliau sudah berusia dalam lingkungan 25 tahun.Beliau telah menubuhkan satu rakankongsi pelaburan yang disertai oleh 7 orang peserta. Jumlah dana yang berjaya dikumpul hasil dari perkongsian atau kerjasama bijak ini adalah $ 105,000.00.Warren Buffet sendiri pada ketika itu hanya menyumbangkan dana pelaburan sebanyak $ 100.00 sahaja.Selepas 13 tahun beroperasi kumpulan ini berjaya mengumpul dana hasil keuntungan dari pelaburan bernilai $ 26 million. Selepas pada itu apabila reputasi kumpulan ini bertambah terkenal dikalangan orang ramai,maka ramailah orang datang mencari untuk menyerahkan wang pelaburan mereka untuk diuruskan oleh kumpulan pelaburan yang telah ditubuhkan oleh beliau bersama-sama rakankongsinya.Dari sinilah bermulanya Warren Buffet mengumpul kekayaan sehingga beliau berjaya sehingga ke tahap sekarang ini.Ceritanya banyak lagi tapi saya ringkasnya.Yang selebihnya anda semua kena cari sendiri atau dapatkan buku ini untuk maklumat yang lebih tepat tentang perkara yang diceritakan ini.Diharap anda semua dapat faham tentang perkara ini.Jadi tidak ada lagi alasan mengapa kita tidak mahu atau tidak boleh mengunakan kaedah yang sama untuk projek pelaburan kita.Orang no 2 terkaya di Amerika pun mengunakan kaedah ini.Jadi kenapa kita tidak boleh melakukanya.Pelik bukan ? Sesuatu yang perlu untuk difikirkan….
Saya rasa sampai disini saja,cerita saya untuk kali ini.Kalau ada masa dan bahan-bahan menarik yang berkaitan perkara ini.Akan saya sambung pulak pada keluaran akan datang.Jika ada Sebarang keraguan tentang perkara yang disampaikan ini,Jangan malu dan segan,sila hantar mai dekat saya.
Semoga maklumat yang disampaikan ini berguna kepada anda semua.
Kata-kata pembakar semangat :
Untuk berjaya kita kena buat apa yang orang yang dah berjaya buat.Itu salah satu contoh terbaik buat kita.
Lagi satu perkara,Kalau mai jalan-jalan ke sebelah utara jangan lupa mai singgah ke Padang Besar,Perlis.Boleh shopping barang-barang dari siam.Apa-apa pun.Kalau nak mai tuhh bawa modai lebih sikit……..
Sempena hari ulang tahun kemerdekaan negara kita yang ke 50.Marilah kita semua sama-sama memerdekakan diri kita sendiri kalau kita terasa diri kita ini belum lagi merdeka…
Sekian terima kasih dan selamat maju jaya.
Technorati Tags: Tip saham, Pasaran saham
Powered by ScribeFire.
Related Posts:
- Don't be the next victim
- Tip Ringkas Pelaburan Saham
- Kelajuan laman web dan blog
- The Most Successful Investors Have Time and Patience


















