Peluang Perniagaan | Blog Pasaran Saham | FKLI | Forex

Blog maklumat Peluang perniagaan dan pasaran saham ekuiti, urusnaiga pasaran hadapan dan forex,tempat mencari sumber pendapatan tambahan,tip percuma serta berpeluang membeli belah di niAGa24jam.com online shoping cart

Archive for the ‘Candlestick Chart Tutorial’


Teknikal analisis : Teknik mengunakan ” Moving Average “

Assalamualaikum,

Padang Besar, 23 ogos - Apa khabar anda semua ? sudah lama juga rasanya saya tidak mengemaskini isi kandungan dalam laman web nih.Ini semua gara-gara tumpang sekaki dalam urusan urusniaga tukaran matawang asing lahh.Akhirnya dua-dua kaki kena tumpang.Apa boleh buat, siapa suruh cari penyakit kan ?.Untuk kali ini saya akan bawa mai cerita berkaitan teknikal analisis.Kalau nak tau apa cerita dia,sila lihat dibawah.

Apakah teknik yang hendak disampaikan untuk kali ini ? Jawapanya saya sudah letak sebagai tajuk utama.Tetapi tidak mengapa saya beri tahu sekali lagi.Pada kali ini saya akan bawakan kepada anda cerita berkaitan ” Moving Average “.
Mungkin ada yang sudah tahu dan sudah biasa dengan teknik yang bakal disampaikan ini.Sebelum itu saya ingin beritahu kepada anda semua disini dari awai-awai lagi bahawa bahan yang bakal anda semua lihat ini saya dapatkanya melalui internet.Jadi saya harap apa yang hendak disampaikan ini dapatlah serba sedikit menambahkan lagi koleksi ilmu pengetahuan yang telah sedia ada tuh.Rasa macam hendak huraikan satu-satu,tetapi apa boleh buat ilmu yang saya ada adalah terhad dan yang paling penting dan kalau anda semua nak tahu saya pun baru nak cuba guna teknik ini.Jadi untuk memudahkan cerita,saya ada sediakan Video khusus yang menceritakan kepada kita berkaitan moving average nihh.Video ini dalam bahasa orang putih.Jadi kalau tak faham macam biasalah kena pergi tanya dekat orang yang faham bahasa orang putih nihhh.Alangkah baguihnya kalau ramai orang melayu yang sanggup buat video yang berguna macam ini.Yang peliknya Video xxx atau terlampau….????…banyak lah pulak.Mungkin inilah sebahgian dari tanda-tanda kehancuran dan kemunduran dan juga kejatuhan sesuatu bangsa yang sudah dikatakan merdeka seperti yang sering dikatakan tuhh kot.Mungkin juga..Sebab tak ramai orang yang sukakan ilmu pengetahuan.Tak merdeka lagi lahhh tuhhh….

(more…)

Teknikal Analisis : Mari belajar mengenal Candlestick chart

Assalamualaikum,

Wang Kelian,Perlis.11 Julai - Selamat sejahtera semua.Terima kasih saya ucapkan kepada anda semua yang sudi berkunjung ke sini.Diharap lepas nih mai lah lagi..Sebelum itu saya ingin memperkenalkan satu lagi kawasan perlancongan yang agak terkenal dikalangan pelancong apabila mereka berkunjung ke negeri Perlis.Taman negeri Wang Kelian,anda pernah dengar nama tempat ini ?.tak pernah dengar…memang patut pun..mungkin anda belum pernah smpai ke sini.Ini merupakan salah satu lagi tempat shopping barang-barang dari siam.Fungsi tempat ini lebih kurang sama macam padang besar lah juga.Hari ahad merupakan hari yang sangat meriah disini.Jom !!! kita jalan-jalan makan angin ke Wang Kelian.

Kita sambung balik cerita kita berkenaan candlestick chart.Anda pernah dengar tentang candlestick chart.Kalau anda sudah lama dalam bidang pelaburan saham, saya rasa carta batang lilin ini sudah menjadi satu kebiasaan dan merupakan salah satu bahan utama yang sering dan selalu digunakan untuk tujuan teknikal analisis.Bagi yang belum kenal apa itu candlestick chart atau carta batang lilin atau bagi sesiapa yang ingin mendalami dan menambahkan lagi ilmu tentang perkara yang sedang diketengahkan ini,anda semua boleh lihat video yang ada di bawah.Tapi Video ini diterbitkan dalam bahasa orang putih.Dan mungkin ada diantara anda semua yang sudah melihatnya sebelum ini.Kalau sudah melihatnya…saya cadangkan anda lihat sekali lagi.Kerana apa ? sebab ianya adalah percuma dan satu perkara lagi,Saya minta maaf awai-awai lagi. Kalau ada yang tak faham tuh,macam biasalah tanya mereka-mereka yang tahu atau pun sila dapatkan buku-buku yang berkaitan tentang carta ini untuk maklumat yang lebih lengkap dan lebih terpeinci.Kalau tak dapat dan tak tahu dimana nak dapatkan sumber atau buku-buku berkaitan candlestick chart ini, anda boleh bertanya atau dapatkanya dari saya.Tapi harganya macam biasalah ada sikit ratus-ratus.Kebanyakanya kena beli dari luar negara.

(more…)


  • Recent Comment

    • Zam: Assalamualaikum, Berkenaan urusan pembayaran dan penghantaran semua ada disediakan,jangan bimbang..
    • Zam: Assalamualaikum, Untuk Pn Nisah, Harga dekat atas tuh adalah harga anggaran.Tapi kalau nak cari yang murah lagi...
    • Nisah: harga borongnye camne? tak kan RM7 sepasang bagi brooch ibu dan anaknye sekali. Tak leh murah lagi ke? ada...
    • Zam: Hantar email mai dekat saya untuk maklumat lanjut.. kalau lambat reply harap-harap bersabar… tengah...
    • Zam: Assalamualaikum, Emmm..yang ini sebenarnya dijual kepada mereka-mereka yang berminat nak beli dengan cara...