Archive for the ‘Rahsia Dan Tip Menarik’ Category

Kaedah bayar hutang yang ringkas

Wednesday, June 17th, 2009

Assalamualaikum,

Stratergi yang saya nak sampaikan ini ringkas sahaja,semua orang yang berminat boleh melakukanya.Jadi mari kita ikuti langkah-langkahnya:

Yang pertama,
Pilih untuk hidup dengan cara yang sederhana,lagi baguih kalau boleh mencontohi cara hidup Rasulullah saw.

(more…)

Buat kerja part time dirumah

Sunday, February 8th, 2009

Assalamualaikum,

Kodiang, 11 safar 1430.Sudah lama saya tak update isi dalam laman web saya nih.Al maklumlah kerja nih semua percuma,bila percuma tuh faham-faham lah no.Kalau asyik dok update isi dalam nih saja nanti isi dalam poket tak dak pulak.Untuk kali ini bukan sesi promosi barang,Cuma nak bagi sedikit cadangan dan juga buah fikiran yang dirasa-rasakan boleh di gunakan kot.Sekarang nih kan ramai orang dok tengah cari kerja dan kadang-kadang kesian pulak tengok depa tuh semua.Ke sana dan ke sini tapi kerja tak dapat juga.Poket pun dah kering,hutang nak kena bayar dan kalau yang dah berkeluarga tuh faham-faham je lah.Tak payah dok cerita lah.

Apa yang saya nak sampaikan ini kebanyakanya ada sangkut paut dengan saya lah juga.Dulu pun saya pernah lalui pengalaman seperti ini,tapi tak lah seteruk anda semua.Saya nih boleh dikatakan berada pada tahap biasa saja.Dugaan dan cabaran yang saya terima tuh tak lah agresif sangat.Kalau agresif macam mana yang anda semua lalui,tak tau lah saya apa nak jadi.Semua tuh kena berserah kepada ketentuan Tuhan yang menciptakan kita lah.Harap-harap jangan sampai lah tahap yang sebegitu. Berbalik kepada tajuk asal iaitu kerja part time dirumah.Kerja part time dirumah nih ada macam-macam.Yang tak syok didengar pun ada dan yang syok didengar pun ada.Ada kerja tuh percuma saja dan ada yang dapat ganjaran.Tapi untuk kali ini saya nak cerita tentang yang dapat ganjaran dalam bentuk ” $WANG$ ” sahaja. Bab yang lain-lain tuh hari lain lah pulak.

(more…)

khasiat utama propolis

Sunday, October 21st, 2007

Assalamualaikum,

Anda semua tahu apa itu sebenarnya propolis ? propolis merupakan salah satu bahan yang telah dihasilkan dari air liur lebah.Kenapa pulak dengan propolis dan apa kaitanya dengan kita.Kalau anda semua nak tahu inilah cerita yang akan saya sampaikan.Propolis memang sudah cukup terkenal dalam dunia perubatan kerana keupayaannya sebagai bahan penyembuh,penahan dan macam-macam lagi dari ancaman serangan virus,bakteria dan dapat membekalkan kepada kita antibodi tambahan.Propolis juga merupakan  antibiotik alami yang membantu melawan penyakit dan dapat membantu mengawal radikal bebas yang menyebabkan penyakit kanser.Salah satu bahan istimewa yang ada pada propolis ini adalah bioflavonoid.

Satu perkara lagi yang anda perlu tahu adalah doktor-doktor seluruh dunia yang mengkaji propolis telah mengakui akan kehebatan propolis yang seakan-akan tiada had ini.Selain dari itu,propolis ini juga sebenarnya telah ditemui 2000 tahun dahulu.Pada abad ke 12,orang-orang di Eropah juga telah mula mengunakan propolis sebagai salah satu dari sumber bahan penyembuh dalam menyelesaikan masaalah penyakit yang berkaitan dengan kulit dan luaran yang mereka hadapi.Orang-orang Mesir,Rome dan Greek juga telah pun mengunakan propolis sejak dahulu kala lagi dalam bidang perubatan mereka.Selain dari itu WORLD HEALTH ORGANIZATION talah pun mengiktiraf propolis ini sebagai salah satu daripada bahan penting dalam bidang perubatan dan juga penjagaan kesihatan amnya.Itu berdasarkan kajian mereka dan kini mereka sendiri telah mengakuinya.Tetapi bagi kita orang islam perkara ini telah lama diceritakan dalam al-Quran,dalam surah An-nahl.Cuma kita saja yang tak ambil peduli tentang perkara ini.
Tuh dia sejarah tentang propolis dan juga siapa yang telah mengunakanya sejak sekian lama dan kini saya akan terangkan pula mengapa mereka mengunakannya  selepas ini.Kalau ada diantara anda semua yang ada penyakit-penyakit yang bakal saya senaraikan nanti,eloklah saya cadangkan anda semua mencubanya.

(more…)

Tempat terbaik untuk mencari sumber pendapatan melalui internet

Monday, August 6th, 2007

Assalamualaikum,

Perlis, 6 ogos – Perkara yang ingin saya sampaikan ini mungkin ada yang sudah mengetahuinya dan mungkin ada yang belum mengetahuinya lagi.Kepada mereka-mereka yang masih lagi mencari peluang – peluang untuk menambah sumber pendapatan sedia ada.Apa kata anda cuba peluang-peluang menarik yang bakal saya sampaikan ini.Sila baca cerita menarik berikutnya sampai habis.

Apakah peluang – peluang yang dimaksudkan ?
Disini saya hanya akan mengetengahkan 3 peluang sahaja untuk maklumat anda semua.Untuk peluang-peluang yang lain tuh,anda semua kena pergi cari sendiri.Semua peluang yang akan diketengahkan ini adalah sebahagian dari potfolio punca pendapatan saya sekarang ini.Sebelum itu saya ingin menegaskan disini bahawa saya tidak menjamin kesemua peluang-peluang yang bakal diterangkan ini boleh mendatangkan sumber pendapatan seperti yang diharapkan.Kadang-kadang kalau dia tak sesuai dengan anda mungkin ianya tak menjadi.Kerana apa saya berkata demikian ? Ini kerana setiap orang berbeza cara dan pemikiranynya dan juga teknik untuk mengendalikan kesemua peluang-peluang yang bakal disebutkan nanti.Nak tahu apa peluang-peluangya ? sila lihat dibawah :

(more…)

Cara Warren Buffet dapat modai sebelum jadi billionair

Friday, July 6th, 2007

Assalamualaikum,

Padang Besar,Perlis.5 julai – Berjumpa lagi kita pada kali ini.Apa yang ingin saya sampaikan pada kali ini ada hubung kaitnya dengan tajuk-tajuk yang lepas iaitu berkaitan pasaran saham.Macam biasalah kalau anda semua berkunjung ke sini,tajuk yang akan dan sering diperbincangkan sudah tentunya berkaitan pasaran saham.Beberapa hari yang lepas jika anda sempat membaca salah satu dari dua artikal yang terdapat di dalam blog ini yang bertajuk ” Pelaburan saham : tujuan utama adalah keuntungan ” atau ” Tip saham : Salah satu cara mengurangkan risiko kerugian ” antara perkara yang diketengahkan adalah perlunya kita bersatu padu dalam menghadapi saingan dalam urusniaga pasaran saham.

Yang menariknya pada kali ini saya akan menceritakan kepada anda semua tentang salah seorang tokoh pelaburan dari Amerika yang bagi saya beliau sudah cukup terkenal di kalangan mereka-mereka yang aktif dalam bidang pelaburan saham ini.Siapa dia ? WARREN BUFFET.Mungkin ada yang sudah tahu tentang perkara ini.Beliau merupakan orang no 2 yang telah diktiraf sebagai orang terkaya di Amerika dengan jumlah kekayaan yang berjaya di kumpul sebanyak $ 52.0 Bil.Tetapi apa yang ingin saya sampaikan disini bukan tentang kekayaan yang telah berjaya dikumpul oleh beliau, sebaliknya cara yang digunakan oleh beliau ketika mula-mula berurusniaga dipasaran saham.Perkara ini jarang sekali saya jumpa dan diperbincangkan dengan meluas berbanding dengan kekayaan beliau miliki.Mungkin saya terlepas pandang kot ? mungkin juga.Tetapi tidak kisah lah apa-apa pun, hari ini saya akan menceritakanya sekali lagi.sila lihat cerita berikutnya dibawah :

(more…)

Pelaburan Saham : Tujuan utama adalah ” keuntungan “

Wednesday, July 4th, 2007

Assalamualaikum,

Gua kerbau,Kodiang Kedah.3 Julai – Kita jumpa lagi pada kali ini.Sebelum itu saya ingin memperkenalkan kepada anda semua berkenaan Gua kerbau. Terletak dekat  dengan pekan Kodiang,Kedah.Apa kelebihan Gua kerbau.Tidak ada apa-apa kelebihan.Cuma salah satu kawasan perlancongan yang terletak ditengah-tengah kawasan sawah padi.Bagi pengemar  aktiviti lasak seperti mendaki dan menjelajah dalam gua.Tempat ini amat sesuai.Dan kepada  mereka yang ingin mendapatkan baja tahi kelawar juga suka tempat perlancongan ini.Tapi aktiviti mereka dilebihkan kepada  keuntungan.Jika anda berminat untuk datang kesini sila emailkan kepada saya.

Kita tinggalkan cerita tentang Gua Kerbau dan kita cerita  tentang  saham pulak.Satu soalan cepu emas.Mengapa kita minat sangat untuk melabur atau berurusniaga dipasaran saham ? Jawapanya macam-macam ada.Kalau anda semua handak beri jawapan lain dari apa yang saya beri ini,saya tidak kisah.Rambut sama hitam,tapi dalam hati lain-lain.Yang penting kita suka dengan jawapan yang kita beri.Jawapan saya ada di bawah :

(more…)

Put Your Ads Here! Put Your Ads Here!

Copyright © 2006 – 2012 niaga24jam.com / POWERED & DESIGN BY: notepad++ / GIMP / En Zam / This website is hosted by SHINJIRU

free web
stats