Assalamualaikum,
Ini ada lagi satu perkhidmatan yang ingin saya ketengahkan, iaitu perkhidmatan membuat banner berkonsepkan flash, gif dan banner biasa untuk diletakkan di laman web. Perkhidmatan ini khususnya untuk pemilik laman web yang sibuk, yang malas untuk berfikir tentang benda-benda rumit ni semua, yang ada duit banyak dan yang tak tahu langsung nak buat banner.
Perkhidmatan ini sudah lama saya ingin ketengahkan tetapi belum sampai masanya lagi, sebelum ini pun saya sudah cuba buat promosi yang macam ini tapi tak fokus sungguh-sungguh. Jadi kuranglah sambutanya.Lagi pun tool yang saya guna untuk mereka bentuk banner sebelum ini tak berapa power sangat. Sekarang ni nak cuba upload sekali lagi.Mana tahu kalau-kalau ada sambutan, lagi pun tool yang saya perlukan semuanya sudah ada.

















