Peluang Perniagaan | Blog Pasaran Saham | FKLI | Forex

Blog maklumat Peluang perniagaan dan pasaran saham ekuiti, urusnaiga pasaran hadapan dan forex,tempat mencari sumber pendapatan tambahan,tip percuma serta berpeluang membeli belah di niAGa24jam.com online shoping cart

Archive for the ‘Pasaran saham’


UPDATE 1-S&P lifts outlook on Malaysia to positive

LONDON/KUALA LUMPUR, July 31 (Reuters) - Credit rating agency Standard & Poor’s signalled a possible upgrade for Malaysia on Tuesday, pointing to its strong trading record,growing foreign reserves and reforms to state-linked companies.Standard & Poor’s reaffirmed the Southeast Asian nation’s A-foreign-currency debt rating, in the bottom half of investment grade, but raised the rating outlook to positive from stable.

->> Read more

(more…)

Teknikal Analisis : Mari belajar mengenal Candlestick chart

Assalamualaikum,

Wang Kelian,Perlis.11 Julai - Selamat sejahtera semua.Terima kasih saya ucapkan kepada anda semua yang sudi berkunjung ke sini.Diharap lepas nih mai lah lagi..Sebelum itu saya ingin memperkenalkan satu lagi kawasan perlancongan yang agak terkenal dikalangan pelancong apabila mereka berkunjung ke negeri Perlis.Taman negeri Wang Kelian,anda pernah dengar nama tempat ini ?.tak pernah dengar…memang patut pun..mungkin anda belum pernah smpai ke sini.Ini merupakan salah satu lagi tempat shopping barang-barang dari siam.Fungsi tempat ini lebih kurang sama macam padang besar lah juga.Hari ahad merupakan hari yang sangat meriah disini.Jom !!! kita jalan-jalan makan angin ke Wang Kelian.

Kita sambung balik cerita kita berkenaan candlestick chart.Anda pernah dengar tentang candlestick chart.Kalau anda sudah lama dalam bidang pelaburan saham, saya rasa carta batang lilin ini sudah menjadi satu kebiasaan dan merupakan salah satu bahan utama yang sering dan selalu digunakan untuk tujuan teknikal analisis.Bagi yang belum kenal apa itu candlestick chart atau carta batang lilin atau bagi sesiapa yang ingin mendalami dan menambahkan lagi ilmu tentang perkara yang sedang diketengahkan ini,anda semua boleh lihat video yang ada di bawah.Tapi Video ini diterbitkan dalam bahasa orang putih.Dan mungkin ada diantara anda semua yang sudah melihatnya sebelum ini.Kalau sudah melihatnya…saya cadangkan anda lihat sekali lagi.Kerana apa ? sebab ianya adalah percuma dan satu perkara lagi,Saya minta maaf awai-awai lagi. Kalau ada yang tak faham tuh,macam biasalah tanya mereka-mereka yang tahu atau pun sila dapatkan buku-buku yang berkaitan tentang carta ini untuk maklumat yang lebih lengkap dan lebih terpeinci.Kalau tak dapat dan tak tahu dimana nak dapatkan sumber atau buku-buku berkaitan candlestick chart ini, anda boleh bertanya atau dapatkanya dari saya.Tapi harganya macam biasalah ada sikit ratus-ratus.Kebanyakanya kena beli dari luar negara.

(more…)

Cara Warren Buffet dapat modai sebelum jadi billionair

Assalamualaikum,

Padang Besar,Perlis.5 julai - Berjumpa lagi kita pada kali ini.Apa yang ingin saya sampaikan pada kali ini ada hubung kaitnya dengan tajuk-tajuk yang lepas iaitu berkaitan pasaran saham.Macam biasalah kalau anda semua berkunjung ke sini,tajuk yang akan dan sering diperbincangkan sudah tentunya berkaitan pasaran saham.Beberapa hari yang lepas jika anda sempat membaca salah satu dari dua artikal yang terdapat di dalam blog ini yang bertajuk ” Pelaburan saham : tujuan utama adalah keuntungan ” atau ” Tip saham : Salah satu cara mengurangkan risiko kerugian ” antara perkara yang diketengahkan adalah perlunya kita bersatu padu dalam menghadapi saingan dalam urusniaga pasaran saham.

Yang menariknya pada kali ini saya akan menceritakan kepada anda semua tentang salah seorang tokoh pelaburan dari Amerika yang bagi saya beliau sudah cukup terkenal di kalangan mereka-mereka yang aktif dalam bidang pelaburan saham ini.Siapa dia ? WARREN BUFFET.Mungkin ada yang sudah tahu tentang perkara ini.Beliau merupakan orang no 2 yang telah diktiraf sebagai orang terkaya di Amerika dengan jumlah kekayaan yang berjaya di kumpul sebanyak $ 52.0 Bil.Tetapi apa yang ingin saya sampaikan disini bukan tentang kekayaan yang telah berjaya dikumpul oleh beliau, sebaliknya cara yang digunakan oleh beliau ketika mula-mula berurusniaga dipasaran saham.Perkara ini jarang sekali saya jumpa dan diperbincangkan dengan meluas berbanding dengan kekayaan beliau miliki.Mungkin saya terlepas pandang kot ? mungkin juga.Tetapi tidak kisah lah apa-apa pun, hari ini saya akan menceritakanya sekali lagi.sila lihat cerita berikutnya dibawah :

(more…)

Pelaburan Saham : Tujuan utama adalah ” keuntungan “

Assalamualaikum,

Gua kerbau,Kodiang Kedah.3 Julai - Kita jumpa lagi pada kali ini.Sebelum itu saya ingin memperkenalkan kepada anda semua berkenaan Gua kerbau. Terletak dekat  dengan pekan Kodiang,Kedah.Apa kelebihan Gua kerbau.Tidak ada apa-apa kelebihan.Cuma salah satu kawasan perlancongan yang terletak ditengah-tengah kawasan sawah padi.Bagi pengemar  aktiviti lasak seperti mendaki dan menjelajah dalam gua.Tempat ini amat sesuai.Dan kepada  mereka yang ingin mendapatkan baja tahi kelawar juga suka tempat perlancongan ini.Tapi aktiviti mereka dilebihkan kepada  keuntungan.Jika anda berminat untuk datang kesini sila emailkan kepada saya.

Kita tinggalkan cerita tentang Gua Kerbau dan kita cerita  tentang  saham pulak.Satu soalan cepu emas.Mengapa kita minat sangat untuk melabur atau berurusniaga dipasaran saham ? Jawapanya macam-macam ada.Kalau anda semua handak beri jawapan lain dari apa yang saya beri ini,saya tidak kisah.Rambut sama hitam,tapi dalam hati lain-lain.Yang penting kita suka dengan jawapan yang kita beri.Jawapan saya ada di bawah :

(more…)

Tip dan penangan saham : Rugi ketika berurusniaga.

Assalamualaikum,

Gua Kelam,Perlis.20 jun - Anda rugi ketika berurusniaga dipasaran saham ?.Itu perkara biasa.Kalau tidak mahu rugi,melaburlah dalam unit amanah saham yang telah dijamin risikonya dan juga boleh diketegorikan sebagai satu tampat pelaburan yang lebih selamat atau cari sahaja egen-agen atau wakil-wakil pelaburan yang berlesen  untuk menguruskan  dana pelaburan anda.Mereka ini lebih berpengalaman dan lebih memahami situasi sebenar tentang pelaburan yang mereka lakukan.Mudah-mudahan pelaburan anda akan berjaya.

Kita tinggal mukadimah di atas.Kita pergi ke tajuk yang hendak disampaikan pada permulaaan tadi.Anda rugi ketika berurusniaga ? itu tandanya anda  belum cukup  ilmu tentang bidang yang anda ceburi.Bagi saya jika kita mengalami kerugian, ini adalah salah satu  tanda tentang kekurangan atau kelemahan yang ada pada diri kita.Untuk menyelesaikan perkara ini.Jawapanya mudah sahaja :Jangan risau atau termenung atau terkenang tentang kerugian yang dialami dan yang telah belalu meningalkan kita, mungkin 15 minit yang lalu atau 2 hari yang lalu atau 5 bulan yang lalu atau 5 tahun yang lalu.Jadi apa yang harus kita buat ? Jawapanya :Tanyalah soalan pada diri kita sendiri.Apakah soalanya ? soalanya bergantung kepada keperluan dan juga kehendak diri masing-masing.
Contohnya :
(more…)

Tip saham : Salah satu cara mengurangkan risiko kerugian.

Assalamualaikum,

Ladang Tebu,Chuping,6 jun - Sejak dari pagi sampai petang tunggu market untuk turun.Last-last,lagi 1/2 jam urusniaga nak tutup baru lah dia turun.Jadi hari ini melepas lagi.Kena tunggu lagi lah nampak gayanya.Sementara dok tunggu saham turun terasa pulak nak letakan tip yang boleh dikira sebagai tahap biasa.Tapi saya tak kisah,yang mana sudah tahu diharap buat tak tahu dah lah.Kalau boleh tip ini nak bagi dekat orang-orang baru pulak.

Kita sering kali mendengar pasaran saham sangat berisiko tinggi.Jadi pada kali ini saya ingin menerangkan salah satu daripada tip diantara banyak-banyak tip yang ada di atas muka bumi ini.Tip pada kali ini bertajuk,”bagaimana untuk mengurangkan atau mengatasi masaalah kerugian“.Ada berbagai-bagai cara,salah satu nya yang akan saya terangkan disini adalah : (more…)

Tip Kontra + simpan : Beli 2 lot dapat untung macam beli 10 lot

Assalamualaikum,

Padang Besar,6 jun - Memandangkan hari ini saya tidak boleh masuk market untuk membuat sebarang urusniaga.Jadi daripada masa saya terbuang begitu saja.Lebih baik saya tulis tip kontra + simpan seminggu +++ ini kepada mereka-mereka yang gemarkan aktiviti urusniaga seperti ini ketika berurusniaga.Semua ini telah saya gunakan ketika saya berurusniaga dipasaran saham ekuiti suatu ketika dulu.Lebih kurang 2 tahun lepas.

Tetapi sekarang ini aktiviti urusniaga seperti itu tidak di praktikan lagi. Kerana apa ? sebabnya saya sudah tidak lagi aktif untuk berurusniaga di pasaran saham yang melibatkan ekuiti.Sekarang ini, saya banyak tumpukan perhatian kepada urusniaga pasaran hadapan.Kerana berbagai-bagai kelebihan yang saya perolehi berbanding Ekuiti.Ini tidak bermakna ekuiti tidak bagus,cuma ia tidak memenuhi kehendak dan keperluan yang saya inginkan.Tetapi terus terang saya katakan Urusniaga pasaran hadapan sangat berisiko.Tetapi keuntunganya berbaloi dengan risiko yang terpaksa kita tanggung.

(more…)


  • Recent Comment

    • Zam: Untuk Pn/ saudari Yan sila periksa email.Maklumat yang berkaitan telah dikirimkan kesana.selamat berurusniaga.
    • yan: i nak harga borong utk brooch & gelang tangan
    • roza: As’kum, saya berhasrat sgt2 nak ceburi dlm perniagaan bundle. so.. dipendekan cerita mcmana ye cara2 nak...
    • miza: mcm best sj nk join wat bisnes nih.. boleh x tolong emelkan detail tudung & harga borong yg ditawarkn.. TQ
    • meen: salam zam.. boleh emailkan kepada saya katalog brooch serta maklumat lanjut? saya berminat membeli secara...