Soalan : Deposit RM 10 K,Berapa boleh dapat untung dan berapa pulak boleh rugi ?
Assalamualaikum,
Sempadan Malaysia / Thai,5 jun - Beberapa hari yang lepas,saya ada mengatakan kalau hendak mula berurusniaga di pasaran hadapan (FKLI). Modal yang sangat sesuai untuk peniaga peringkat pertengahan adalah RM 10 K.Persoalanya sekarang,berapa pulak jumlah keuntungan dan juga jumlah kerugian yang bakal kita dapat dan juga yang akan kena nanti ?
Betul juga,modal sudah ada tetapi sekurang-kurangnya nak tahu juga berapa jumlah kerugian dan juga jumlah keuntunganya ? Selalunya orang banyak akan bercerita tentang untung !untung! dan ruginya tidak ada.
Sila lihat jawapan yang diberi dibawah.Semua jawapan yang diberi adalah berdasarkan pengalaman saya sendiri ketika berurusniaga.Jumlah keuntungan dan juga kerugian mungkin tidak sama.Memandangkan konsep dan teknik urusniaga mungkin berbeza.
Apa yang perlu ditekankan disini adalah teknik urusniaga yang bakal kita gunakan ketika berurusniaga.Teknik atau sistem ini berbagai-bagai.Jika betul teknik atau sistem yang digunakan,maka dengan itu berkemungkinan kita akan mendapat untung yang bayak dan berkemungkinan akan mengalami kerugian yang bayak juga.Jadi perniagaan ini atau pelaburan ini memang sangat berisiko.Bagi mereka yang sukakan cabaran dan keuntungan dan kerugian yang setimpal bolehlah menceburkan diri dalam bidang ini.Tetapi saya tidak mengesyorkanya kepada mereka yang kosong pengetahuan tentang urusniaga pasaran hadapan.











