Tip Ringkas Pelaburan Saham
Apakah matlamat pelaburan anda ??.
Anda berminat untuk menjadi seorang pelabur dipasaran saham ?Jika anda berminat pastikan anda mengetahui matlamat pelaburan yang bakal anda buat.Adakah untuk jangka panjang atau jangka pendek ??.
Yang mana satu paling sesuai dengan keadaan anda sekarang ???.Ini semua terpulang pada anda untuk memilihnya.Bagi saya,kedua-duanya akan menjadi pilihan saya.Ini kerana kedua-duanya mempunyai fungsinya masing-masing.Jika kita sibuk dengan tugasan harian contohnya : Pelaburan jangka panjang mungkin menjadi pilihan yang terbaik.Anda tidak perlu menghabiskan banyak masa untuk meneliti pergerakan turun naik harga sesuatu saham yang anda pilih.Sebulan sekali sudah memadai untuk pelaburan yang sedemikian dan ini berbeza dengan pelaburan jangka pendek yang memerlukan perhatian dan penelitian yang berjadual contohnya seminggu sekali atau dua kali seminggu.Dan ini bergantung kepada produk pelaburan yang kita pilih juga.











