• featured
  • featured
  • featured
  • featured
  • featured

Archive for the ‘Teknikal Analisis’ Category

Upah design banner

Thursday, February 26th, 2009

Assalamualaikum,

Kalau ada diantara anda semua yang berminat nak tempah atau melanggan perkhidmatan yang saya sediakan ini,anda semua boleh habag mai dekat saya. Tapi jangan banyak sangat kalau nak tempah.Takut tak sempat nak buat pulak.Kalau anda nak tengok contoh banner yang saya reka,mudah saja yang mana ada dalam laman web saya nih boleh dikatkan semuanya saya reka sendiri.Dari yang huduh sampai yang sedap mata memandang.

Selain dari tuh anda boleh tengok dekat bawah nih.Kalau ada yang berkenan dihati tuh,tunggu apa lagi tempah sekarang.Bab harga untuk permulaan ini boleh dibawa berbincang lagi,jangan risau pasai tuh semua.Tapi jangan tawar sampai saya sendiri rasa tak berbaloi pulak untuk buat benda nih semua.Mari kita tengok banner dekat bawah tuh:

(more…)

  • Blogger Post
  • Digg
  • Twitter
  • WordPress
  • Yahoo Messenger
  • Windows Live Spaces
  • Technorati Favorites
  • Share/Bookmark

Tip ringkas untuk peniaga dan bakal peniaga forex

Wednesday, July 2nd, 2008

Assalamualaikum, Emmm saya rasa dah lama sangat saya tak bercerita tentang urusniaga forex nih.Bukan tak mau nak letak atau bercerita dekat sini.Pada pandangan saya benda-benda yang macam ini dah banyak sangat dah.Macam-macam jenis tip dan cerita ada dan macam-macam tip kita boleh jumpa dekat internet nih. Jadi apa guna kita bercerita benda yang sama.Betul tak ? tidakkah itu satu perkara yang membuangkan masa.

Untuk kali ini saya nak sampaikan satu tip ringkas sahaja berkaitan atau berkenaan forex nih.Mudah untuk diikuti dan kalau kena caranya boleh bagi untung yang banyak.Apakah tip yang dimaksudkan tuh ? kalau nak tau kena baca sampai habis..Sebelum tuh saya nak bagi tau dari awal-awal lagi, bahawasanya semua apa yang saya sampaikan disini adalah berdasarkan kepada pengalaman saya sendiri ketika berurusniaga.Selok-eloknya kalau ada yang nak follow tuh kena hati-hati sikit.Takut tak menjadi.Yang paling baguih kalau nak try satu-satu benda tuh kita kena kaji selidik terlebih dahulu berdasarkan kepada tahap ilmu pengetahuan yang kita ada.Harap maklum dan selamat majujaya.Cerita berikutnya ada dibawah:

(more…)

  • Blogger Post
  • Digg
  • Twitter
  • WordPress
  • Yahoo Messenger
  • Windows Live Spaces
  • Technorati Favorites
  • Share/Bookmark

Rehat seketika dan tenangkan fikiran

Thursday, October 25th, 2007

Assalamualaikum,

Emmm…anda penat dalam meneliti perjalanan hidup yang sementara ini yang penuh dengan cabaran dan dugaan ?.Sudah tentukan..hidup diatas dunia yang sementara ini bukanya mudah.Macam-macam perkara kita kena tempuhi.Kena cari duit,kena bayar hutang,kena bayar sewa rumah,kena bayar duit kereta,kena fikir tentang masa depan kita yang akan mendatang sama dan macam macam lagi lah kita kena buat.Memang memenatkan jika hendak difikirkan.Kalau tak tahan dengan semua cabaran dan dugaan tuh semua…fuuuhhhh boleh hilang akal pon ada.

Sebab tu orang cakap dunia nih sementara saja,lagi pun tujuan kita ada diatas dunia ini pun bukan untuk selama-lamanya.Dunia ini adalah tempat singgahan yang perlu kita tempuhi diantara beberapa lagi tempat singgahan lain yang bakal kita jumpa selepas ini,sebelum kita betul-betul sampai ke tempat tujuan asal kita.Jadi,semua apa yang kita hadapi diatas dunia ini adalah sebahagian darinya sahaja.Dunia ini adalah tempat ujian bagi kita.Kalau lulus ujian ini maka selamat lah kita nanti.Penat tuh memang lah penat,tapi penat yang kita hadapi ini adalah sementara saja.Paling lama pon mungkin 100 tahun ++ .Itu pun dah dikira sebagai masa tambahan atau bunus untuk kita.Semua tuh pun ujian juga.Kenapa saya bercerita tentang perkara ini pulak ?, yang sebenarnya kadang -kadang saya terfikir sendirian apabila mengenangkan hari-hari yang dah berlalu dan yang akan mendatang yang terpaksa saya tempuhi.Kadang-kadang tuh bila difikirkan balik,saya nih telah banyak membazirkan masa saya dengan urusan-urusan yang tidak sepatutnya saya buat.Masa yang diberikan kepada kita nih dia tak pernah berhenti walaupun sesaat.Dia terus berjalan dan terus berjalan sehingga sampai kepada waktu yang telah ditetapkan dan akan berhenti disitu dan tidak ada lagi masa tambahan pada waktu itu.Ini lah yang sering saya fikirkan.Bilakah agaknya ? mungkin sat lagi,mungkin esok atau mungkin tahun depan.Semua ini hanya Tuhan sahaja yang tahu.Fuhh…takut pon ada.Bagaimana jika sat lagi ???…

(more…)

  • Blogger Post
  • Digg
  • Twitter
  • WordPress
  • Yahoo Messenger
  • Windows Live Spaces
  • Technorati Favorites
  • Share/Bookmark

Bengkel Urusniaga Pasaran Hadapan untuk – FCPO

Thursday, October 4th, 2007

Assalamualaikum,

Pauh,4 Okt – Emmmmm….ini ada satu lagi berita baik yang patut diberi perhatian oleh setiap peniaga di pasaran saham khususnya yang ingin mendalami ilmu berkaitan teknikal analisis dan juga kepada yang ingin tahu tentang kelebihan urusniaga Pasaran hadapan.

Satu bengkel urusniaga pasaran hadapan untuk FCPO ( Futures crude palm oil ) akan diadakan tidak lama lagi.Jika anda berminat untuk mengetahui peluang-peluang yang wujud di pasaran hadapan.Anda semua dijemput untuk menyertai bengkel yang akan diadakan tidak lama lagi.Buatlah pendaftaran sekarang.Maklumat lanjut berikutnya anda semua boleh rujuk disini :

(more…)

  • Blogger Post
  • Digg
  • Twitter
  • WordPress
  • Yahoo Messenger
  • Windows Live Spaces
  • Technorati Favorites
  • Share/Bookmark

Teknikal analisis : Mari belajar mengenali MACD

Sunday, September 2nd, 2007

Assalamualaikum,

Perlis, 2 Sept – Apa khabar semua ? selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke 50.Moving averages kita dah tengok,candlestick chart pon kita dah tengok dan pada kali ini kita tengok pulak cerita berkaitan MACD.Mungkin ramai yang sudah biasa dengan teknik ini.Itu tak penting.Kalau nak tengok sekali lagi pon boleh,ini kerana apa yang ingin saya sampaikan ini semuanya adalah percuma.Jadi kalau ada yang terkurang tuhhh saya minta maaf banyak – banyak lahh.Saya bukanya pakar dalam bab teknikal analisis ini.Tujuan saya buat benda nih semua pun adalah kerana ingin berkongsi maklumat yang sedikit ini dengan anda semua.

Dulu memang saya ada juga mengunakan MACD nihh.Memandangkan ilmu berkaitan teknik ini kurang.Jadi banyak juga keputusan yang dibuat berdasarkan teknik ini gagal.Bukan kerana atau salah teknik ini.Tapi salah diri saya sendiri kerana tidak faham bagaimana hendak mengunakanya.Jadi saya harap bahan yang akan disampaikan ini dapat membantu saya dan juga anda semua yang berminat untuk mencuba MACD ini.Sekurang – kurangnya Kalau tidak dapat 100% dapat 50% pun dah kira baguih tuhhh.Saya tidak mau bercerita panjang disini.Kerana zaman sekarang nihh orang tak suka kalau kita cakap banyak dan cerita panjang – panjang.Jadi untuk bahan berikutnya saya ada sediakan video percuma berkaitan MACD ini.Sila lihat dibawah :

(more…)

  • Blogger Post
  • Digg
  • Twitter
  • WordPress
  • Yahoo Messenger
  • Windows Live Spaces
  • Technorati Favorites
  • Share/Bookmark
Your Ads Here! Your Ads Here!
    follow me on Twitter