• featured
  • featured
  • featured
  • featured
  • featured

Archive for the ‘Tip saham dan Forex’ Category

Persiapan awal untuk bakal pelabur di pasaran saham

Monday, January 11th, 2010

Assalamualaikum,

Memandangkan hari nih hujan dan nak pergi motong pun tak boleh  jadi taip je lah sikit dekat dalam nih.Bab persiapan awal untuk bakal pelabur sama ada di pasaran ekuiti,pasaran hadapan,forex dan lain-lain tempat kalau ada lagi.

Kalau nak diikutkan senarai memanglah banyak tapi saya bagi satu je lah dekat sini.Apa dia ? berkenaan pengurusan hal ehwal tabungan keewangan.Haa kalau anda semua nak tau bab tabungan atau pengurusan keewangan sebelum melabur nih sangat penting.Semua ini ada kepentinganya kepada diri kita kelak apabila terjadi sesuatu yang tidak diduga nanti.Macam mana caranya? ikuti cerita berikutnya dibawah.

(more…)

  • Blogger Post
  • Digg
  • Twitter
  • WordPress
  • Yahoo Messenger
  • Windows Live Spaces
  • Technorati Favorites
  • Share/Bookmark

Forex signals for small trader only

Friday, November 6th, 2009

Assalamuaalaikum,

Tawaran ini dibuka sekali lagi buat kali kedua, tawaran kali ini lebih agresif sikit berbanding sesi pertama yang banyak kelemahannya.Di mana signal forex kali ini tidak ada sesi percubaan dan tiada bayaran dikenakan tetapi sumbangan dari anda  sahaja yang di perlukan.Banyak mana nak sumbang tak kisah lah. Kepada yang berminat tuh anda semua kena langgan terus. Hanya screenshot urusniaga sahaja yang dibekalkan untuk membuktikan kesahihan signal yang ditawarkan ini. Bagaimana signal ini berfungsi?

Mudah sahaja apabila  pembayaran telah dibuat dan telah disahkan sepenuhnya,  ini bermakna langganan anda telah diaktifkan. Semua signal akan dibekalkan melalui YIM ( yahoo instant massages ) dan juga di melalui laman web ini.Hanya yang membuat sumbangan sahaja layak untuk mengunakan perkhidmatan ini.Anda juga boleh memilih waktu yang sesuai untuk menerima signal yang dilanggan.Sila lihat spesifikasi pekhidmatan ini dibawah:

(more…)

  • Blogger Post
  • Digg
  • Twitter
  • WordPress
  • Yahoo Messenger
  • Windows Live Spaces
  • Technorati Favorites
  • Share/Bookmark

Tip untuk peniaga forex

Wednesday, October 28th, 2009

Assalamualaikum,

Tip kali ini dikira sebagai tip biasa saja. Tapi saya letak kan juga dalam laman web saya ni, mana lah tau kalau ada lagi peniaga forex yang tidak tahu atau tidak perasan lagi mengenainya. Bagi peniaga forex yang sibuk dan yang susah sangat nak dapat untung apa kata cuba tip yang saya nak sampaikan ini.

Beri tumpuan kepada 1 atau 2 jenis matawang sahaja dalam potfolio urusniaga forex yang kita jalankan. Matlamat utamanya mudah sahaja, supaya kita kenal dengan lebih dekat lagi setiap pasangan matawang yang hendak diurusniagakan tu. Dengan cara ini kita akan dapat lebih info tentang pasangan matawang yang hendak diurusniagkan tu. Tip ini sesuai sangat-sangat bagi peniaga forex yang selalu sangat rugi ketika melakukan urusniaga.

(more…)

  • Blogger Post
  • Digg
  • Twitter
  • WordPress
  • Yahoo Messenger
  • Windows Live Spaces
  • Technorati Favorites
  • Share/Bookmark

Tip pilih saham no 2: Tahap kecairan

Monday, March 23rd, 2009

Assalamualaikum,

Tip no 1 saya dah cerita,kali ini tip no 2 pulak.Kalau nak pilih saham selain dari memiliki pernigaaan yang kukuh tahap kecairan juga amat penting.Maca mana nak tau tahap kecairan sesuatu kuanter saham tuh?.Kalau nak tau kena baca sampai habis bab nih.

Mudah saja yang pertama pastikan kuanter tersebut sentiasa aktif  kalau boleh dalam tempoh setahun diniagakan kemudian volume yang diurusniagakan tuh banyak.Dua benda nih sudah cukup untuk kita tau sama ada sesuatu kuanter tuh tahap kecairanya tinggi atau rendah.Sebab apa tahap kecairan ini penting ?.Sebabnya kalau sesuatu kuanter tu tahap kecairanya rendah alamatnyathewinnerebook susahlah kita nak tukarkannya ke dalam bentuk tunai bukan setakat tuh saja,nak jual pun susah.Umpama kita pergi dekat bank kemudian kita cakap dekat kerani bank bahawa kita nak bawa keluar duit simpanan kita.Ada tak kerani bank tuh cakap kena tunggu 2 atau 3 hari kecuali urusan yang melibatkan cek.Tak ada kan.. Macam tuh lah juga dengan saham,lagi tinggi tahap kecairanya lagi lah baguih.Sebab tuh ramai orang suka berursniaga dekat pasaran hadapan.Salah satu sebabnya adalah tahap kecairanya tinggi.Mudah untuk dijual dan sentiasa ada pembeli untuk membolehkan kita menukarkanyan dalam bentuk tunai.

(more…)

  • Blogger Post
  • Digg
  • Twitter
  • WordPress
  • Yahoo Messenger
  • Windows Live Spaces
  • Technorati Favorites
  • Share/Bookmark

Tip pilih saham

Thursday, March 19th, 2009

Assalamualaikum,

Rasanya dah lama saya tak cerita tentang pasaran saham.Nak cerita sikit saja bab saham nih.Apa dia ?.Macam mana nak pilih kuanter saham.Teknik nih saya dapat dari buku yang bertajuk ” Selecting shares that perform “.Dalam banyak-banyak perkara ada beberapa tip penting akan saya cerita dekat sini.Nak tau kesudahanya sila baca lagi..

Semuanya ada lebih kurang 10 cara yang diceritakan dalam buku yang saya katakan tuh.Tapi saya nak cerita dalam nih 1 saja.Yang lain tuh hari lain pulak.Kalau ikut dalam buku tuh dia kata kalau nak cari kuanter yang baik kita kena cari yang buat perniagaan yang kukuh.Kalau dekat malaysia nih hackerebookberdasarkan pengalaman saya Syarikat Talikom Malaysia,Maybank,TNB,AIR ASIA,DIGI,BURSA MALAYSIA sendiri dan banyak lagi.Tapi kuanter nih semua boleh dikatakan harganya tinggi belaka kecuali AIR ASIA ( RM 0.955 )ini adalah harga diwaktu saya dok tengah karang bab nih iaitu pada ( 19/03/09 11:09am ).

(more…)

  • Blogger Post
  • Digg
  • Twitter
  • WordPress
  • Yahoo Messenger
  • Windows Live Spaces
  • Technorati Favorites
  • Share/Bookmark
Your Ads Here! Your Ads Here!
    follow me on Twitter