Archive for the ‘Pelaburan’ Category

Cara tambah pendapatan edisi 2012

Wednesday, January 4th, 2012

Assalamualaikum tuan-tuan dan puan-puan,

Bertemu sekali lagi, edisi terbaru 2012 iaitu kaedah mudah,murah dan ringkas untuk menjana pendapatan tambahan.

Teknik yang diadaptasikan dari berbagai-bagai kaedah,dicampur aduk,digaul dan dijadikan ianya satu program atau sistem untuk menghasilkan sumber pendapatan. Nak tahu kisahnya, sila rujuk dibawah:

Program ini terbuka untuk:

  1. Individu yang perlukan duit untuk kegunaan peribadi.
  2. Individu yang nak cari duit untuk bayar hutang.
  3. Peminjam PTPTPN yang belum menjelaskan bayaran balik pinjaman oleh kerana tidak mampu dan tidak bekerja.
  4. Individu yang tidak mampu sertai program atau perniagaan yang memerlukan modal yang besar dan membebankan.
  5. Individu yang tidak tahu cara tetapi berminat untuk tambah pendapatan.
  6. Individu yang malas bekerja tetapi inginkan pendapatan secara diam ( malas tetapi nak senang, ada juga manusia style ni )
  7. Individu yang nak cari duit untuk bayar ansuran kereta,rumah dan macam-macam lagi.
  8. Dan banyak lagi…

Penafian kelemahan projek ini:

  1. Tidak menawarkan peluang untuk orang yang malas berusaha
  2. Tidak menyediakan satu sistem dimana dalam sebulan boleh menghasilkan ratusan ribu ringgit ( program ini memang tidak mampu buat )

Maklumat yang perlu diketahui sebelum turut serta:

  1. Kalau nak pendapatan lebih kena usaha lebih ( lumrah alam )
  2. Sistem untuk program ini telah direka supaya ianya boleh bergerak secara automatik. Dimana kalau peserta program ini tidak aktif bekerja dan malas berusaha, ianya masih lagi mampu untuk memberi sekupang dua komisen kepada setiap peserta. ( banyak bahasa kiasan, harus diteliti dalam-dalam kalau nak faham ) Sistem akan memilih secara rambang.Siapa yang bernasib baik dia akan dipilih oleh sistem yang dipasang.Harap maklum tentang perkara ini.
  3. Dalam sistem program ini, pihak saya juga ada menyuntik masuk sistem auto re-entry. Salah satu sistem yang akan digunakan untuk membantu dan menjaga program ini supaya boleh terus hidup dan terus hidup walaupun tiada kemasukkan atau tempahan produk baru.

Cara-cara untuk turut serta:

  1. Buat sebarang pembelian produk yang ditawarkan oleh niaga24jam.com, kemudian tuan-tuan dan puan-puan akan diserap masuk secara automatik ke dalam program ini atau
  2. Untuk yang tidak berminat membeli tetapi berminat untuk turut sila bayar RM10 sebagai yuran penyertaan.

Kenapa perlu membeli atau membayar?

Kerana pihak saya hanya memerlukan para peserta yang betul-betul serius dan yang bertanggungjawab sahaja.

Apakah kemudahan yang disediakan?

  1. Duplikasi URL untuk kemudahan dan kegunaan pemasaran
  2. Produk yang sentiasa dikemas kini
  3. Boleh guna dan dapat pendapatan dari sistem affiliate yang diberikan secara percuma

Peluang seperti ini jarang-jarang ditawarkan kepada umum, tetapi pada kali ini ianya  telah dibuka kepada umum supaya perkara yang baik ini dapat dikongsi secara bersama.

Untuk urusan pendaftaran, cara yang paling cepat dan yang sangat berkesan adalah mengunakan ruangan komen yang telah disediakan secara percuma dibawah.Sebarang masaalah berkaitan perkara ini, jangan malu dan segan sila maklumkan kepada pihak saya.

Sekian terima kasih dan selamat majujaya

Tip forex – teknik ringkas untuk peniaga forex yang selalu rugi bahagian 2

Wednesday, May 4th, 2011

Assalamualaikum tuan-tuan dan puan-puan,

Alhamdulillah dan bertemu sekali lagi, topik kali ini adalah siri sambungan topik terdahulu iaitu ” Tip forex – teknik ringkas untuk peniaga forex yang selalu rugi”. Ada sedikit pembetulan tambahan dan boleh dikatakan agak penting la juga.Ok kita jangan buang masa, jom ke bahagian seterusnya.

Pada siri terdahulu, saya hanya tunjukkan dan bentangkan tip tersebut secara ringkas sahaja. Mungkin ada yang tak berapa nak faham. Jadi untuk kali ini saya huraikan serba sedikit supaya jadi lebih cun.Setelah sesi urusniaga berjalan beberapa ketika, kelemahan tip yang saya sampaikan tempoh hari mula nampak dan perlu di tokok tambah supaya ianya lebih solid. Jadi hari ini saya akan terangkan kepada tuan-tuan dan puan-puan hasilnya dan juga apa langkah-langkah yang perlu tuan-tuan dan puan-puan buat.Sila rujuk dekat bawah.

Screenshot terkini bertarikh 4/05/2011 ( sila klik pada screenshot tersebut jika ingin melihat paparan yang lebih besar dan jelas )

Sudah tentu tuan-tuan dan puan-puan nak tahu kan macam mana boleh jadi macam tu? Ceritanya mudah sahaja.Sila rujuk langkah-langkah dibawah:

  1. Untuk urusan jual beli saya buat dua open position serentak.Sudah tentu BUY/SELL.
  2. Biarkan dua-dua open position tersebut menentukan halu tuju masing-masing.Sama ada naik atau turun dua-dua tak jadi masaalah.
  3. Setelah hala tuju open position masing-masing sudah dikenal pasti.Biasanya salah satu akan untung dan satu lagi sudah tentu akan rugi kan? ini pun tak jadi masaalah.
  4. Biasanya yang untung saya akan pasang trailing stop. Berhati-hati ketika memasang traling stop.Seboleh-bolehnya biar margin keuntungan besar sikit.Kiranya tidak boleh disentuh oleh harga pasaran yang turun dan naik dan yang paling baik adalah ikut trend pasaran pada carta weekly atau daily.Bab ini saya dah terangkan sebelum ini pada bahagian pertama.Sila rujuk dekat sana ya.Ini kerana turun dan naik ini adalah rutin biasa untuk sesuatu pasaran yang aktif.Kalau salah pasang dan traling stop tersebut valid.Teknik ini boleh dikatakan gagal.Hati-hati, Jika tidak tahu bertanya ya.
  5. Sekali lagi kepakaran tuan-tuan dan puan-puan dalam menentukan trend pasaran diperlukan sebelum berindak untuk memasang traling stop.
  6. Sasaran untuk saya mengambil untung bukan pada open position pada peringkat pertama, tetapi pada level seterusnya dan seterusnya pada trend yang sama.
  7. Apabila pusingan ini berlaku dengan stabil apa yang tuan-tuan dan puan-puan perlu buat hanyalah buka open position baru tetapi pada kali ini single open position sahaja apabila trend pasaran sudah dikenal pasti dan reversal trend sudah terbentuk dan sudah dikesan.Ahhhh panjang sangat ni,  senang cerita  kalau tidak tahu dan ingin tahu sila bertanya di ruangan komen yang disediakan.

Banyak lagi sebenarnya, buat  masa ini hanya itu sahaja yang sempat saya senaraikan.Jika ada kelapangan masa dan mood menaip saya baik kita sambung lagi.Tunggu tau.Satu perkara lagi, teknik ini saya guna secara manual. Jika tuan-tuan dan puan-puan mahir dalam bidang pengaturcaraan, tuan-tuan dan puan-puan boleh bangunkan robot berdasarkan teknik ini.Sesuai untuk semua peringkat dana, tidak perlu mahir 100% bab teknikal analisis dan yang bestnya adalah teknik ini kalis news.  Banyak lagi sebenarnya.Satu perkara lagi, modal yang saya guna untuk bertarung dekat sini hanya USD100 sahaja. Apabila untung mencecah USD50 saya akan withdraw. Cuba bayangkan jika dana tuan-tuan dan puan-puan USD1000. iihhh.iiiiihhh .iiihhh tak tau nak cerita la banyak  mana dok withdraw tiap-tiap minggu..

Ingin saya tekankan kepada tuan-tuan dan puan-puan sekalian, teknik ini saya uji secara live trading. Hasilnya tuan-tuan dan puan-puan boleh rujuk pada gambar diatas.Teknik ini masih baru lagi dan masih banyak lagi yang perlu di tokok tambah supaya ianya menjadi lebih cun.Untuk pihak tuan-tuan dan puan-puan jika berminat untuk mencuba cara ini, sila kaji dan faham cara ini terlebih dahulu.Jika tidak faham bagaimana cara ini berfungsi, sila tanya saya. Caj tutorial akan dikenakan…haa..haaa..haa lawak ja..

Sekian terima kasih dan selamat mencuba.

Notis:

Untuk bab satu sila rujuk dekat sini: http://niaga24jam.com/tip-forex-teknik-ringkas-untuk-peniaga-forex-yang-selalu-rugi/

Put Your Ads Here!

Copyright © 2006 – 2013 niaga24jam.com / POWERED & DESIGN BY: notepad++ / GIMP / En Zam / Extra Support By SONY XPERIA P

free web
stats