Archive for the ‘Pengedar & Pembekal Barang’ Category

Peluang Perniagaan : Menjual dan membekal kasut bundle

Thursday, May 10th, 2007

Assalamualaikum,

Satu lagi peluang perniagaan terbuka luas kepada sesiapa yang berminat iaitu membekal atau menjual kasut bundle pelbagai jenama.Kepada sesiapa yang berminat sila hubungi saya dengan segera untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan perniagaan kasut bundle ini.Ini juga merupakan satu peluang kepada sesiapa yang ingin memulakan perniagaan yang kian mendapat tempat di negara kita.Bab permintaan kasut bundle dipasaran ? tak perlu bimbang.Kasut bundle memang sudah ada peminatnya yang tersendiri.

Semoga maklumat ini dapat membantu anda semua yang berminat untuk menceburkan diri dalam perniagaan kasut bundle dan yang sedang mencari pembekal kasut bundle.Sila lihat dekat bawah tu spesifikasi serba ringkas berkenaan kasut bundle yang saya tawarkan.

(more…)

Hasil kraftangan dari bahan kitar semula ” kertas surat khabar lama “

Saturday, April 7th, 2007

 

Assalamualaikum,

Sempadan Malaysia / Thai, 6 April – Pada kali ini saya akan berkongsi pengalaman saya sendiri melihat hasil gubahan membuat bahan kitar semula daripada kertas surat khabar lama sehingga menjadi satu sumber pendapatan tambahan yang agak lumayan.Bagaimanakah caranya ?

Cuba anda bayangkan jika kita menjual kertas surat khabar lama yang ada dirumah kita, berapakah hasil yang bakal kita dapat ? Jika beratnya 1 kilo mungkin hasil yang akan kita perolehi adalah dalam lingkungan RM 2.00 kot.Saya pun tidak berapa pasti,ini kerana kerja-kerja menjual surat khabar lama nih biasanya adik saya yang akan menguruskanya.Biasalah budak-budak sekolah nak cari duit poket.Ini salah satu situasi yang benar,jika anda dapat menghasilkan produk kraftangan dari jumlah berat 1 kilo kertas surat khabar lama yang telah dijual tadi.Purata jumlah hasil pendapatan yang bakal anda perolehi adalah dalam linkungan RM 30.00 hingga RM 70.00 dan mungkin akan lebih dari itu.Ini bergantung kepada jenis produk kraftangan yang anda hasilkan.Jika reka bentuknya menarik dan kualitinya baik sudah tentu pulangan yang bakal anda perolehi akan melebihi dari apa yang saya sebutkan tadi.Cuba anda lihat contoh yang telah disediakan : (more…)

Put Your Ads Here! Put Your Ads Here!

Copyright © 2006 – 2012 niaga24jam.com / POWERED & DESIGN BY: notepad++ / GIMP / En Zam / This website is hosted by SHINJIRU

free web
stats