Peluang Perniagaan | Blog Pasaran Saham | FKLI | Forex

Blog maklumat Peluang perniagaan dan pasaran saham ekuiti, urusnaiga pasaran hadapan dan forex,tempat mencari sumber pendapatan tambahan,tip percuma serta berpeluang membeli belah di niAGa24jam.com online shoping cart

Archive for the ‘Perniagaan internet’


Pelabur skim haram tak boleh akses akaun mulai 11 Jun

KUALA LUMPUR: Orang ramai yang terbabit dalam skim pelaburan haram
menerusi internet diarah mengeluarkan pelaburan dan menutup akaun
masing-masing serta-merta kerana akses kepada laman web berkenaan akan
disekat mulai 11 Jun ini.

->> Cerita menarik berikutnya

(more…)

Cara Mengenal Skim Penipuan!

Minimumkan risiko kehilangan wang simpanan anda dengan mengetahui
pelbagai jenis pelaburan tidak sah di sisi undang-undang yang terdapat dalam masyarakat kini. Berikut ialah beberapa ciri dan janji yang umumnya ada dalam sesuatu skim penipuan: 

  • Untuk setiap pelaburan yang dibuat, anda menerima pulangan
    yang tinggi, umpamanya, 20-30% sebulan bagi setiap bulan.
  • Anda tidak pernah ditunjukkan produk yang kononnya berkualiti yang perlu anda jual, sebaliknya dibayar mengikut bilangan orang yang anda latih atau mendaftar diri.
  • Anda diberitahu bahawa tawaran itu hanya untuk tempoh terhad dan anda MESTI membelinya sekarang.
  • Anda diminta memasukkan wang ke dalam bank asing dalam mata wang asing untuk mendapatkan suatu hadiah tetapi anda tidak ingat pun pernah masuk sebarang pertandingan atau cabutan bertuah.
  • Anda menerima panggilan telefon menawarkan peluang-peluang pelaburan dan anda sendiri tidak tahu bagaimana syarikat itu mendapat nombor telefon anda.
  • Anda menerima e-mel yang meminta nombor akaun bank anda kerana mereka mahu menghantar wang kepada anda, biasanya berjumlah berjuta-juta dolar Amerika, dari beberapa negara asing. Ini sebenarnya bukanlah satu
    bentuk skim penipuan pelaburan, tetapi tetap satu lagi skim penipuan yang popular.
  • Anda ditawarkan satu produk pelaburan yang menjamin keuntungan besar tanpa sebarang risiko kewangan.
  • Anda diminta melabur dalam satu skim pelaburan. Alamat
    dan maklumat perhubungan syarikat pelaburan yang menawarkan keuntungan besar kepada anda itu terletak di sebuah negara asing yang anda tidak dapat pastikan di mana kedudukan sebenar syarikat itu.
  • Anda ditawarkan “hadiah percuma” untuk mendapatkan sesuatu kemudian, contohnya, sejumlah wang yang besar.
  • Anda ditawarkan peluang pekerjaan dengan gaji besar tanpa memerlukan pengalaman dan kelayakan akademi yang berkenaan.
  • Anda didatangi oleh seseorang yang mengaku sebagai ejen bagi syarikat dagangan asing (umpamanya yang beribu pejabat di Makau, Bahamas, Kepulauan British Virgin, dsb) untuk berdagang dalam indeks asing (contohnya, indeks Hang Seng), komoditi (contohnya kopi) atau mata wang asing (contohnya AS$, Yen dsb) tetapi anda perlu mendepositkan sejumlah wang dalam mata wang asing sebagai “margin”, sebelum sesuatu urus niaga boleh dilakukan.
  • Sukar untuk menemui sebarang maklumat mengenai lesen atau kewujudan syarikat itu dalam tapak web mana-mana pihak pengawal selia atau pihak berkuasa yang berkenaan.

(more…)


  • Recent Comment

    • Zam: Untuk Pn/ saudari Yan sila periksa email.Maklumat yang berkaitan telah dikirimkan kesana.selamat berurusniaga.
    • yan: i nak harga borong utk brooch & gelang tangan
    • roza: As’kum, saya berhasrat sgt2 nak ceburi dlm perniagaan bundle. so.. dipendekan cerita mcmana ye cara2 nak...
    • miza: mcm best sj nk join wat bisnes nih.. boleh x tolong emelkan detail tudung & harga borong yg ditawarkn.. TQ
    • meen: salam zam.. boleh emailkan kepada saya katalog brooch serta maklumat lanjut? saya berminat membeli secara...