Assalamualaikum,
Bertemu sekali lagi, ini hanyalah sekadar infomasi percuma dari saya. Tudung saji dan pasu merupakan koleksi terhangat untuk tahun 2010 di niaga24jam.com berbanding koleksi-koleksi lain.Harga setiap produk kraftangan yang dihasilkan antara RM15 hingga RM85 sahaja.Anggaran pendapatan boleh mencecah ribuan ringgit kalau sanggup terima banyak tempahan.Malangnya pihak niaga24jam.com tidak dapat memenuhi kesemua permintaan yang ditempah oleh kerana kekurangan tenaga kerja pakar dan mahir dalam bidang ini.Di harap kekurangan ini dapat ditampung oleh pengusaha lain kalau ada yang berminat. Pasaran untuk kraftangan dari bahan kitar semula ini memang tidak pernah menghampakan.Kalau dikira ikut hari, produk ini mula diperkenalkan di niaga24jam.com sudah hampir 4 tahun yang lalu dan sehingga sekarang permintaan terhadap produk-produk sebegini tetap ada.Jadi jangan lepaskan peluang ini.Suri rumah tangga sangat-sangat digalakkan untuk menceburkan diri dalam bidang ini.Kosnya sangat-sangat minima dan keuntunganya sangat-sangat berpatutan.
| Koleksi hebat dan yang banyak sekali dapat tempahan untuk tahun 2010 |

















