Archive for the ‘Tip pilih saham’ Category

Tip pilih saham no 4: Teknikal analisis

Wednesday, March 25th, 2009

Assalamualaikum,

Bertemu sekali lagi,kita sambung lagi bab tip pilih saham no 4.Kali ini saya akan tambah lagi satu tip yang boleh dikatakan sangat penting lah juga.Dalam bab ini saya akan terangkan bagaimana teknikal analisis boleh membantu kita dalam membuat pilihan untuk membeli sesuatu kuanter saham yang kita minat.Nak tau kesudahan bab ini,macam biasalah kena baca lagi cerita nih dekat bawah nunn.

Teknikal analisis,mungkin ramai diantara kita yang dah tahu tentang perkara ini dan mungkin juga ada yang tak tau lagi.Kenapa sebelum kita pilih atau beli sesuatu kuanter saham kena buat teknikal analisis dulu?.Jawapanya mudah saja tapi dalam bentuk soalan juga,bolehkah anda berjalan dalam keadaan gelap gulita tampa bantuan lampu suluh atau yang seangkatan dengannya.Saya tahu ada yang akan kata boleh dan ada juga yang akan kata tidak.

(more…)

  • Blogger Post
  • Digg
  • Twitter
  • Yahoo Messenger
  • Windows Live Spaces
  • Technorati Favorites
  • Share/Bookmark

Tip pilih saham no 3: pihak pengurusan yang baik

Tuesday, March 24th, 2009

Assalamualaikum,

Bertemu sekali lagi,kali ini saya akan sambung lagi tip untuk pilih saham no 3 pulak.Perlu di ingat,kalau kita nak beli sesuatu kaunter saham pastikan tip no 3 ni diberi perhatian terutamanya untuk  pelaburan yang  berjangka masa panjang. Contohnya 3,5 atau 10 tahun.Kenapa perlu diberi perhatian berkenaan perkara ini.Kalau nak tahu sila baca sampai habis kerana membaca boleh manambah tahap ilmu pengetahuan yang telah sedia ada.

Kenapa penting ” pihak pengurusan yang baik” bila kita nak pilih sesuatu kunter saham?.Jawapanya mudah sahaja,contohnya kalau kita nak menumpang satu kenderaaan untuk ke Kuala Lumpur,mahukah kah kita menumpang dengan orang yang tak ada lesen atau yang tidak mahir memandu.Sudah tentu tidak kan.Aaaa macam tuh lah juga dengan saham nih.Kalau kita tidak buat pilihan yang tepat alamatnya hancurlah duit pelaburan kita.Terutamanya untuk pelaburan berjangka masa panjang.Dengan adanya pihak pengurusan yang baik dan cekap sahaja sesuatu syarikat atau kuanter saham tersebut akan terus ada potensi untuk terus berkembang dan meningkat di masa hadapan.

(more…)

  • Blogger Post
  • Digg
  • Twitter
  • Yahoo Messenger
  • Windows Live Spaces
  • Technorati Favorites
  • Share/Bookmark

Tip pilih saham no 2: Tahap kecairan

Monday, March 23rd, 2009

Assalamualaikum,

Tip no 1 saya dah cerita,kali ini tip no 2 pulak.Kalau nak pilih saham selain dari memiliki pernigaaan yang kukuh tahap kecairan juga amat penting.Macam mana nak tau tahap kecairan sesuatu kuanter saham tuh?.Kalau nak tau kena baca sampai habis bab nih.

Mudah saja yang pertama pastikan kuanter tersebut sentiasa aktif  kalau boleh dalam tempoh setahun diniagakan kemudian volume yang diurusniagakan tuh banyak.Dua benda nih sudah cukup untuk kita tau sama ada sesuatu kuanter tuh tahap kecairanya tinggi atau rendah.Sebab apa tahap kecairan ini penting ?.Sebabnya kalau sesuatu kuanter tu tahap kecairanya rendah alamatnya susahlah kita nak tukarkannya ke dalam bentuk tunai bukan setakat tuh saja,nak jual pun susah.Umpama kita pergi dekat bank kemudian kita cakap dekat kerani bank bahawa kita nak bawa keluar duit simpanan kita.Ada tak kerani bank tuh cakap kena tunggu 2 atau 3 hari kecuali urusan yang melibatkan cek.Tak ada kan.. Macam tuh lah juga dengan saham,lagi tinggi tahap kecairanya lagi lah baguih.Sebab tuh ramai orang suka berursniaga dekat pasaran hadapan.Salah satu sebabnya adalah tahap kecairanya tinggi.Mudah untuk dijual dan sentiasa ada pembeli untuk membolehkan kita menukarkanyan dalam bentuk tunai.

(more…)

  • Blogger Post
  • Digg
  • Twitter
  • Yahoo Messenger
  • Windows Live Spaces
  • Technorati Favorites
  • Share/Bookmark

Tip pilih saham

Thursday, March 19th, 2009

Assalamualaikum,

Rasanya dah lama saya tak cerita tentang pasaran saham.Nak cerita sikit saja bab saham nih.Apa dia ?.Macam mana nak pilih kuanter saham.Teknik nih saya dapat dari buku yang bertajuk ” Selecting shares that perform “.Dalam banyak-banyak perkara ada beberapa tip penting akan saya cerita dekat sini.Nak tau kesudahanya sila baca lagi..

Semuanya ada lebih kurang 10 cara yang diceritakan dalam buku yang saya katakan tuh.Tapi saya nak cerita dalam nih 1 saja.Yang lain tuh hari lain pulak.Kalau ikut dalam buku tuh dia kata kalau nak cari kuanter yang baik kita kena cari yang buat perniagaan yang kukuh.Kalau dekat malaysia nih berdasarkan pengalaman saya Syarikat Talikom Malaysia,Maybank,TNB,AIR ASIA,DIGI,BURSA MALAYSIA sendiri dan banyak lagi.Tapi kuanter nih semua boleh dikatakan harganya tinggi belaka kecuali AIR ASIA ( RM 0.955 )ini adalah harga diwaktu saya dok tengah karang bab nih iaitu pada ( 19/03/09 11:09am ).

(more…)

  • Blogger Post
  • Digg
  • Twitter
  • Yahoo Messenger
  • Windows Live Spaces
  • Technorati Favorites
  • Share/Bookmark
Put Your Ads Here!
Put Your Ads Here!