Hendaklah kamu sediakan untuk melawan mereka sekadar tenagamu,kekuatan dan kuda yang terpaut.Dengan demikian kamu mempertakuti musuh Allah dan musuhmu.Begitu juga orang-orang lain selain mereka yang tiada kamu ketahui,sedang Allah mnegetahui mereka.Apa-apa yang kamu belanjakan pada jalan Allah,nescaya disempurnakan Allah balasanya kepadamu.Sedang kamu tidak terainaya. — Al-Quran, Surah al-anfal ayat 60

Exploitasikan kemudahan rakan affiliates

IKLAN BERBAYAR: Bekalan kacang pistasio segar Sila klik disini untuk tempahan

Assalamualaikum tuan-tuan dan puan-puan,

Alhamdulillah bertemu sekali lagi, untuk kali ini saya akan dedahkan beberapa cara mudah yang boleh digunapakai untuk mengexploitasikan rakan affiliate yang ada di niaga24jam.com supaya ianya betul-betul boleh mendatangkan hasil kepada setiap rakan affiliates yang turut serta.

Cara ini saya sediakan khusus untuk rakan affiliates yang terlibat supaya setiap penyertaan bersama dalam rakan affiliates ini boleh membawa keuntungan seperti yang diharapkan. Bukan semua penyertaan dalam program affiliates ini boleh mendatangkan hasil seperti mana yang diharapkan. Semoga dengan adanya kaedah ringkas ini, kerja-kerja promosi link rakan affilaites ini akan menjadi bertambah mudah.

Yang sebenarnya saya selaku penganjur program affiliates ini yang sebenarnya akan lebih berasa senang hati jika ramai daripada rakan affiliates yang turut serta berjaya menerima komisen seperti mana yang diharapkan.Untuk mendapat komisen daripada hasil jualan melalui program affiliates ini, yang sebenarnya bukanlah senang dan mudah seperti mana yang diharapkan.Pada asalnya program affiliates ini memang nampak macam senang tetapi tuan-tuan dan puan-puan mungkin akan tersilap.Bukan semua peserta yang terlibat dengan program ini akan dapat apa yang di hajati. Pelan promosi yang bersesuaian perlu diguna pakai barulah program affiliates ini boleh memberi hasil kepada peserta program affiliates.Diantara cara-cara yang pernah saya cuba sebelum ini dan yang dirasakan sesuai untuk dicuba ada disenaraikan dibawah:

  1. Letakkan signature ringkas yang mengandungi link program affiliates dalam setiap email. Signature ini akan berfungsi setiap kali email dihantar.Cara ini lebih bersopan santun berbanding mengirimkan email secara sesuka hati.Cara ini juga tidak akan digelar sebagai spammer. Potensi untuk mendapat pembeli dan perhatian dari pembaca juga tinggi.
  2. Cipta satu blog atau muka surat sendiri dalam format kedai online.Cara ini seolah-olah tuan-tuan dan puan-puan adalah pemilik atau penjual produk tersebut.Cara ini nampak rumit tetapi hasilnya sangat-sangat memuaskan.Apabila hasil jualan tercipta dan pembayaran telah dibuat tuan-tuan dan puan-puan haruslah mengunakan link affiliates yang didaftarkan untuk membuat belian semula di laman web penganjur program affiliates. Cara ini mungkin tidak boleh diguna pakai pada program affiliates penganjur yang lain tetapi di niaga24jam.com kaedah ini boleh diterima pakai.
  3. Mengunakan banner yang ringkas, padat dan bermaklumat.Banner ini hanya sesuai untuk di letakkan di laman web-laman web atau blog-blog yang mempunyai rating yang tinggi dan juga yang mempunyai pelawat yang ramai.Inilah cara untukĀ  mengharapkan kepada keajaiban. Tidak begitu menguntungkan rakan affiliates tetapi pihak pengajur program affiliates yang akan dapat untung yang lebih.Sepanjang penglaman saya mengunakan kaedah ini, sepanjang 4 tahun hanya satu jualan sahaja yang berjaya dan yang selebihnya datang dari kaedah biasa diatas.

Cukuplah setakat 3 cara tersebut, yang selebihnya tuan-tuan dan puan-puan boleh guna laman web social networking, Forum atau ruangan iklan berbayar.Sekali lagi saya ingin tegaskan disini bahawa ini bukan lah tip atau kaedah umum untuk meraih pendapatan daripada program affiliates.Tetapi ini hanyalah saranan dan panduan ringkas untuk kemudahan rakan affiliates niaga24jam.com mempraktikanya.Bagi yang belum berdaftar, jika tuan-tuan dan puan-puan berminat untuk mencuba sila rujuk disini:

SAYA BERMINAT UNTUK TURUT SERTA, SILA BAWA SAYA KE RUANGAN PENDAFTARAN RAKAN AFFILIATES SEKARANG JUGA

Sekian terima kasih dan selamat majujaya


Related Posts:




IKLAN BERBAYAR: Dropshipping + income secara senyap Tengok Dekat Sini

Leave a Reply

CommentLuv badge
Put Your Ads Here!

Copyright © 2006 – 2013 niaga24jam.com / POWERED & DESIGN BY: notepad++ / GIMP / En Zam / Extra Support By SONY XPERIA P

free web
stats