Categories
Urusniaga Pasaran Hadapan

FCPO kini boleh di beli secara online

Assalamualaikum,

Bertemu sekali lagi kawan-kawan sekalian terutama sekali bagi peniaga-peniaga di pasaran hadapan FCPO dan FKLI.Mungkin ada yang telah sedia maklum tentang wujudnya pilihan urusniaga  secara online yang telah disediakan baru-bari ini.Bagi yang belum tahu lagi, elok baca saja cerita menarik ini sampai habis.Semua ini hanyalah sekadar info tambahan dari saya sahaja untuk para peniaga di pasaran hadapan yang belum tahu lagi tentang wujudnya sistem belian secara online ini.

Setelah sekian lama menanti baru lah  pilihan sebegini dapat saya gunakan.Kalau sebelum ini, semua transaksi jual dan beli terutama sekali Pasaran hadapan FCPO dan FKLI hendaklah di lakukan melalui pangilan talipon.Tetapi semua itu sudah berakhir. Urusniaga pada masa kini sudah di naik taraf sama seperti urusniaga forex dimana para peniaga  boleh melakukannya dengan sendiri.Tetapi awas anda harus lebih berhati-hati semasa mengunakan sistem belian secara online ini.Bukan apa… takut tersilap langkah.Al maklumlah benda baru katakan dan saya juga tidak pasti adakah semua syarikat broker Pasaran Hadapan  ada menyediakan  perkhidmatan seperti ini.Berdasarkan artikal yang anda semua baca sekarang ini, syarikat broker pasaran hadapan yang di maksudkan adalah AMFUTURE Sdn Bhd.Lain-lain syarikat broker anda semua kena periksa sendiri.AMFUTURE Sdn Bhd adalah syarikat broker yang saya guna sekarang ini.Jom baca serba sedikit kelebihan dan kekurangan sistem belian secara online yang disediakan dibawah:

Syarikat penyedia platform sistem belian secara online:
N2NConnect
Kelebihan:
Macam-macam ada, carta semua cukup lengkap, indikator pun macam-macam ada dan boleh dikatakan amat sesuai sangat-sangat untuk digunakan.Memang memudahkan kerja, dapat menjimatkan bil talipon dan juga masa.
Kekurangan:
Sistem panduan untuk penguna baru tak berapa lengkap.Jadi bagi pengguna baru seperti saya memang akan mengalami  masaalah terutama sekali untuk urusan jual dan beli.Selain dari syarikat broker, tempat rujukan yang lain-lain memang susah nak jumpa. Harap-harap lepas pada ini ada penambahan untuk sistem panduan tersebut.

Harap-harap maklumat ini dapat membantu anda dan juga saya dalam meningkatkan lagi mutu urusniaga pasaran hadapan yang telah sedia ada.

Sekian terima kasih dan selamat majujaya.

[nggallery id=13 template=wp-eStore]

We Sell and We Buy Gold ( at reasonable price )
*Price update base on monthly
[table id=6 /]

Be the first to write a review

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *