Assalamualaikum,
RPA Padang Besar,Perlis.1 okt – Anda salah seorang peniaga tukaran matawang asing atau Forex ?.Masih ragu-ragu dengan status urusniaga forex ?.Hari ini saya harap apa yang saya akan ketengahkan ini dapat serba sedikit menyelesaikan masaalah berkaitan status urusniaga tukaran matawang asing atau forex ini.Ikuti kisah menarik berikutnya.
Baru-baru ini, ada seorang kawan bertanya kepada saya berkaitan status urusniaga forex ini,sama ada haram ke halal.Jadi saya nak jawab secara tepat tak berapa pandai sebab utama bab hukum-hukum yang sebegini saya tak berapa tarer.Tak boleh main hantam kromo saja.kita kena rujuk kepada mereka-mereka yang pakar tentang perkara ini.Bagi saya urusniaga ini boleh dilakukan.Tetapi ada kaedah-kaedahnya yang tertentu yang akan saya tunjukan kepada anda semua nanti.Selepas ini saya harap masaalah berkaitan perkara ini akan lebih jelas dan terang.Bila kita dah tahu semua tuh baru senang sikit kita nak berurusniaga.Betul tak ?
Perkara ini penting bagi saya dan mungkin juga kepada anda semua.Jangan asyik fikir tentang untung dan rugi saja.Bab halal dan haram nih kena ambik tahu juga.Jawapanya amat mudah,perjalanan hidup kita ini bukan hanya sekadar diatas dunia nih sahaja, malah dunia nih sat saja untuk kita.Yang penting habuan kita dekat sana nunnn yang perlu dititik beratkan.
Berbalik kepada cerita asal,bersama ini saya ada sertakan video yang menerangkan secara khusus kepada kita berkaitan perkara bagaimana jatuhnya hukum halal atau haram sesuatu urusniaga forex atau tukaran matawang asing dan apakah perkara- perkara yang patut kita jauhi dan patut kita ambil tahu supaya urusniaga yang dibuat tidak terkeluar dari hukum-hukum yang telah ditetapkan.Saya harap video ini dapat mengurai semua masaalah yang terbuku selama ini.Marilah kita bersama-sama menghayati isi kandunganya yang telah disediakan khas untuk anda semua di bawah dan selamat menonton :
[flv:/Z.V.02/FOREX.flv 480 363]
Bagaimana pendapat anda semua tentang isi kandungan video yang disediakan tadi ??. Saya harap anda semua dapat faham sikit-sikit kot.Lepas nih tak payah lah risau tentang perkara ini lagi.
Setakat ini sahaja yang dapat saya sampaikan dan sediakan untuk tatapan anda semua pada kali ini.Sampai Jumpa lagi pada masa yang akan datang.
Sekian terima kasih dan selamat majujaya

Technorati Tags: Hukum forex
Powered by ScribeFire.




















terima kasih, persoalan saya terjawab juga disini. dahulu, salah seorang pensyarah investment saya ada mengatakan forex ni harus, sehinggalah satu hari saya terjumpa satu buku yang kata forex ni haram. at that time, i was toying. entah mana satu yang betul. sekarang dah tahu. sekali lagi terima kasih.
itulah penjelasan sebenar yang kita nak..Dah selesai satu perkara.Lepas nih perkara lain pulak yang akan timbul.Apa pulak dahh yang nak mai nihh ?.Macam biasa lah,semua forex trader pikiar yang ini.Macam mana nak untung pulak ?.
Sekian terima kasih dan selamat majujaya.
mmmm… banyak pendapat tentang isu halal haram main forex ni. selepas dengar ceramah ni.. fuhh lega… so..sapa yang nak belajar forex..bleah laa gi site aku…
p/s promote sket
Alhamdulillah, itulah sebenarnya jalan cerita yang hendak disampaikan.Buat sesuatu benda bedasarkan apa yang kita tahu.
Nak promote tuh tak ada masaalah,kalau ada sistem affliate
tuh..hulur-hulur mai sini sama.
masih kurang jelaslah, yang dimaksudkan riba dalam forex ni????
boleh tolong perjelaskan?
Kita diharuskan Belajar Forex kerana ianya ilmu dunia namun jika kita pandai membelanjakan wang dan hasil pendapatan kita seperti bersedekah dan mengeluarkan zakat maka sudah tentu anda akan bahagian di dunia dan bahagia di akhirat. Asas perniagaan dalam Islam mudah buang yang haram dan gunakanlah yang halal.
Dari Admin,
Betul tuh..saya setuju.Walaumacam mana sekalipun ilmu bab forex nih kena belajar dulu.Biasanya tak sempat nak kenal cara halal dan haram dah bungkuih..tak ramai yang berjaya dalam bidang nih kecuali mereka-mereka yang betui-betui berminat akan berjaya.
Niaga forex ni halal jika kita niaga spot macam yang kita buat ni…
Pendapat saya, mengikut video UZAR, jangan laburkan wang kita dalam syarikat forex kemudian tunggu untung datang tanpa berbuat apa-apa. Syarikat forex menggunakan berbagai cara berniaga termasuk yang haram spt hedging, forward dan future. Kita small traders, perlu berniaga sendiri cara spot trading, barulah halal…
Wassallam.
fuhh…senang ati aku mendengarnye..time kasih la sbb kongsi video ni.pas ni aku nak trade tanpa was-was lagi..
This stuff is getting more and more popular!Samhttp://www.aeroninfo.com
Yosh… senang ati aku.