• featured
  • featured
  • featured
  • featured
  • featured

    ALLAH telah berfirman dalam
    Surah al-Hujurat ayat 11-12: (maksudnya) Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) merendah-rendahkan puak lelaki
    yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan merendah rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Laranganlarangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim. Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.
    — Al-Quran, Surah al-Hujurat ayat 11-12

Ingatkan diri sendiri

NAMSAHAZ Webhosting - at RM0.06 per 1MB!!!

Assalamualaikum,

Minggu lepas saya dah taip dah benda ni tapi tak tahu apa punca tiba-tiba hilang semua.Dalam fikiran dok agak depa ni buat kemas kini server kot.Last-last installFungsikertas yang lama saja.Sebab tuh yang terkini hilang semuanya.Cuai betul..

Berkenaan ingatkan diri sendiri ni saya nak sampaikan sesuatu yang boleh dikatakan berguna lah juga.Cara macam mana nak ingatkan diri sendiri tampa payah suruh orang lain tolong ingatkan untuk kita.Perkara ini penting demi produktiviti kita.Kadang-kadang kita ni tak suka sangat untuk ingat dan di ingatkan.Entah mana punya perangai yang di ambil pun tak tau.Kalau ada tu elok-eloklah dibuang jauh-jauh.

Cara-caranya mudah sahaja:

  1. Tulis di atas kertas apa sahaja tugasan atau kerja yang belum selesai atau apa saja lah.Contohnya nak jadi Perdana Menteri ke,nak jadi bos ke atau apa-apa saja ikut keperluan diri anda semua.
  2. Kemudian tampal dekat mana-mana tempat yang mudah di lihat.Saya cadangkan dekat cermin berhias dalam bilik  kita.Jangan tampal dekat cermin kereta dan motor dah la, tak berapa sesuai.Kalau dekat pejabat tampal dekat mana-mana yang boleh nampak.
  3. Baca apa yang kita tulis tu setiap hari.Kalau rajin baca banyak  kali pun tak apa.Lagi banyak lagi baguih.

Itu saja yang perlu dilakukan.Dengan secara tidak sengaja kita telah mengingatkan diri kita sendiri.Biasanya dengan cara ini kita akan dapat meningkatkan tahap kualiti yang ada pada kita.Kalau nak jadi jutawan tulis dekat atas tu ” AKU INGIN JADI JUTAWAN “.Hari-hari kita baca benda tu,dengan cara itu kita telah mengarahkan minda kita supaya beroperasi dan berfikir untuk mendapatkan idea macam mana nak jadi seoarang jutawan.Macam tu lah ceritanya.Ada banyak cara lagi,lain kali sambung lagi..

Semoga maklumat ini berguna untuk anda semua.

  • Blogger Post
  • Digg
  • Twitter
  • WordPress
  • Yahoo Messenger
  • Windows Live Spaces
  • Technorati Favorites
  • Share/Bookmark

Tags: , ,

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.

Leave a Reply

Your Ads Here! Your Ads Here!
    follow me on Twitter