Kelab orang banyak hutang

Assalamualaikum,

Ahaaa, ada ke kelab untuk orang banyak hutang ? mungkin ada.Tetapi saya belum jumpa lagi kelab yang macam tu.Kalau betul-betul ada, saya pun berminat untuk menyertainya dan akan menjadi sebahagian dari ahli yang berdaftar dengan kelab tersebut.Ini semua adalah pembuka jalan kepada orang yang banyak hutang.

Banyak hutang memang sudah menjadi sebahagian dari rutin kehidupan masyarakat kita di Malaysia yang tercinta ini.Biasa la…kalau tak berhutang, agak susah juga bagi kita untuk mendapatkan itu dan ini. Yang menjadi masaalah besar sekarang ini adalah payah untuk membayar hutang.Kadang-kadang bajet yang ada tidak mencukupi, kadang-kadang kena buang kerja, kadang-kadang pelan yang dirancang  tidak menjadi dan yang sering berlaku adalah sumber keewangan yang ada memang tidak pernah mencukupi.. Kesian kan.Apa nak buat, hidup ini terpaksa diteruskan.

Apa kena mengena topik ini dengan orang yang ada banyak hutang dan kelab ?

Telah sedia maklum orang yang banyak hutang ini kadang-kadang tidak ada tempat untuk mengadu.Jadi kalau ada kelab seperti mana  yang  saya maksudkan, sekurang-kurangnya beban penanggung hutang dapat di ringankan. Macam mana boleh dikatakan beban dapat diringankan jika kelab yang macam ini di adakan?.Jika sekadar menyertai kelab biasa memang lah tidak banyak yang akan membantu.Tetapi kelab yang saya maksudkan adalah kelab yang boleh menjaga kebajikan setiap perserta yang berhutang.Ini semua hanyalah pembuka jalan kepada orang yang berhutang dan hubung kait nya dengan kelab.Daripada menyertai berbagai-bagai skim cepat kaya elok orang yang banyak hutang ini menyertai kelab-kelab yang macam ini.Sudah tentu kebajikan mereka akan terjaga nanti.Ahaaa syok kan kalau ada kelab-kelab yang macam ini.Kelab yang boleh menjaga kebajikan setiap peserta kelab.

Bagi saya kelab yang macam ini sangat-sangat perlu diadakan.Saya pun tengah mencari kelab-kelab yang macam ini, itu pun  kalau ada.Dapat juga merasa keistimewaan yang  ada .Tetapi apa kan daya belum berjumpa lagi.Di sebabkan cari tak jumpa la topik ini saya ketengahkan di sini. Mudah-mudahan ada sokongan dan pendapat tentang idea yang saya ketengahkan  ini, iaitu untuk mewujudkan sebuah kelab seperti yang saya cerita dekat atas tadi tu.Saya pun tidak pasti lagi, sama ada dapat sambutan atau tidak.Andai kata ada, syukur alhamdulillah.Kalau tidak ada tak boleh buat apa-apa aaa.Pakat-pakat bawa diri masing-masing la.Siapa yang cerdik, cekap, kuat dan cepat dia akan selamat. Ini semua hanyalah idea bagi tertubuhnya kelab yang semacam itu.Andai kata betul-betul dapat sambutan, apa yang bakal peserta kelab ini akan dapat?

  1. Kebajikan setiap perserta  sudah tentu terjamin dan akan dijaga ( ini merupakan fokus utama )
  2. Dapat bertemu ramai kawan-kawan yang seangkatan  iaitu kawan-kawan yang ada hutang.
  3. Dan banyak lagi sebenarnya.Apa yang saya sampaikan dekat atas tu hanyalah padangan pembuka jalan sahaja.
  4. Yang penting jika ianya betul-betul menjadi dan ada yang berminat dengan idea ini, pakat-pakat la kita bagi idea,pandangan dan cadangan  untuk pembagunan kelab ini.

Kita tunggu dan lihat sahaja sambutan nya nanti macam mana. Saya tahu bukan senang nak ajak orang ramai untuk bersatu dalam aktiviti yang macam ini.  Sekurang-kurangnya saya telah berusaha untuk membuka  jalan keluar kepada masaalah yang berkaitan dengan hutang. Saya percaya masih ada lagi manusia-manusia behati terang di luar sana yang faham dengan masej yang ingin saya sampaikan ini.

Penyudah kepada topik ini sudah sampai.Jika berminat dengan idea ini, sila maklumkan kepada saya untuk tidakkan yang seterusnya.Sekian terima kasih dan selamat majujaya.

2 thoughts on “Kelab orang banyak hutang”

  1. Assalamualaikum,

    Haa…haaa…tak ada sesiapa yang berminat ka? emmm ini satu perkembangan yang tidak begitu sihat..tapi walaubagaimana pun program tersebut telah berjaya dipasang dan dilancarkan..bagi yang berminat untuk mencuba boleh rujuk dekat sini: http://niaga24jam.com/ikhlas..

  2. mintak maaf kalau post saya ramai tidak setuju.tetapi saya dah terlalu bosan dengan artikel-artikel membayar hutang tetapi jawapannya tetap terlalu baik.maksudnya halalkan saja duit kita bagi pinjam,niat sedekah,jangan bagi pinjam lagi. Pada pandangan saya orang-orang yang liat membayar hutang wajib diajar sepenuhnya sehingga kalau boleh satu hari nanti peminjam tu sendiri yang bercakap dengan kita “betul aku pinjam wang dari kau dulu dan aku belum membayar lagi,tapi sampai macam ni kau boleh buat aku”.Bagi peminjam-peminjam wang yang liat bayar, tak terpfikir ke kalian dimana “BILA ORANG DAH SAKIT HATI,TAHUKAH KALIAN APAKAH KEMAMPUAN MEREKA YANG MEMBERI PINJAM MAMPU LAKUKAN SEKIRANYA WANG MEREKA TIDAK DIBAYAR”.maksud saya contohnya, sekiranya si G meminjam wang dari Y dan tidak membayarnya sesen pon selepas bertahun-tahun. Jangan marah dan terima sahaja bila satu hari nanti badan kereta si G yang baru ni rosak teruk disimbah asid bateri.Padahal dia meminjam dari Y hanya RM100 tapi wang yang harus dikeluarkan beribu-ribu.Si G tidak tahu yang melakukan itu adalah si Y. ringkasannya walaupon kita tidak dapat wang kita kembali,berusaha untuk menghancurkan apa saja harta peminjam dengan nilai jauh melebihi nilai wang yang dipinjam.Sekian terima kasih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>