Assalamualaikum
Sempadan Malaysia / Thai 14 mac. – Dah lama rasanya tak menulis dalam ruangan ini.Maklumlah sejak kebelakangan ini sibuk sikit dan blog nih pon dah lama tak dikemaskini.Asyik letak berita-berita panas berkenaan perkembangan terkini tentang pasaran saham yang di petik dari berita semasa yang diperolehi dari internet.Itu saja lah yang sempat dan termampu dari saya.
Untuk kali ini saya ingin mengetengahkan sedikit tip yang begitu penting juga bagi kita yang selalu berurusniaga dipasaran saham sama ada pasaran saham ekuiti atau urusniaga hadapan(FKLI) .Untuk pengetahuan anda semua, tip ini saya selalu praktikan ketika berurusnaiaga di pasaran hadapan.Hasilnya yang saya dapat adalah risiko kerugian ketika berurusniaga dapat dikurangkan.Maklumlah urusniaga dipasaran saham nih kan selalunya sangat aktif.Kadang-kadang Pasaran akan bertindak sebaliknya dari apa yang kita sangkakan.Jadi untuk mengelakan kita dari terus mengalami kurugian yang tidak disangka-sangka,tip ini amat sesuai dan sangat berguna jika kita selalu mengamalkannya dan menjadikanya sebagai satu rutin atau perkara penting dalam setiap urusniaga yang bakal kita buat kelak.
Mungkin ada diantara anda semua yang pernah berurusniaga dipasaran saham telah mengetahui tentang perkara ini dan saya harap ianya dapat meningkatkan lagi tahap pemahaman anda semua ketika berurusniaga :
Apakah “SELL STOP atau STOP ORDER” ?
Jawapanya adalah “SELL STOP / STOP ORDER” adalah salah satu kemudahan yang disediakan kepada pelabur,peniaga atau sesiapa sahaja yang melibatkan diri dalam urusniaga pasaran saham ekuiti atau pasaran hadapan.Kemudahan ini bertujuan untuk memberi kemudahan kepada setiap peniaga meletakan harga sasaran berhenti atau harga tawaran seperti yang diinginkan .Tujuan utama adalah untuk mengawal kerugian yang berlebihan dan untuk melindungi keuntungan yang sedia ada dan juga untuk mendapatkan posisi sasaran harga yang lebih baik.

Saya rasa anda semua sudah tentu dapat memahami maksud yang hendak disampaikan ini.Kenapa perkara ini penting ? ini kerana sifat pasaran itu sendiri, kadang-kadang setiap pergerakan yang akan berlaku adalah diluar jangkaan.Jadi untuk melindungi dana pelaburan yang kita miliki ketika berurusniaga daripada terus hilang disebabkan perilaku pasaran yang diluar kawalan.SELL STOP/STOP ORDER adalah kemudahan yang amat sesuai digunakan.Tetapi anda harus ingat SELL STOP atau STOP ORDER ini jika digunakan dengan cara yang tidak betul ia akan menyebabkan kita akan mengalami kerugian dengan cara yang tidak sepatutnya.Contohnya :
- Jika anda membuat keputusan untuk membeli Ketika mata atau harga yang sedang diurusniagakan berada di tengah-tengah diantara paling tinggi dan paling rendah pada waktu tersebut.Jika anda membuat SELL STOP/STOP ORDER pada ketika itu berkemungkinan dalam tidak sampai beberapa ketika posisi anda akan ditamatkan dan anda akan mengalami kerugian dengan cara yang tidak sepatutnya.Ini kerana posisi tersebut amat tidak sesuai walaupun kadang-kadang ianya berguna dan berkesan.Amat merbahaya jika pasaran ketika itu mempunyai voletiliti atau pergerakan harga yang aktif dan ruang yang luas diantara satu harga kesatu harga.Dengan mudah sahaja SELL STOP/STOP ORDER anda akan mengenai sasaran yang anda telah tetapkan.
Bilakah waktu yang sesuai untuk mengunakan SELL STOP/STOP ORDER ?
- Berdasarkan pengalaman saya,apabila kita telah dapat mengesan kedudukan harga pasaran paling tinggi atau harga pasaran paling rendah pada hari urusniaga tersebut.Jika pada ketika itu kita membuat keputusan untuk membeli atau menjual.SELL STOP/STOP ODER sesuai digunakan.Dan ini bergantung kepada pengalaman dan teknik urusniaga yang digunakan oleh peniaga atau pelabur itu sendiri bagaimana untuk mengesan harga paling tinggi atau harga paling rendah mengikut citarasa masing-masing.Berkemungkinan pasaran akan bertindak diluar jangkaan kita.Jadi SELL STOP/STOP ORDER adalah pilihan terakhir kita.
- Apabila anda telah mencatatkan keuntungan dan ingin mengawal keuntungan yang telah sedia ada.
- Apabila kemudahan ini digunakan .Kekerapan kita untuk merasa bimbang dengan sebarang tindakan luar biasa pasaran dapat dikurangkan.Kita juga tidak perlu berada didepan monitor sepanjang masa.
- Yang paling penting jika kita mengalami kerugian.Kerugian itu adalah terkawal.
Bagaimana dengan tip yang diberikan ini ? Kepada yang masih baru dan masih belum mencuba teknik dan kemudahan yang disediakan ini.Saya harap maklumat ringkas ini berguna untuk anda semua demi untuk meningkatkan lagi tahap keupayaan urusniaga anda.Yang sebenarnya masih banyak lagi tip-tip urusniaga pasaran saham yang belum kita ketahui.
Walaubagaimanapun saya akan cuba untuk mendapatkan lagi beberapa tip-tip menarik yang ringkas dan mudah untuk digunakan.Tapi semua itu akan bersambung pada masa akan datang.
Kalau ada yang terkurang dan tersilap saya mohon maaf.Jika tidak keberatan kepada sesiapa yang mempunyai tip-tip urusniaga pasaran saham atau urusniaga hadapan yang menarik kiranya ada yang ingin disumbangkan.Anda boleh mengirimkanya kepada saya.Sumbangan anda adalah amat saya hargai.
Jadilah seorang pelabur yang bijak dipasaran saham.
Sekian terima kasih dan selamat melabur.
powered by performancing firefox



















