Think Thousand times before taking a decision But – After taking decison never turn back even if you get Thousand difficulties!! — Adolf Hitler, Adolf Hitler

Membekal dan berniaga barang bundle

IKLAN BERBAYAR: Ini cara kami cari duit lebih.Ianya murah,mudah dan selamat daftar penyertaan dekat sini

Assalamualaikum,

Kangar,11 Ramadhan 1428 hijrah-Apa khabar anda semua ? pada kali ini saya nak bagi tahu satu perkara yang agak penting juga.Apa dia ? bagi pengemar barang bundle sama ada kasut ke,seluar ke atau baju bundle ke.Disini adalah tempatnya yang sesuai untuk anda mencari barang-barang bundle yang berkenan dihati.

Nak cerita sikit..Sebelum ini saya hanya menjual kasut bundle sahaja.Selepas test market dalam 2 bulan lebih.Keputusan yang saya dapat amat mengalakan.Jadi dari situ saya telah mengambil keputusan untuk menambah lagi barang-barang bundle nih.Sekarang ini diantara barang-barang bundle yang ada dalam senarai saya dan sedang dijual adalah kasut bundle yang bermacam-macam brand,seluar Levi’s bundle pun ada juga tapi yang ini tak berapa banyak macam kasut bundle dan yang satu lagi baju bundle dan yang ini pon sama juga macam-macam brand ada.Kadang-kadang brand yang saya tak pernah dengar pon ada.Banyak sungguh…..

Berita baikk !!!! Peluang ini juga saya beri kepada mereka yang berminat untuk berniaga.Kalau nak dapatkan bekalan untuk perniagaan tuh memang tak ada masaalah.Dekat sini stok banyak.Cuma yang penting disini kepada yang berminat dan ingin berniaga tuhh,macam biasalah kena berani untuk melabur lahh sikit.Sebab dalam bidang perniagaan ini risiko untuk rugi sentiasa ada.Dia macam pasaran saham lah juga.Ada turun naiknya.Ini bukan kata dari saya,tetapi datangnya dari tuan kedai bundle selaku pembekal utama kepada saya yang memang sudah masak dengan ragam perniagaan bundle nih..Banyak juga peluang perniagaan yang boleh kita ceburi nooo..
Ya ! pokok pangkalnya kena berani baru benda ini boleh berjalan.Ada duit beribu pon kalau tak berani tak ada gunanya.Jadi macam mana nak bagi dia beranak jadi banyak ?.Salah satu darinya ialah kita kena laburkanya sama ada dalam pasaran saham ke,dalam bidang perniagaan ke,dalam amanah saham ke dan banyak lagi lahhh tempat – tempat lain yang saya sendiri pon tak dapat nak jelaskan kepada anda semua disini.

Inilah sebahgian dari kasut bundle yang ada digudang penyimpanan

Gudang kasut bundle

Ini sebahagian dari seluar Levi’s bundle yang turut ada digudang tersebut

Levi’s bundle

 

Kita berbalik kepada cerita barang bundle nih.Kalau anda nak tengok barang-barang bundle yang saya tengah jual.Anda semua boleh lihat disini :
http://www.niaga24jam.com/Qck-v1.4/index.php .Yang ini kedai online saya.Sudah setahun beroperasi.Satu lagi bukan semua barang yang ada dalam tuh barang bundle no.Yang baru pon ada.Jadi kalau ada yang tulis barang bundle dekat tajuk utama dia,itu tandanya memang sah barang bundle lah tuhh.Jadi kalau ada masa sila lah berkunjung kesana noo.Kalau ada yang dah sampai ke laman web tersebut.Saya ucapkan berbanyak terima kasih dan macam biasa kalau ada masa mai lah lagi..

Ada lagi ke nihh nak cerita dekat sini ? rasanya tak ada dah kot…sampai disini sahaja maklumat yang dapat saya sampaikan pada kali ini.Lagi satu perkara sebelum saya tutup tajuk ini.Kalau ada sesiapa yang berminat untuk menjalinkan hubungan rangkaian perniagaan dengan saya sila YIM saya atau sila guna komen yang ada dekat sini.
Ok sampai sini saja.Semoga kita dapat berjumpa lagi dan kalau ada salah dan silap saya minta maaf banyak-banyak.

Sekian terima kasih dan selamat majujaya.

Technorati Tags: ,

Powered by ScribeFire.


Related Posts:




53 Responses to “Membekal dan berniaga barang bundle”

  1. samsuddin says:

    dapat tak hantar kasut bundle ke kuching swk .saya beniaga kasut bundle secara kecil kecilan kat kuching sarawak. berapa harga dan macamana nak buat pesanan dan dalam satu bundle adakah kasut sport smart dan boots bercampur atau di bundlekan berasingan .tq

  2. yusri says:

    saya yusri dari taiping perak,berminat untuk menjalankan perniagaan bundle tetapi sekarang ini saya sedang mancari pembekal yang sesuai.bolehkah en berikan saya senarai bagi semua bundla yang en sediakan beserta harganya.terima kasih YUSRI,0142522731……

  3. man says:

    klu hantar kasut bundle ke ld, sabah, leh ka .saya beniaga kasut bundle secara kecil2an. berapa harga dan macamana nak buat pesanan dan dalam satu bundle adakah kasut sport smart dan boots bercampur atau di bundlekan berasingan .tq

  4. Zam says:

    Assalamualikum,

    Terima kasih saya ucapkan kepada anda semua kerana berminat dengan barang bundle yang yang tawarkan ini.laa nih tengah sibuk tak dan nak hantar email maklum balas. inshaallah pertanyaan anda semua akan dijawab tidak lama lagi.Harap bersabag.

  5. zainal says:

    salam.
    sy berminat untuk menceburi perniagaan barang bundle ini (pakaian). peringkat permulaan, sy masih mencari suplier dengan harga yang berpatutan. untuk itu, sy inginkan maklumat berkaitan kos barang berkenaan. bagaimana pula dari sudut penghantaran?
    019-7424799 (zainal)

  6. barn the boutique says:

    email saya segera senarai apa yg ada,saya akan buka cawangan jeans alteration nak masuk brg bundle kalau ada curtain n comforter lg baik.tq.

  7. mohd khairul fahmi says:

    Salam, saya dah lama mencari pembekal kasut bundle.Saya memang berminat untk berniaga kasut bundle.Saya bekerja di Saratok, sarawak.Adakah pihak tuan dapat menghantar bekalan kasut ketempat saya.

  8. merbok says:

    helo kawan, buleh bg no fon x? jd supplier sy sbb sy baru nak mula..

  9. deli says:

    tolong la call saya, saya barang dah kurang ni nak niaga kat tempat baru lak, no no saya 0192406198

  10. Pirer says:

    sy berminat untuk menceburi perniagaan barang bundle ini (pakaian). peringkat permulaan, sy masih mencari suplier dengan harga yang berpatutan. untuk itu, sy inginkan maklumat berkaitan kos barang berkenaan. bagaimana pula dari sudut penghantaran?kalo leh sy nak try satu van dulu kat ,jual kat pasar2 ker,
    sesiap leh tolong call sy
    019-2027559.
    trimas atas perhatian & kerjasama u all.

  11. kamil says:

    0133997201 -sy tgh cari suplier bundle kasut

    Dari admin:
    Sila call saya kalau betui-betui berminat…Maklumat berkenaan no tel telah dihantar melalui email saudara. sambil-sambil tuh reki-reki tempat lain sama.Survey harga.

  12. din langkawi says:

    ada no pon ka?lokasi dkat mana

    Dari admin:
    dah kirim p dekat email.Sila baca na..

  13. nita says:

    bleh tak bagi harga kasut n suar kat say.

    Dari admin:
    Harga kasut seguni ( 45 pasang ) RM1200.00++.Seluar tak dak stok..

  14. fauzan says:

    salam.sy tgh cr supplier bundle di sarawak.boleh bg skit info pasal brg bundle ni?boleh tlg cite skit camne nk hanta?kos penghantaran ke sarawak dan lain2 lg.email me A.S.A.P. please….tq

  15. radzi says:

    salam. sy mencari kasut bundel jeni sukan sahaja cth adidas,nike, asics dan lain untuk pelajar-pelajar n tuk jualan secara kecil-kecillan. sy nak thu bagaimana harga n urusan penghantaran. buat permulaan sy perlukan 100 pasang. hubungi sy. 0122482157

  16. biey says:

    hye,saya cari pembekal t-shirt..kat sni pn ad ke?atau pun kasut shj?

  17. syed says:

    tlg bg c0ntact num n l0kasi kdai anda..
    sy berminat nk try bisnes bundle

  18. yunus says:

    blh bagi alamat kedai n pon nbr..?

  19. V says:

    I ada planning nak bukak bundle…tapi xde source barang..leh tolong

  20. idawati says:

    ade ker bundle tuk baju baby n kanak-kanak?

  21. man says:

    sy pun berminat,tp xtau cmne nk cari contact…plz help me…

  22. Zam says:

    Emmm email saja.Buat masa ni say fokus dekat kasut bundle saja.Pakaian dah banyak orang lain buat.Jadi biar je la depa yang promosikan produk tu..Kalau kasut memang tak da hal..

  23. FAIZAL says:

    cmne kira klu nak niaga ksut bundle ni

  24. Zam says:

    Mudah sahaja, ada modal, tapak untuk buat berniaga, kasut bundle dan keberanian…itu sudah cukup.Bab tapak tak perlu bimbang..kalau tak secara offline guna online punya….selamat berjaya

  25. nasir says:

    salam,

    boleh saya tau lokasi perniagaan .

  26. tapa says:

    salam… sy b’minat nak berniaga kasut bundle nie, bleh bg no phone supaya kita bleh b’bincang dgn lebih lanjut?

  27. Jason Siman says:

    Kak,
    Saya berminat utk membuka kedai bundle tp saya tak ada pembekal. Tak tau mana nak beli.

    Others,
    Kalau anda tahu kat mana, tolong saya ye

  28. Zam says:

    Lokasi di mana ? bab nak dapatkan kasut bundle tak ada hal..perkara kecil ja tu..

  29. rahmat says:

    klu macam saya di sabah boleh buat bisness ni jga ke.mcm mana caranya
    ?

  30. rahmat says:

    kalau boleh nak juga try/test beniaga ni, pengalaman memang zero la aku ni?
    rahmat_hj.setin@yahoo.com

  31. Zam says:

    Salam saudara, bab pengalaman tak ada hal.Tapi barang bundle ni kena tengok lokasi dan permintaan dikawasan yang hendak kita pasarkan barang bundle ni.Bukan semua pengguna boleh terima barang bundle ni.Tapi saya telah diketegorikan sebagai pengguna barang bundle tegar sejak 10 tahun yang lalu.Biasanya orang akan cari yang ada brand terkenal.Budak-budak univesiti banyak yang minat dengan barang bundle ni.

  32. pak haji says:

    SALAM BRO KAT MANA KEDAI SAYA NAK BUAT LAWATAN DAN BINCANG COS SAYA ADA SET SATU UPTOWN KAT KILANG LAMA KULIM NAMPAK TIADA PAKAIAN BUNDLE BANYAK PAKAIAN WANITA JE CONTACT SAYA NO.0194002757,0194236781,0164705046

  33. Zam says:

    Kedai ada di Padang besar

  34. salleh says:

    saya baru try wat niaga bundle nie..mmg best..

  35. Azizi says:

    Salam..saya baru nak cuba2 perniagaan bundle.Nak tahu gak harga2 stok,terutama kasut sport n kulit..harap maklum balas.thanks..

  36. Azizi says:

    Salam.saya baru nak cuba2 niaga bundle.nak tahu harga stok kasut bundle sport n kulit..harap maklum balas..thanks.

  37. Zam says:

    Saya dah cuci tangan dengan biz kasut bundle ni. Sekarang ini harga kasut bundle dari supplier mahal gila..nasib baik tak gila…

  38. Zam says:

    Ini produk lama dalam perniagaan saya, Sekarang ini tak aktif dah..

  39. fenomena@rt says:

    kami mencari ejen di serata negeri..harga berpatutan…
    layari http://fenomenaart-bakulsuratkhabar.blogspot.com/ jika berminat menambah produk anda bro..
    Nice and last stories from my commentor link: BAKUL TELUR DARI SURATKHABAR

  40. Zam says:

    for advertisment please used our free ads section.Tq and have a nice trade.

  41. dnoe says:

    mail sy nk bundle ni….brp kg dan pos ke sbh

  42. En Zam says:

    Ok…nanti saya emailkan cara-caranya

  43. nu says:

    sy berminat nak bka bundle online.. bleh tlg ajar terutama nk cr supplier yg bgs.. thank you

  44. sac chanel pas cher…

    [...]Membekal dan berniaga barang bundle[...]…

  45. Nanna says:

    Salam. Cek baru nk blajaq meniaga budle ni. Cek duk cari2 pembekal. Cek nk tau modal minimum. Mntk email kt cek nooo nanna.zann@gmail.com. Mekasih…

  46. fazly says:

    Salam..boleh bg quotation harga kat saya…

  47. awekn9 says:

    salam berminat beli bundle jepun dan australia
    jean,t-shirt,baby bundle,dress,blouse dan sebagainya email saya
    sitihawa18@yahoo.com.my
    Nice and last stories from my commentor link: BUNDLE AUSTRALIA

  48. ghoni says:

    berapa modal klu nak mula2 jual kasut bundle..?

  49. ayoi says:

    nak buka kedai bundle tapi tarak suplier….boleh tak kasi cara2 nak order….

  50. andy says:

    Saya berminat sangat dalam perniagaan bundle in tetapi tak tahu cara. Boleh tolong saya?

  51. LYNN says:

    terlampau minat boot bundle tuh…utk pmpn pun ade tak?
    saye nak 2 pasang boot..1 utk lelaki n 1 tuk pmpn

  52. En Zam says:

    nak beli boot yang jenis mana satu ?

  53. airpolz says:

    bro boleh bg harga levis 45kg/100kg
    ade levis selcted x?bundle 501 sahaja je

IKLAN BERBAYAR: Kasut bundle terpilih ikut jenama. Sila klik disini untuk pertanyaan

Leave a Reply

CommentLuv badge
Put Your Ads Here!

Copyright © 2006 – 2013 niaga24jam.com / POWERED & DESIGN BY: notepad++ / GIMP / En Zam / Extra Support By SONY XPERIA P

free web
stats