Assalamualaikum,
Berita baik untuk yang berminat, terutamanya untuk orang di sebelah utara. Memandangkan banyak sangat permintaan untuk belajar bagaimana hendak menghasilkan kraftangan dari kertas surat khabar ini, jadi pihak kami telah sebulat suara bersetuju untuk mengadakan mini bengkel untuk membuat kraftangan dari kertas surat khabar ini. Tetapi bilangan penyertaan masih terhad iaitu sebanyak 2 orang untuk satu sesi.
Pada mulanya saya bercadang nak buat ebook sahaja tatapi bila dikaji balik tak payah lah, Sebabnya aktiviti pengklonan ni banyak sangat dalam negara kita. Jadi buat apa nak pening-pening kepala. Maka terjadilah mini bengkel ini. Kalau yang berminat sila tengok spesifikasi mini bengkel ini dekat bawah tu:
Spesifikasi Bengkel:
Harga : 90.00 seorang + makan dan minum ala-ala orang kampung
Jumlah penyertaan: 2 orang untuk satu sesi
Jangka masa pembelajaran: 3 jam + 1 jam sesi soal jawab
Bagi orang utara yang berminat nak datang atau orang dari luar utara yang sudi untuk turut serta, anda semua di alu-alukan. Jika berminat untuk turut serta sila gunakan ruangan komen yang ada dekat bawah tu untuk urusan pendaftaran. Ingat tempat adalah terhad hanya 2 orang sahaja untuk satu sesi.Harap maklum.
Sekian terima kasih dan selamat majujaya
Related Posts:
- Baju Bola Made In Thailand
- Pembekal Kasut Futsal Ori
- Kassimstore.com Telah Berjaya Di Siapkan
- Kedai cenderahati perkahwinan murah dalam internet















salam…
saya daripada n.sembilan…dan saya berminat mempelajari kraftangan ni
saya harap pihak cik dapat membantu dan dapat saya berhubung dgn pihak cik …terima kasih
Boleh hubungi saya, jauh tu tak kisah ka nak mai sini…
hai sy ain dari padang meiha kulim,sy berminat nak joint,kat maneye bengkel puan?
Salam puan, datang terus ke tempat saya di kodiang kedah.Belajar secara live.