Assalamualaikum tuan-tuan dan puan-puan,
BUKU JINGGA, Ada diantara tuan-tuan dan puan-puan yang sudah baca isi kandungan dalam BUKU JINGGA? sudah tentu ada kan? bagi yang belum baca boleh download secara percuma dekat sini. Pada hemat saya BUKU JINGGA adalah sebuah buku yang dipenuhi dengan maklumat dan juga merupakan sebuah buku yang tersimpan didalamnya hasrat dan impian masa depan sebuah negara.
Download BUKU JINGGA VERSI MELAYU
Buku Jingga Versi Melayu
Downloads Box by SocialBlogsiteWebDesign.com
Download BUKU JINGGA VERSI ENGLISH
Buku Jingga Versi English
Downloads Box by SocialBlogsiteWebDesign.com
Ruangan ini hanya untuk perkongsian maklumat dan dengan adanya maklumat-maklumat sebegini ianya akan mematangkan lagi daya pemikiran kita dalam membuat sesuatu keputusan demi masa depan negara kita dan juga generasi kita. Saya tidak mahu ulas panjang lebar tentang perkara ini dan apa yang menarik perhatian saya terhadap isi kandungan BUKI JINGGA ini adalah:
- Menyelesaikan krisis pembiayaan pendidikan tinggi (yang dijangka akan menyebabkan defisit PTPTN melambung ke paras RM46 bilion dalam masa sedekad) dengan mengurangkan beban peminjam dengan cara memperkenalkan polisi pinjaman tanpa faedah dan membenarkan pembayaran semula enam bulan setelah peminjam mendapat pekerjaan tetap.
- Mengembalikan hak rakyat yang dijamin di dalam Perlembagaan Persekutuan untuk mendapatkan biasiswa bagi mereka yang layak dan menghentikan kecenderungan memperdagangkan pendidikan tinggi demi keuntungan.
- Mereformasikan insititusi SPR, SPRM, Pejabat Peguam Negara dan PDRM untuk mengembalikan kewibawaan kepada sistem pentadbiran kerajaan.
- Merombak struktur subsidi negara bagi mengurangkan subsidi kepada pihak swasta (seperti subsidi gas sebanyak RM19 bilion kepada penjana bebas) dengan memindahkannya bagi menampung perbelanjaan subsidi rakyat.
- Mengarahkan Khazanah Berhad, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan lain-lain badan milik kerajaan yang memiliki konsesi lebuhraya untuk menyempurnakan ambil alih aset lebuhraya oleh kerajaaan dengan tujuan menghapuskan tol.
- Menyediakan perkhidmatan internet Wi-Fi percuma kepada semua rakyat di kawasan bandar dan separa bandar.
- Membebaskan media, meminda Akta Cetak dan Penerbitan 1984, menggubal Akta Kebebasan Maklumat dan memastikan kebebasan internet.
- Memperkenalkan gaji minima untuk semua pekerja Malaysia.
Emmm, kalau nak tahu dengan lebih lanjut elok baca isi kandungan dalam BUKU JINGGA.
Sekian terima kasih dan selamat majujaya
Related Posts:
- Khasiat Sabun Beras
- Perkhidmatan memperbaharui cukai jalan dan insurans kereta lama
- Pendapatan tambahan, duit lebih, extra income, kerja part time sesi 2011
- Kelab orang banyak hutang
















