Assalamualaikum tuan-tuan dan puan-puan,
Alhamdulillah bertemu sekali lagi, berminat untuk menjadi seorang peniaga? sudah tentu ramai diantara tuan-tuan dan puan-puan yang berminat kan.Untuk peringkat permulaan elok juga diteliti cara ringkas yang hendak saya sampaikan ini terlebih dahulu.Mana tahu mungkin ianya sesuai dengan tuan-tuan dan puan-puan.
Kaedah ini yang sebenarnya datang dari pengalaman saya sendiri.Kiranya pada waktu itu pengalaman saya masih lagi kosong dalam bidang perniagaan ini. Pada peringkat permulaan untuk memulakan perniagaan memang agak mencabar. Kalau silap percaturan boleh bungkus dan perkara ini sering kali berlaku ke atas peniaga-peniaga baru terutama sekali orang baru seperti saya ini.Jadi apa yang saya buat pada peringkat permulaan.

Memandangkan saya ini dari segi penyampaian secara live agak lemah ketika itu, keyakinan untuk berhadapan dengan para pelanggan juga agak kurang, modal permulaan untuk memulakan perniagaan pun sedikit dan yang paling ketara sekali adalah saya tidak tahu apa sebenarnya yang hendak saya niagakan. Jadi apa yang saya buat:
- Saya pilih perniagaan internet. Ini kerana saya ada sedikit latar belakang sebagai seorang juruteknik komputer dan saya juga ada terbaca buku yang paling berharga buat diri saya iaitu ” Rahsia jutawan-jutawan internet terbongkar” hasil karya saudara Irfan Khairi.
- Apa yang saya buat pada peringkat permulaan adalah menjadi agen pemasaran terlebih dahulu. Produk pertama yang saya tawarkan kepada pembeli dari internet adalah kerongsang dari Thailand. Agak pelik kan orang lelaki jual kerongsang.Tetapi itulah hakikatnya dan juga pengajaran pertama yang saya terima, iaitu di dalam dunia internet semua itu tidak mustahil dan semua itu juga bergantung kepada diri kita sendiri iaitu sama ada mahu atau tidak mahu sahaja.
- Peringkat yang seterusnya adalah saya mula menguji pasaran internet dengan berbagai-bagai tawaran, produk dan perkhidmatan.Sehingga saya jumpa produk yang betul-betul cun dengan pasaran dan kena dengan permintaan.Kaedah ini saya amalkan sehingga kini.Memang sangat berkesan.
- Langkah seterusnya saya pergi dapatkan pembekal atau peniaga yang berminat untuk membekalkan produk yang saya cari untuk dibekalkan kepada bakal pembeli saya.Kebanyakan nya bersetuju membekalkan produk yang saya cari tampa perlu membeli dan menyimpan stok terlebih dahulu.Cara ini membolehkan saya berniaga walaupun tidak memiliki modal yang besar. Bila ada tempahan baru saya pergi dapatkan produk tersebut dengan harga yang cukup berpatutan.
- Sepanjang pengalaman saya terlibat dengan perniagaan internet, kebanyakan produk yang berjaya memberi pulangan yang besar datangnya dari produk fizikal seperti jersi bola, kerongsang, barangan berasaskan kristal, cenderahati perkahwinan dan banyak lagi.
Untuk pengetahuan tuan-tuan dan puan-puan sekalian, semua produk yang saya tawarkan itu pembelinya datang dari dalam negara sahaja. Cara ini mengajak kita supaya bermula sebagai agen pemasaran terlebih dahulu sebelum bertindak untuk terus menjadi seorang peniaga sebenar.Dari penelitian saya sebagai seorang peniaga internet yang baru, keperluan peniaga kepada perkhidmatan agen pemasaran seperti mana yang sedang saya terangkan ini adalah tinggi. Ramai dari peniaga-peniaga yang saya jumpa dan berurusniaga dengan mereka rata-ratanya suka dengan cara ini.Agen-agen pemasaran seperti ini lah yang mereka cari selama ini, dimana agen-agen ini hanya dibayar dengan harga diskaun setiap barang yang mereka beli sama ada sikit atau banyak ianya tetap akan ditawarkan pada harga diskaun. Berapa purata pendapatan yang boleh diperolehi dari kaedah yang saya terangkan ini?. Rekod paling tinggi yang pernah saya capai dalam sebulan adalah RM3000 ++ dan paling kurang pun RM200++ pasti ada.
Memandangkan cara ini hanya diaplikasikan didalam dunia internet, maka untuk dapat hasil yang memuaskan dari kaedah ini tuan-tuan dan puan-puan perlu mahir dalam aktiviti pemasaran. Disamping itu juga penyampaian maklumat berkenaan produk yang sedang ditawarkan juga haruslah tepat dan lengkap. Secara jujurnya tuan-tuan dan puan-puan perlu ada satu platfom khusus untuk mempamerkan setiap produk yang hendak tuan-tuan dan puan-puan pasarkan itu.Emmm kaedah ini masih banyak lagi kalau hendak diterangkan semuanya.Jadinya saya bercadang untuk sambung perkara ini di sesi akan datang.
Saya harap maklumat ringkas ini berguna untuk tuan-tuan dan puan-puan sekalian dan ini hanyalah sebahagian daripada pengkongsian maklumat berguna untuk di kongsi bersama.Sebarang kesilapan yang berlaku, itu semua datangnya dari kelemahan saya sendiri.Harap maklum.
Sekian terima kasih dan selamat majujaya.
Related Posts:
- Jersi bola, pakej pemasangan blog kedai online murah
- Buat duit dengan blog
- Pasang iklan percuma dan pasang blog harga berpatutan
- Produk Terbaru Sabun Dan Krim Serta Garam Spa
















