• featured
  • featured
  • featured
  • featured
  • featured

    ALLAH telah berfirman dalam
    Surah al-Hujurat ayat 11-12: (maksudnya) Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) merendah-rendahkan puak lelaki
    yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan merendah rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Laranganlarangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim. Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.
    — Al-Quran, Surah al-Hujurat ayat 11-12

niAGa24jam.com dengan wajah baru

NAMSAHAZ Webhosting - at RM0.06 per 1MB!!!

Assalamualaikum,

Sudah lama laman web ini tidak dikemas kini.Emm memang lama pun.Tak ada bahan yang menarik nak letak dalam nih. Lagi pun laman web ini dalam proses naik taraf dari versi 2006 punya ke versi 2008 dan sekarang ni versi 2009.Biasa lah kadang-kadang nak juga tukar selera.Setelah hampir 2 minggu kerja-kerja menaik taraf dilakukan, kini boleh dikatakan hampir 100% telah siap sepenuhnya.Apa yang menariknya dengan wajah baru nih ? kita tengok spesifikasinya dibawah:

  1. Spesifikasi: VERSI 2009
  2. Wordpress versi 2.7.1
  3. Ada shopping cart
  4. Ada jualan terbuka secara bid
  5. Lebih laju dari yang sebelum ini
  6. Lebih kemas
  7. Direka  untuk  tujuan pengiklanan
  8. Direka  mesra dengan enjin pencari terutama google dan yahoo

Yang tak berapa best dengan versi 2009 nih adalah:

  1. Tidak direka untuk mesra dengan browser  INTERNET EXPLORER.Lain-lain browser semuanya boleh laaayann terutama firefox,opera dan safari.

Theme untuk versi 2009 nih sebenarnya saya dah plan 2 tahun yang lepas.Memandang waktu tu masih dalam keadaan bodo dan tak tau lagi macam mana nak buat theme sendiri jadi banyak yang tergendala ditengah jalan dan ada menyepi terus.Tapi yang ini memang memang betui punya..

Selain nak try wajah baru, ada satu sebab lagi mengapa saya reka laman web ini bagi ada ciri-ciri yang saya sebutkan tadi.Anda nak tahu kenapa ?

  1. Pasai gara-gara kena tipu dekat lelong.com.Bukan lelong .com tuh yang tipu tetapi penyagak-penyagak  yang juai barang dalam tuh.Saya pun tak tahu saya nih orang yang keberapa yang dah kena tipu.Apa boleh buat..sudah nasib badan nak kena tipu.Buat repot pun macam tak ada apa-apa tindakkan sajaaa.Habis tuh tunggu apa lagi… bikin sendiri punya lah satu.Hebat sangat tuh tak lah.Tapi setakat nak cari makan tuh bolehh dan memang tak ada masaalah pun.
  2. Satu sebab lagi kerana saya nih memang minat sangat dengan perniagaan internet nih.Sebab utama  kos pengurusan dia murah.Jadi kalau satu-satu blog atau laman web tuh tak ada shopping cart rasanya macam tak lengkap ( pada pandangan saya lah ).Ini semua gara-gara nak menyelam sambil minum air lah nih.Tapi apa salahnya kalau dah ada peluang.Rebut segala peluang yang ada itu satu kemestian bagi saya.

Kalau anda yang selalu datang menjengok kelaman web ini,sudi-sudilah kiranya test mana-mana yang patut.Kalau rajin dan kalau ada cadangan yang bernas tuh.Sila-silalah komen mai dekat saya.Rasanya sampai sini saja kot.Jangan lupa, kalau ada buah pikiran yang bernas-bernas tuh  hulur-hulur mai dekat sini sama.

Kalau ada terkurang atau terkasar tuh saya mohon maaf lah no.

Sekian terima kasih dan selamat majujaya….hidup blogger.

  • Blogger Post
  • Digg
  • Twitter
  • WordPress
  • Yahoo Messenger
  • Windows Live Spaces
  • Technorati Favorites
  • Share/Bookmark

Tags: , , ,

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.

2 Responses to “niAGa24jam.com dengan wajah baru”

  1. Citiroz says:

    Tahniah! blog berwajah baru anda cukup menarik, segalanya yang saya mahu dalam blog ada semuanya…. mesra SEO, ada pengiklanan, shopping card, simple and laju dll WOW!!
    I really like it.

  2. Zam says:

    Jangan woww saja ,buat lah satu.Mudah untuk kita yang berniaga secara kecik-kecik nih.Senang untuk di uruskan..Kalau perlukan bantuan habag mai sini.

Leave a Reply

Your Ads Here! Your Ads Here!
    follow me on Twitter