Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemauan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. (Al-Qur’an: Al-Baqarah:120) — Al-Qur’an, Al-Qur’an: Al-Baqarah:120

Pelaburan Emas Yang Sangat Menguntungkan

IKLAN BERBAYAR: Custom Tshirt printing,You are design we are print.Postage free Visit here for more info

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, lagi satu peluang untuk kaki-kaki pelaburan.Bagi pelabur-pelabur yang sedang mencari intrumen pelaburan yang lebih stabil, emas adalah salah satu dari pilihan yang terbaik dan patut diberi perhatian.Mengapa perlu melabur dalam emas ? jawapan pendek berkenaan perkara ini ada saya terangkan dibawah:

Saya merupakan salah seorang pelabur. Macam biasa setiap pelabur seboleh-bolehnya akan cuba mencari intrumen pelaburan yang lebih selamat dan yang boleh memberi pulangan yang tinggi sama ada untuk tempoh jangka masa panjang atau pun pendek. Jika sebelum ini apa yang sering saya sarankan adalah melabur dalam unit amanah, pasaran saham ekuiti, pasaran hadapan, melabur dalam bidang harta tanah, terlibat dalam urusniaga tukaran matawang asing  dan yang terbaru akan saya sarankan adalah melabur dalam emas. Kenapa dengan emas ? telah sedia maklum akan sifat emas sejak sekian lama dahulu. Maklumat lanjut tentang pelaburan dalam emas boleh rujuk disini: http://en.wikipedia.org/wiki/Gold_as_an_investment

 

Get the Flash Player to see the wordTube Media Player.

 

Bagi pelabur dalam negara Malaysia yang tercinta ini, anda semua boleh pilih sama ada untuk membeli emas secara fizikal atau pun dalam bentuk buku simpanan.Bagi yang ingin membeli dan melabur emas dalam bentuk fizikal anda boleh singgah dimana-mana pusat jualan emas yang banyak dalam negara ini.Rasanya tak perlu saya terangkan disini.Apa yang perlu anda ambil perhatian apabila melabur dalam emas bentuk fizikal ini adalah faktor keselamatan anda dan juga keselamatan pelaburan anda.Jika jumlah pelaburan emas anda dalam bentuk fizikal kecil saiznya, bagi saya itu tidak akan mengundang banyak masalah berkaitan faktor keselamatan ini tetapi masih tetap ada dan masih berisiko. Apa yang saya ingin katakan dan sarankan disini adalah, jika anda berminat untuk melabur dalam bidang pelaburan yang melibatkan emas apa kata anda melabur sahaja dalam bentuk buku simpanan yang disediakan oleh bank-bank tempatan.Perlu di ingat bukan semua bank dalam negara Malaysia yang tercinta ini ada menyediakan perkhidmatan ini. Setahu saya, dari tarikh artikal ini di ketengahkan hanya ada dua buah bank yang menyediakan perkhidmatan ini iaitu Maybank dan juga Public Bank. Salah satu lagi adalah Public gold. Sebuah syarikat Sdn Bhd yang terlibat secara aktif dalam urusan jual beli emas dalam negara dan mendapat lesen yang sah untuk menjalankan urusniaga emas.( tak banyak maklumat tentang syarikat ini, kerana masih baru kenal ) dan banyak lagi tempat-tempat lain.

 

Ini adalah pendapat saya tentang pelaburan dalam emas dan kepentinganya dalam menjadi backup kepada perniagaan saya untuk tempoh jangka panjang dan juga jangka pendek. Anda semua boleh lihat senarai ciri-ciri penting kenapa emas mejadi aset penting kepada perniagaan saya:

  1. Kerana memiliki sifat kestabilan yang begitu tinggi.
  2. Dimana-mana pun boleh diterima
  3. Tahap kecairan yang tinggi ( inilah yang sangat-sangat dicari oleh setiap pelabur )
  4. Kalis inflasi
  5. Harga emas sentiasa meningkat setiap tahun.( boleh ambil untung dari kenaikkan harga untuk tempoh jangka masa pendek jika mahu, tampa menjejaskan nilai sebenar pelaburan emas tersebut )
  6. Bertindak sebagai Back up penting kepada perniagaan saya.Boleh dikatakan perniagaan saya ini disandarkan kepada harga emas ( perniagaan internet  secara kecil-kecilan dirumah ).
  7. Boleh dijadikan bahan cagaran jika perniagaan mengalami  masaalah keewangan untuk jangka masa tertentu.
  8. Dan banyak lagi sebenarnya…

Fakta penting yang perlu  anda semua ambil perhatian, bukan dari saya tetapi dari salah seorang penulis ebook ” menyingkap rahsia pelaburan emas” .Maklumat lanjut anda semua boleh berkunjung kelaman web beliau.Banyak perkara tentang pelaburan dalam emas ada diterangkan disana.Sila lihat fakta keuntungan jika anda memilih untuk melabur dalam emas:

Sebagai contoh,

- harga untuk 1 ounce (31.10 gram) syiling Kijang Emas pada:

  1. 18/7/2001 ialah RM1082.00
  2. 7/6/2008 ialah RM3048.00 !!!

Ini adalah kenaikan sebanyak 181.70% dalam masa 7 tahun.
atau purata pulangan 25.95% setahun!! ( mana nak dapat? )

Jadi contoh ini cukup untuk mengambarkan kepada anda semua yang baru nak berjinak-jinak dalam pelaburan yang berkaitan dengan emas ini untuk membuat penilaian berkaitan pelaburan dalam emas. Dahsyat kan ? Jika anda berjaya menguruskan kesemua intrumen pelaburan yang saya ketengahkan ini iaitu pasaran saham ekuiti, pasaran hadapan, tukaran matawang asing, unit amanah dan pelaburan dalam emas ini.Saya pasti  hidup anda tidak akan dibelenggu dengan masalah keewangan lagi.Setakat itu sahaja yang dapat saya sampaikan untuk kali ini.

Jika ada sebarang pertanyaan atau sebarang komen bernas tentang perkara ini, sila tinggalkannya diruangan komen yang ada dibawah.Sekian terima kasih dan selamat melabur.



Related Posts:




17 Responses to “Pelaburan Emas Yang Sangat Menguntungkan”

  1. bella izz khalis says:

    bagaimana caranya untuk saya memulakan pelaburan ini?
    adakah saya perlu membuka permis atau sebagainya?
    saya merupakan kakiyangan kerajaan.

  2. Zam says:

    tak perlu buka premis, yang perlu ada hanya emas dalam bentuk fizikal..

  3. ella says:

    macam mana nak melabur dalam bentuk buku pelaburan emas. saya nak belajar..

  4. Zam says:

    Kalau dalam bentuk buku senang ja, untuk permulaan 5gram sudah memadai.Jangan simpan banyak-banyak sebab ada rahsia disebalik 5gram.Nak buka buku boleh daftar guna online sama ada melalui maybank, public bank atau pun KFH.Buat masa ini maybank dan KFH sangat sangat disyorkan.

  5. me says:

    salam,

    apa rahsia disebalik 5gm tu?

  6. Zam says:

    5 gram tu sekadar untuk menghidupkan buku saving gold tersebut.Memandangkan harga emas ada turun dan naik,jadi ……ada lagi rahsianya..
    Berdasarkan pengalaman saya, saya hanya tinggalkan 1 gram ja dalam buku saving gold saya tu.Kalau harga dah murah baru saya buat belian.Biasnya dalam 2 ke 3 bulan saya jual balik aaaa dan withdraw sekali dengan untungnya sekali.Begitulah seterusnya.Kenapa saya tak nak simpan banyak-banyak dalam buku saving gold saya ? ada rahsia tersembunyi…kalau anda tahu mungkin anda akan buat seperti mana saya buat sekarang ini..

  7. remshah says:

    apakah rahsia tersembunyi itu & boleh ajar kami dengan lebih terperinci lagi unttuk turut serta dalam pelaburan emas ini……………..tq

  8. Zam says:

    Rahsia tersembunyi yang berkaitan dengan emas ni banyak…salah satu darinya beli pada harga rendah.Biasanya dalam tempoh 3 bulan ++ harga emas akan turun akibat dari aktiviti pengambilan untung.Perkara ini sat saja berlaku mungkin dalam 2 minggu ++.Jadi kalau dapat peluang macam ini jangan dilepaskan.Kalau dah beli tunggu saja looo sampai dapat untung.Kalau dah dapat untung jangan masuk balik.Tunggu lagi loooo sampai harga turun..biasanya kalau digabungkan dengan emas fizikal akan jadi lebih menarik.Cerita dekat atas tadi untuk pemegang buku akaun simpanan gold. ada lagi kalau nak tahu kena rajin-rajin bertanya..

  9. laili says:

    kenapa abg zam tak simpan banyak2 dalam buku saving gold abg?
    klu nak buat pelaburan plak..dekat mana tempat yg sesuai?dan apa cara yg lain selain simpan dengan bank abg?

  10. Zam says:

    Kenapa ye ? sebabnya tak leh cerita dekat sini nanti bank kecik hati pulak.Tempat pelaburan ni ada banyak.Buat masa ni ASB kira paling sesuai tapi hukumnya harussssssssss sahaja.Lain -lain tempat adalah properti ( modal besar ).

  11. laili says:

    owh..mcm tue ka??tapi tak salah klu kita bgtau untk belajar kn abg?
    coz sy pelik juga, kenapa abg tak simpan sampai bergram2$ terus dalam bank?
    ermm..maksud sy, bukan pelaburan ASB abg, sy maksudkn pelaburan emas nie..ada cara apa lagi selain dengan simpan di bank abg?
    maaf abg just untuk belajar..

  12. Zam says:

    Bab mengapa tak perlu simpan banyak-bnayak dalam buku saving saya jawab dalam email.Sila baca dekat sana ye..Selain dari tu boleh jadi agen jual emas atau peniaga emas.Tapi kena ada modal yang besar.Emas ni pulak kalau nak bagi syok sikit elok disimpan dalam bentuk fizikal kerana kalau terdesak nak pakai duit boleh pergi pajak dekat pusat gadaian ar rahnu. Upah simpanya murah..

  13. pally says:

    abang zam.. bgtaw la jugak

  14. Jeman says:

    Apa pelaburan yg paling baik utk pulangan keuntungan yg singkat kiranya kita hanya ada modal 20K?

  15. Zam says:

    FCPO ( urusniaga pasaran hadapan minyak sawit )

  16. sham says:

    kalau kurang dari 5 gram emas boleh melabur ke ..

  17. Zam says:

    Salam tuan, sudah tentu boleh tetapi kuantiti tersebut terlalu kecil untuk kaedah melabur dan mencari keuntungan dalam jangka masa pendek kecuali tuan tahu untuk manipulasi emas tersebut…

IKLAN BERBAYAR: Custom Tshirt printing,You are design we are print.Postage free Visit here for more info

Leave a Reply

CommentLuv badge
Put Your Ads Here!

Copyright © 2006 – 2012 niaga24jam.com / POWERED & DESIGN BY: notepad++ / GIMP / En Zam / This website is hosted by SHINJIRU

free web
stats