Peluang untuk tambah pendapatan melalui internet

Assalamualaikum,

Ini adalah sebahagian dari sumbangan yang sedikit sahaja dari saya untuk bakal dan juga kepada peniaga internet yang sedia ada.Tawaran ini dibuat memandangkan saya sudah tidak lagi mampu menampung dan  mengurus kesemua  potfolio perniagaan internet yang  sedang saya jalankan sekarang ini.Ceritanya begini, untuk peniaga internet dan bakal peniaga internet yang masih tercari-cari cara bagaimana, apa, dimana untuk dapatkan produk yang sesuai untuk diperdagangkan dalam dunia internet ini.Cuba baca apa yang saya ingin sampaikan ini buat seketika.Mungkin ianya sesuai untuk anda.

Saya merupakan salah seorang peniaga internet yang sudah berkecimpung dalam bidang perniagaan internet ini sejak dari tahun 2006 lagi.Bermula dari pengalaman kosong sehingga sekarang ini, alhamdulillah saya masih lagi dapat bertahan dan akan terus bertahan. Di sepanjang itu juga lah banyak produk-produk menarik telah berada dalam koleksi perniagaan internet saya ini.Sehingga sekarang semuanya masih beroperasi seperti biasa walaupun tidak 100%.Kerana apa ? kerana tidak mampu untuk diurus semuanya.Kebanyakkan produk yang saya dapat adalah produk yang mempunyai permintaan dipasaran.Oleh kerana keterbatasan waktu jadi urusan marketing tidak dapat dijalankan dengan sempurna.Namun begitu hasil jualan tetap ada. Jadi dipendekkan cerita saya memjemput anda semua yang berminat dengan tawaran ini  untuk turut serta bersama -sama dengan saya untuk meraih keuntungan dari setiap produk yang saya ada dan yang sedang di tawarkan ini.Cerita lanjut ada dibawah dan sila baca, kalau berminat maklumkan kepada saya.

Produk: Dropship Perniagaan Internet Tempatan( contoh produk boleh rujuk di laman web shopping cart saya di http://niaga24jam.com/extra )

Spesifikasi tawaran: Semua produk ini mempunyai permintaan yang tinggi dipasaran, apa yang perlu anda buat adalah mempromosikan semua produk yang ada dalam laman web shopping cart saya itu seperti  produk anda sendiri.Cara macam mana nak buat promosi sehingga terjual setiap barang tersebut anda semua kena ikut kepakaran dan kretiviti masing-masing.

Kadar keuntungan: Di antara 10% sehingga 50%  ( boleh berubah-ubah ikut keadaaan )

Target pasaran: Malaysia untuk luar negara belum tiba masanya.

Cara-cara pelaksanaan: Mudah sahaja, setiap transaksi jual beli harus dilaksanakan melalui laman web shopping cart saya.Tempahan melalui email atau SMS tidak akan diterima.Setiap peserta akan diberi satu kupon penanda mengikut nilai potongan harga masing-masing untuk melayakkan anda atau peserta mendapat potongan harga yang telah ditetapkan. Pembelian tampa kupon akan menyebabkan anda tidak layak mendapat seabarang potongan harga.Harga jualan dan harga bagi mereka yang turut serta dalam perniagaan ini adalah berbeza.Anda hanya perlu membayar mengikut apa yang tercatit di dalam bil pembayaran di dalam sistem shopping cart itu sahaja dan banyak lagi yang akan diterangkan nanti  apabila anda berminat untuk turut serta dalam bidang perniagaan yang mnguntungkan ini.

[Not a valid template]

Cara ini lebih menguntungkan jika hendak dibandingkan dengan sistem affiliate dan cara sebegini juga sudah pun meluas dilaksanakan dalam dunia perniagaan internet ini.Cuma untuk pasaran tempatan mungkin tidak  begitu banyak. Diantara kelebihan-kelebihan yang ada pada  tawaran kali ini adalah:

  1. Segala urusan yang berkaitan dengan pembeli bagi pihak anda saya yang akan uruskan.
  2. Termasuk juga yang berkaitan dengan urusan penghantaran dan sebagainya.
  3. Anda tidak perlu bersusah payah untuk mencari produk terbaru, ini kerana semua itu saya sendiri yang akan uruskan mengikut kesesuaian pasaran dan permintaan semasa .
  4. Pakej pemasangan laman web yang lengkap juga akan diberikan kepada setiap perserta yang memerlukan dengan harga pemasangan yang sangat berpatutan berbanding harga pasaran semasa malah tutorial pun akan turut  disediakan.
  5. Dan banyak lagi ciri-cari lain yang akan ditambah dari semasa ke semasa.

Telah sedia maklum bahawa saya masih lagi baru dalam bidang perniagaan yang berkonsepkan ciri-ciri yang diterangkan tadi.Oleh itu saya berharap hanya perserta ang betul betul berminat untuk menambah pendapatan dan yang berminat untuk berniaga melalui internet  sahaja yang akan turut serta bersama-sama saya.Perniagaan ini bukan lah sesuatu yang mudah untuk dilaksanakan, jadi kesabaran dan keberanian untuk mencuba adalah tunjang utama untuk berjaya ke peringkat seterusnya.Jadi jika berminat sila maklumkan kepada saya melalui ruangan komen yang ada dibawah tu.Harap maklum.

Sekian terima kasih dan selamat majujaya.

Blogger PostTwitterGoogle+Share/Bookmark

8 thoughts on “Peluang untuk tambah pendapatan melalui internet”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>